22.4.15

Keselamatan Sekolah II

garis panduan. ini boleh 'ditampal' di dalam blog sekolah [jika ada] supaya setiap guru dan ibu bapa tahu apa nak buat dalam pelbagai aspek keselamatan/kecemasan.

peringatan. setiap hari isnin, guru akan beritahu satu aspek keselematan. "pastikan mereka yang bawa motorsikal, letak di kawasan khas, supaya pengawal kita boleh nampak". "semasa berjalan balik, jangan bermain atau bergurau di tepi jalan raya. kemalangan boleh berlaku", "Malaysia sudah lama tiada penyakit TB. Jika orang gaji kamu selalu batuk atau sakit perut yang melampau, beritahu ibu bapa kamu supaya periksa kesihatan beliau".




buat karangan tentang keselamatan. ada lebih 100 tajuk yang kita boleh buat tentang keselamatan. kemudian kita boleh bincang dalam kelas.

lantikan pengawal keselamatan. pihak sekolah atau PIBG mesti ada kuasa melantik pengawal yang kemudian digajikan oleh syarikat keselamatan. kita sendiri tidak akan melantik individu yang bermasalah. lagi pun kita tentulah tahu latar belakang beliau sebelum melantik.


CCTV. majoriti syarikat atau individu yg dilantik pasang CCTV akan pasang ikut pengguna atau ikut hati beliau. bukan ikut kehendak keselamatan. kalau hendak tahu tentang CCTV, tanya saya.... nasihat saya, jawapan saya, semuanya percuma. jangan pasang tapi akan timbul banyak masalah kemudian hari. Jika ingin maklumat lanjut sikit, klik di bawah


http://securityandsafety.blogspot.com/2011/06/cctv-problems.html 

pos pengawal dan imej sekolah. saya menilai sesebuah rumah selepas memasuki tandas dan dapurnya. saya menilai sesebuah sekolah dengan melihat pos pengawal dan tamannya. saya tidak perlu beri penjelasan selebihnya. fikirlah sendiri


kempen keselamatan. cuba elakan perbuatan ini. pemerhatian saya, Malaysia sentiasa sebuk dengan pelbagai kempen. kempen buang masa, tenaga dan wang. kesannya tiada. apa yg patutn dibuat ialah; [1] dalam agenda mesyuarat mingguan dan bulanan, sebelum masuk hal-hal lain, masukkan tajuk keselamatan sekolah dan murid-murid [2] dalam setiap persatuan ada AJK Keselamatan. apa tugas AJK ini? kumpulkan AJK Keselamatan 5 ke 10 sekolah dalam kawasan tuan, dan jemput saya datang. bayar saya duit minyak dan makan sudah memadai. [3] dalam setiap aktiviti, mesti ada aspek keselamatan yang mesti dibincang.

budaya keselamatan. langkah di atas akan menyuntik budaya keselamatan ke dalam diri kita sepanjang hayat. tak perlu kempen.



SELAMAT BERJAYA semua Guru.

CORPORATE FRAUD

JENIS FRAUD [PENIPUAN] YG BOLEH MENJATUHKAN KORPORAT

Fraud banyak berlaku dalam dunia korporat dan menyebabkan kerugian yang besar. Ia disedari hanya lebih kurang 2 tahun selepas itu. Ia dilakukan oleh staf yang nampak ‘sangat setia’. Oleh itu, staf yang setia, yang selalu balik lambat, yang jarang bercuti, perlu diperhati.
Hari ini mereka lebih bijak. Mereka tidak guna kereta cantik, jam mahal dan telefon yang  canggih. Semua nampak sederhana saja.
Kadang-kadang mereka tersilap langkah. Tiba-tiba bercuti di luar negara.
Cerita benar yang berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan:
1. Fraud Gaji [Payroll fraud]
Tahun lepas kami menerima pelanggan baru ia itu syarikat pembinaan. Akaun gaji mereka tidak pernah diselaras [reconcile] dari segi waktu bekerja. Jadi ini diberi keutamaan. Terjumpa dua orang staf yang menerima OT yang tinggi. Ibu Pejabat mereka dan tempat mereka buat OT jarak lebih 50km. Bagaimana mereka boleh berada di dua tempat dalam masa yang sama.
Tuntutan OT kerap tidak dikawal dan mesti diperiksa lebih kerap. Syarikat kerugian dalam kadar yang banyak dalam hal ini. Akaun gaji dan OT mesti diperiksa secara berjadual. Laporan OT, analisa data dan statistik akan memberi gambaran yang jelas.
2. Tender dan Sebut harga
Ada berbagai cara prosedur ini dimanipulasikan. Pada kebiasaannya ada ‘kira-kira’ antara pegawai yang uruskan pembelian dan pembekal.
a.    Kuantiti yang tidak cukup
b.    Kurang kualiti
c.    Harga yang lebih tinggi dari pasaran
d.    Terlebih order
e.    Pembekal yang sama, nama syarikat berbeza
f.     Barang/perhidmatan  tidak diterima atau tidak dilaksanakan
g.   Kerja cincai
h.    Pembekal ‘ditekan’ oleh pegawai perolehan
i.     Melantik orang tengah. Orang tengah akan bantu pegawai berkenaan untuk mencari pembekal dan membuat kira-kira dengannya. Keuntungan yang diperolehi dikongsi secara bersama. Mereka juga akan berkongsi kupon atau voucher serta hadiah yang diperolehi semasa pembelian. Setengah pembekal menghadiahkan beg, cawan, sehingga kepada hadiah percutian. Ini juga disebut sebagai beli atas beli. Ada juga staf yang bertugas di jabatan lain bertindak sebagai orang tengah.


Pemeriksaan mengejut tentang rekod pembelian, pembekal, stok, harga dan hasil kerja boleh menunjukkan apa yang sedang berlaku. Tindakan kedua yang lebih berkesan ialah dengan menggantikan staf tersebut selama 1 atau 2 bulan. Perbezaan ketara akan kelihatan jika penipuan pernah berlaku.

Bacaan lanjut:...   
Detecting Insider Threats
Kecurian di Kilang & Insider Threats