18.5.22

RUSSIAN UKRANIAN WAR

an unnecessary war we may called but the suffering of Palestinian supported wholly by the US and UK and the rest, to slaughter women and children and elderly is what? Just because whites are not being killed.... its OK by your standard. 

Well its not worth reading anyway. Not worth elaborating too.

The war in Europe has already give some effect. Food security and petrol/gas. But your immoral scientist is still busy modifying your virus. Well if your citizens do not know where is UK France and Dubai.... you can go ahead, keep on telling lies. They don't even know geography

Prime Minister Tun Mahathir once said, US should be using its money to green their desert. But being arrogant, u r instead busy bombing other countries.

We saw in the media, shelves in US shops is already partly empty of milk powder. More to come, no worry. The world will face similar phenomena v soon.

I m worry too, I have only few cassava plants and some coconuts. 7 to 9 chickens. What do u have? Money? What can u buy if all shelf is empty.

Go ahead... create more war.

TODAY (August 2022), sanctions by NATO boomerang back to you. Winter is coming and Germany is going to suffer because you need extra gas to keep warm.

Nobody want to send troops to Ukraine because Russia is too strong. Death is imminent.


30.1.22

ANTARA CSG DAN SKM 2

Dua2 pun di perkenal oleh PPKKM dan sekarang dah tukar kepada  PIKM.

SKM2 untuk satu negara, tapi CSG ni untuk apa ya? Udah ada CSG boleh lah kawad kiri kanan atas bawah semasa bertugas. Cerita bab TRAINING, tak pernah lah kita mahu serius tentang APA YANG KITA HENDAK sebenarnya ni.

Soalan cepumas.... pandai kawad ni untuk apa? Bukankah tahu salute spring kpd GM atau MD atau MENTERI lebih bermakna dari pandai kawad. Saya dah buat utk satu organisasi dan ia amat berhasil dan berkesan. Bukan main kembang lagi bos-bos kat situ. Siap cakap... jabatan keselamatan sekarang sudah ada byk perubahan!!

Ada satu organisasi minta kat saya suruh guard salute kat manager depa. Saya kata manager hang tak ada standard utk guard kamu tabik kamu.

SALUTE tu satu penghormatan khas untuk orang2 khas. Period.

Berbalik kpd SKM 2, ia sangat bermakna, dan berguna kpd pengawal, demi masa depan depa. Pasai apa yg itu tidak di beri keutamaan.

PENUTUP nya, bila hal agenda diri di campur aduk dgn hal kerja, maka jadilah usaha yg buang masa, duit, sumber dan mcm2 lagi. Negara sudah keliru dengan ahli2 politik yg menyusahkan rakyat... kita pun sama menyumbang ke arah itu!

POLITIK MALAYSIA DAN KESELAMATAN NEGARA (2022)

Sebagai orang luar yg tiada kaitan dgn politik dan keselamatan negara, saya lihat mende ni dari skop yg lebih luas. Saya bukan pakar, tapi hanya kawan2 dgn geng masjid dan tukang gunting. Persepsi kami lain dari pakar2 analisis yg cari makan atau ahli politik yg sdg berusaha utk terus survive. Ampun, dlm suasana demokrasi yg tuan2 sebuk perjuang, maka saya boleh juga kot kongsi pandangan saya.



Gambaran dalam rajah ini amat membimbangkan. Jelas politik Msia di kawal oleh segelintir tetapi mereka ini POWER. Adakah mereka ini sekongkol dgn 'organised crime' dan masa sama 'control' korporat atau cartel korporat @ penjenayah. Say atidak tahu. Naik kan harga barang ikut suka hati, 'curi' Tanah Rizab Melayu di kawasan strategik dgn cara2 yang 'tidak betul', ceroboh Hutan Simpan utk tanam musang king, kelapa sawit, melombong bauxite, emas, timah, curi balak, edar dadah, buka kedai pelacuran, judi on line..... tuan2 fikir apa saja jenayah di msia, mereka semakin POWER. Dan.... segala 'usaha' kerajaan untuk hapuskan jenayah ini tidak berhasil. Pasai apa yek?

Saya dan kawan nampak semua ini sebagai pelaburan untuk rampas Msia. Spt kaedah untuk satu kumpulan tinggalkan agama mereka, walhal niat sebenar ialah untuk MURTAD kan saja. 

Kemudian mereka musnahkan bangsa dgn dadah. Lihat di mana dan siapa yg jd penagih. AHLI POLITIK pula tidak heran anak2 tidak solat, tambah itu, ibu bapa mereka juga tidak solat. Mereka terus sasarkan belia yg tidak solat tetapi abaikan ibu bapa itu..... LOGIK kah rancangan dan strategi mereka.

BAB PENDIDIKAN tak payah lah nak habaq. LINTANG PUKANG nak habaq mai. Universiti sebuk perkenal program baru, tapi habih belajar tak tau nak buat apa.... peluang kerja ada kat korporat yang 'terkawal'. Mahu hantar graduan ke Dubai atau Kuwait atau Papua... haram tuan tak fikir pun... 

Negara Msia akan hancus kerana POLITIK. Mereka yang 'tidak sekolah' sebuk nak jadi ADUN. Kalau aku ada kuasa, akau akan pastikan depa yg nak jadi calun mesti ada rekod bersih, boleh ckp omputih, tau dan faham sistem pentadbiran negeri dan negara. Nak masuk calun, mesti lulus ujian dulu. Lepas tu tandatangan dokumen aku janji.

POLITIK bukan tempat orang yg pandai cakap, buat baju baru seluaq baru, tukaq dan tambah kereta, tambah bini baru..... DAN bagi projek kat penyokong tegar, atau setakat takbir.... ia lebih dari itu.

cara lembut sudah dan sentiasa tidak boleh pakai... paling baru Tun M dulu orang yg cenge. Tenguk bagaimana Msia berjaya. Semua orang Msia bangga bila di luar negara. CENGE.  Towkay2 korporat di Msia semua nya cenge, Saddam, Hitler, Kuan Yew, semua berjaya sbb depa cenge. dan Tegas. JOKOWI juga cenge.... rakyat gumbira dan terhibur....

Semoga tuan puan terhibur. Satu lagi, kalau tak silap ada seorang Sultan bagitahu, tidak perlu ada hukuman bunuh kpd perasuah jika ia tidak dikuatkuasakan. 

 

9.11.21

PENGAWAL JAGA HARTA DAN NYAWA

Pemandu bas sekolah, bas ekspres, bas pelancung; bertanggungjawab atas KESELAMATAN PENUMPANG mereka. Bertanggungjawab bagaimana? Luas mana skopnya. 

Ini isu yang amat subjektif. Mahu di perinci? Tidak akan dapat diputuskan untuk memuaskan hati semua orang. Untung pemandu bas ini sebab dapat kerja dalam keadaan yang sejuk dan dapat gaji yg OK OK gitu. Berbaloi jugak lah dgn tanggungjawab beliau.

Pengawal keselamatan bagaimana pulak. Upah dan kemahiran mereka macam mana? Tanggungjawab mereka bagaimana? 

Tuan mungkin tak perasan, semasa Tuan nyenyak tidor atau sedang berkaraoke, bercuti di luar negara, pergi kenduri, pengawal keselamatan sedang jaga keselamatan harta persendirian tuan di pejabat, dan harta syarikat tuan.

Mahu jaga bagaimana, kalau semuanya berkunci? Jaga bang... jaga. Senangnya cakap. Kalau jadi apa-apa... guard mana? Mana Guard? wa wa wa... senangnya kamu berkokok.

Kot mana pun, guard tetap guard, dan pelanggan tetap pelanggan (customer is always a customer).

Sebagai penutup... gunalah terminologi mahmakah dan undang2... 'REASONABLE' effort..... reasonable atau munasabah mcm mana.... sendiri lah kena fikir. Tuan2 kan pandai.

TUGAS, TANGGUNGJAWAB dan PERANAN anggota sekuriti TERHAD. Terhad kerana di hadkan oleh macam-macam hal. Dari aspek undang-undang, ia jadi seperti yang tidak terikat. Di mana silapnya?

Ringkasnya, di beri tugas jaga harta, tetapi tidak di beri kunci atau tidak di benarkan meronda di KTJ (kawasan tanggungjawab). Bagaimana si polan mahu jalankan tugas memantau, bagaimana si polan mahu padam api jika berlaku kebakaran. Dan mengapa si polan di ambil tindakan disiplin kerana berlaku kecurian atau kebakaran. Lagi satu; telefon pun tidak ada di pos bertugas.

  

16.10.21

MASALAH PARTI PAS

Pertama; hari ini (Oktober 2021) PAS terus jadi punching bag. Sebab apa? Sebab... bukan saja rakyat B40 tidak faham konsep, pentadbiran negara, kumpulan 'profesional' pun lebih teruk kelabu asapnya. Sikit2 PAS, sikit2 PAS.

Atau kumpulan atasan mungkin lebih baik dari semua parti politik, tapi kalau masuk politik, mungkin tukang gantung banner jer lah.

Abang adek, PAS tu mmg la parti Islam. Kamu pun orang Islam jugak. Mana dia Islamnya, kalau kita kurang faham bahawa wakil PAS dlm kjaan, amat lah minoriti. Dema tu nak buat apa? Cakap PAS pun tak berapa nak laku. Ingat zaman PH? Tun M sendiri cakap bahawa semua keputusan di buat oleh DAP.

Keduanya, orang2 Islam ni, tidak kira parti, tolonglah bantu Islam ini. Tolong pada level diri sendiri dan keluarga pun sudah amat cukup. Akhlaknya, akidahnya, pegangannya, budayanya..... bezakan lah dari bukan Islam. Parti PAS tidak boleh buat apa2 jika kita rasuah, atau jika kita langgar perintah Allah. Sedihnya, masa mengundi di PARLIMEN untuk mertabatkan undang2 Islam hanya untuk orang Islam, majoriti mereka yg beragama Islam pun tidak sokong. Namun bila berpidato, bukan main berkokok kita akan pertahan Islam. kentut la... 

Kedua (Disember 2021). saya tak nampak masalah dalam PAS, yg saya nampak masalah ketua2 dan bekas2 ketua kjaan, koperat, dan semua ketua di semua organisasi. Sikap mereka mcm, "lantak la komer". "Janji aku bahagia".

Tegur tidak, cadang tidak... pakai bisu ja.... orang nak duit... bagi... nak libatkan diri... idak lah. Kesihanilah dgn orang2 yg sedang berusaha.... kongsilah pengetahuan dan pengalaman tuan2 dgn mereka. Apa yg berlaku semua nya ada dlm alQuran. TETAPI bukan semua orang boleh 'nampak' apa yg ada dalam al-Quran. Makanya, itulah peranan orang lama untuk menyumbang idea. Lain lah kalau orang muda tidak mahu nasihat kita. Macammanapun, AJK mmg segan nak tanya, tetapi kita pulak jgn dok diam ja..  


PERANAN ORANG ISLAM

baiki diri sendiri dan keluarga sebaik yang mungkin dengan patuh semua arahan Allah SWT.

Ketiga. Apa saja orang viral, terus kamu sambung viral. Kamu dah periksa? Kamu tak rasa perlu nak periksa dulu? SOALAN nya, yg kamu geram sangat dan marah sangat kat PAS ni, sebab apa? Dia yang tubuhkan 1MDB ka? Atau dia yg lantik sykt urus MYSEJAHTERA? Atau dia telah sebabkan MRR2 retak? Tu la..... marah dan geram tak bersebab. Kot kot ada orang berjanggut bagi hang pinjam duit, dan dia asyik dok tagih hutang dari hang.

Bab judi dan arak.... di Kelantan dan Terengganu, sudah lama ia sudah tiada. Contoh macam mana lagi yang kita mahu. Itulah negeri yg di perintah oleh PAS sepenuhnya.

empat.  Malas la nak baca blog ni. Semua pun tak kena.

Ke lima. Cyber Troopers musuh Islam dapat bantuan dari negara luar yg memusuhi Islam. Apa yang hang suka dan tak suka, semua tertulis bukan di loh mahfuz, tetapi tertulis dalam whatsaap, facebook, instagram, gmail, twitter. kawan2 hang, semua depa ada rekod. Kemudian depa share dgn cyber troopers seperti red bean tuu.

Pemikiran hang semua depa sudah boleh baca. Kerja depa hanya inject semua benda yang hang fikir betul, iaitu fakta yang menyokong pendapat (pemikiran) hang.  Klik sini, tenguk sendiri.

Bila Afghanistan di tawan semula oleh rakyatnya melalui Taliban, media barat sampai hari ini, masih tidak puas hati atas kekalahan depa di sana. Media barat, hari2 dok tibai Taliban. Macam-macam tekanan ekonomi yg depa buat. Bukankah Taliban telah rampas semula kuasa dari mereka yang jadi alat kepada negara barat. Bukankah Taliban telah berjaya halau keluar penjajah dari negara mereka? Apa lagi yg mereka tidak puas hati?

Selepas 200 kali media barat dok tibai Taliban, kita yang dulunya bangga dgn kejayaan Taliban... hari ini perlekeh Taliban dan Islam.

Akhir Sekali. PAS akan terus menghadapi ujian dan dugaan, kerana berjihad secara damai lebih payah dari berjihad dengan senjata. Bukan senang nak lawan dengan orang yg suka rasuah, suka tunjuk aurat, suka judi, suka karaoke, suka arak, suka apa saja yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Halangan utama ialah orang Islam sendiri. Mereka ini sayang Islam, tetapi mahu dokong Islam liberal... bebas. Islam itu hak individu katanya. Kami akur dengan pendirian Tuan. Cuma jika boleh, sikit-sikit, kita Islamkan diri kita, menjadi seorang Muslimin yang patuh kepada semua ajarannya. Islam itu tidak ada liberal atau bukan liberal. Yang ada hanya Islam. Ia bukan nasi goreng... ada berbagai jenis.


  


28.7.21

PENGURUSAN PERSEPSI

Dulu time saya belajar bab propaganda, tak habis-habislah dok cerita pasal propaganda. Sekarang topik ini di luaskan jadi 'pengurusan persepsi' (perception management). Tak payah baca buku, tenguk tajuk dah tahu. Cuma pendekatannya lebih luas.

Ini termasuk fitnah, rombongan ziarah last minute, buat press statement, berlakon sedih, buat artikel kat media, sogok RTM suruh ambik foto dia, cakap yg baik-baik masa kat parlimen... macam-macam lah lakonan depa dan syarikat2 tertentu.

Umpamanya buat family day, team building, bagi bonus..... semuanya ada udang dlm mee.

PENTINGnya, kita kena sentiasa hati-hati. 22 bulan mereka perintah, hancus negara ini. Perpaduan jadi perpecahan. Rakyat semakin kecik mata tenguk kawan2 sekolah zaman dulu. Apa lagilah bila tenguk PTD [pegawai tadbir diplomati] yg rasuah cepat2 di tukar keluar nak elak kena cekup. Itu belum lagi depa dapat tanah kurnia, kat kg tersusun dapat corner lot, pangkat, kemudahan dll.

Saya bukan fitnah, tapi nak bgtau bahawa dlm perception management ni, segala perbuatan kita mencerminkan kita. Ia sangat rumit dan menyeluruh. Kena berlakon sungguh-sungguh. Tak boleh tidor dgn bini dengan nyenyak. Kena ada 3 biji henfon.

Kalau kita cakap A tetapi perangai C, hancus. Tenguk parti politik yg cuba bela penceroboh hutan simpan untuk musang king. Pertama langgar SOP, kedua di Pulau Pinang, tanam pokok di tanah kerajaan, hukuman dia sangat tinggi. Bukan kah ini antara A dan C. Maka rakyat akan menyampah dgn kita. Dia lah... bukan kita.

Pengalaman saya dlm isu ini, ada sorang pengurus kanan jaga bos mcm nak mampus.



PENGETAHUAN ILMU KESELAMATAN

Keselamatan fizikal, keselamatan perlindungan, keselamatan dan kesihatan. Semua nak sama, tapi berbeza.

Tapi apa itu keselamatan? Jawapan dia mudah. "Nampak selamat, rasa selamat". Berani jalan sorang2 waktu malam di area Chow Kit atau Bukit Bintang? Nah itu lah dia! Tak nampak selamat, dan rasa pun tak selamat.

Tapi kalau ramai-ramai atau ada pistol, mungkin OK kot! Atau tempat itu mesti terang benderang, orang tak berapa ramai dan tak berapa sikit, ada polis meronda.... lagi OK kan. Ringkasnya, kita boleh buat jadi lebih selamat dengan hanya terangkan kawasan, bersihkan kawasan, aktifkan tempat itu dengan warong, dan lain-lain.

Nah itu lah dia... akhirnya kawasan itu di ubah kepada nampak selamat dan rasa selamat.

ADA ORANG pernah kerja selama 10 tahun di Universiti Malaya. Dia kata dia hebat. Saya kata tak! Dia marah. Saya kata kamu kerja setahun setahun setahun... selama 10 tahun. Itu saja. Ilmu kamu tidak berkembang.

Lihat cara kamu berpakaian, kasut kamu, misai kamu, sikap kamu.... apa yg boleh di katakan kamu itu bagus? RINGKAS nya kat sini, dari atas ke bawah, ia mencerminkan keselamatan tempat kita kerja. Kalau pengawal comot, adakah keselamatan tempat kerja kita TIDAK COMOT.

KEDUA. Pengawal itu tahu kah selok belok tempat kerja. Lokasi semua jenis pemadam api. Apa kebolehan setiap alat pemadam api. Setiap satu mesti berbeza kan? Laluan kecemasan, laluan kenderaan bomba, no telefon semua bos yang penting jika berlaku kecemasan dll.

Semua No telefon polis, bomba, bos, pengurus, penyelia.... ada tak dlm fon dia.

JADI.... sebagai pegawai keselamatan, atau eksekutif atau pengurus keselamatan, kita kena tahu selok belok tempat kita kerja, staf kita, ilmu mereka, SOP, manual, rancangan kecemasan, security assessment, security audit, risk assessment, training mereka, dan macam-macam lagi.

ITU BARU PENGENALAN kpd bab ilmu keselamatan.

Ilmu KESELAMATAN sangat luas. Dalam pada itu, ada protokol, ada perkara yg tidak tertulis. Keselamatan mahu A, tetapi pengerusan mahu B. Pihak safety mahu C. Kita kena ada persetujuan kepada sesuatu perkara supaya senang untuk berbincang. Contohnya, semua orang setuju bahawa KESELAMATAN itu penting.

Bagaimana mahu capai KESELAMATAN? Itulah yg jadi masalah. Rancang betul2, dan mohon kelulusan dan restu BOS. Kadang2 selepas kita faham hasrat pengurusan, baru kita tahu apa itu keselamatan.

Kalau kita seorang Pengawal Keselamatan, kita kena faham semua tu. Kalau kita Pengurus Keselamatan, kita ken aterangkan kpd Pengawal Keselamatan. Kita kena faham bahawa, Pengawal Keselamatan akan rasa dia manusia paling hebat sebab dia kenal Tan Sri atau Dato Sri. Pengawal begini lah yg akan beri masalah kepada Jabatan Keselamatan.




6.6.20

SKM 2 PREMISE ACCESS / EXIT CONTROL

saya terpaksa asingkan setiap tajuk supaya kepala pembaca tidak serabut. jika tidak, sekali pandang sudah hilang selera nak baca. betul kan? BAGAIMANAPUN saya cuba buat nota yg ringkas utk memudahkan semua. Saya faham, lg panjang lg boring. 

ini adalah salah satu competency unit dalam bidang sekuriti, yg berada di tahap SKM 2. 

PREMISE ACCESS/ EXIT CONTROL 

kawalan akses ini sebenarnya ialah kawalan pintu. anggap semua laluan masuk sebagai pintu. atau pintu utama. gate depan. pintu utama sebuah bank. pintu utama atau lobi sebuah bangunan. semua ini kita sebut sebagai akses.

kita nak belajar cara kawalan akses. atau kawalan laluan utama atau pintu utama


akses control.  Ada 8 perkara yg anda kena tahu dan mahir.
1. Perform administrative functions [FUNGSI PENTADBIRAN]. 
2. Handle customer requirements [KENDALI PELANGGAN]
3. Handle people entering premise/ restricted area [KENDALI KEMASUKAN INDIVIDU]
4. Handle organization’s key control [KAWALAN KUNCI]
5. Conduct freight check [PERIKSA MUATAN LORI]
6. Conduct property movement inspection [PEMERIKSAAN PERGERAKAN BARANG] 

7. Carry out pilferage handling [KENDALI PILFEREJ]
8. Conduct security post housekeeping [KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN POS]

    Di bawah ini di terangkan sikit-sikit, tetapi semua wajib diketahui dan di fahami

    1. Perform Administrative Functions [PENTADBIRAN].
    1.1 patuh kpd SOP, polisi lain, peraturan dan prosedur
    1.2 terima jadual tugas dan tugas
    1.3 masuk baris, hadir taklimat, terima tugas mengikut tugas dan t/jawab
    1.4 patuh kpd protokol sykt jika ada: naik turun bendera, tabik hormat dll
    1.5 terima serah tugas dan pos dgn teliti - pos, peralatan, tugas/kes belum selesai 

    2. Handle Customer Requirements
    2.1 berkomunikasi dgn berkesan merujuk kpd SOP sykt (jika ada)
    2.2 melalui protokol sedia ada (jika ada). cth: hubungi penyelia bagi semua masalah
    2.3 beri bantuan sewajarnya
    2.4 hubungi individu atau jabatan yang tepat
    2.5 membuat penyiaran (announcement) jika perlu melalui PA system
    2.6 semua perkara di atas di rekod dlm buku log

    3. Handle People Entering Premises/Restricted Area
    3.1 buat pengesahan (verify) dan bantu
    3.2 keluarkan pas pelawat
    3.3 serah PPE jika perlu
    3.4 lapor pelawat yg agresif atau di syaki
    3.5 benarkan pelawat masuk
    3.6 benarkan pelawat keluar
    3.7 rekod


    4. Key Control
    4.1 pemeriksaan harian
    4.2 diambil dan diserah oleh individu yang dibenar
    4.3 disah / dilulus oleh pegawai yang dibenar
    4.4 rekod dan lapor sebarang kejadian
      

    5. Conduct Freight Check
    5.1 dokumen pergerakan lengkap
    5.2 periksa dan sah
    5.3 patuh kpd prosedur sykt
    5.4 arah ke lokasi yg tepat
    5.5 rekod


    6. Property Movement Inspection
    6.1 periksa dokumen
    6.2 patuh prosedur pergerakan
    6.3 patuh prosedur sykt
    6.4 arah ke lokasi yg tepat
    6.5 rekod


    7. Pilferage Handling
    7.1 periksa kenderaan keluar mengikut arahan sykt
    7.2 periksa dan sah
    7.3 periksa lori barang buang bernilai mengikut arahan sykt 
    7.4 ambil salinan borang dan rekod


    8. Security Post Housekeeping
    8.1 jadual dan senarai periksa (check list)
    8.2 kenalpasti lokasi
    8.3 kenalpasti lampu dan perabut
    8.4 ada stor simpanan alat cucian
    8.5 alat cucian sentiasa cukup
    8.6 dibersih setiap hari
    NOTA TAMBAHAN

    semua maklumat/nota di atas cukup dan mudah di fahami TETAPI seperti berulang-ulang. Pembaca perlu ada budibicara dan memikirkan secara logik bagaimana tugas-tugas di atas di lakukan dengan bijak, waras dan berkesan. 
    Pilferage [curi barangan kurang berharga oleh staf sendiri] ini perkataan yg diguna dan maksud sebenar. Kalau kecurian biasa, di sebut loss prevention apa yg saya catit di bawah adalah cerita pasal kecurian oleh staf sendiri
    Barang berharga/bernilai- buruk/lupus, ransum, alat tulis, barang stor, dll [barang buruk ada juga nilai]. Jika seorang pekerja membawa keluar satu plastic kecil buah sawit boleh di anggap pilferage. Ia mungkin bernilai 2 atau 3 ringgit, tetapi jika kerap berlaku dan di lakukan oleh beberapa orang?
    Prosedur – pemeriksaan dan mcm mana nak kenal
    Subahat dgn kontraktor [byk kes yg tolong bawak keluar adalah kontraktor dgn bantuan staf dalaman]




    31.5.20

    KURSUS KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN

    Dalam Malaysia, bagi setengah syarikat hantar pekerja pergi latihan atau buat sendiri apa-apa latihan adalah wajib. Ini tertakluk kepada AKTA HRDF. Mereka kena hulor tiap bulan kepada HRDF dan kemudian bila buat atau hadir latihan akan 'claim' balik dari HRDF.

    Kalau kjaan tak wajibkan latihan, banyaklah sykt tidak akan hantar pekerja dia pergi kursus. Tetapi paling tidak pun dia akan adakan juga TEAM BUILDING. Yang ini saya boleh uruskan.

    Kursus ni boleh di buat dalam beberapa cara:
    Buat sendiri; jemput orang luar ngajar atau staf sendiri yg ngajar. Cara ini jimat banyak. Apa nak buat pun boleh plan sendiri. Tempat, makan, berapa hari, kandungan kursus boleh bincang. Ramai boleh hadir. 50 orang sekali jalan pun boleh.

    Kedua; hantar pekerja pergi kursus kat mana-mana. Yg ini mahal kemudian telan lah apa saja yg orang ajar. Tak boleh nak hantar ramai.

    Ketiga; urus sendiri tetapi semua di laksanakan oleh sykt yg kita lantik. Releks habis. Pergi kursus bawak badan sahaja. Tapi kita boleh bincang semua aspek seperti cara pertama tadi.

    Kalau urus sendiri tidak kira macam mana pun, ada banyak fleksibilitinya. Biasanya malam akhir kita boleh buat BBQ dan karaoke. Boleh jemput bos-bos besar datang join. Tuan-tuan tahu tak, mereka pun nak juga kendurkan juga spring yg tegang tu sekali sekala. 

    Bagi usahawan kecil macam saya, apa kursus pun boleh di uruskan. Tetapi saya fokus kepada hal ehwal keselamatan, pengurusan, softskills (pengurusan masa, khidmat pelanggan, kepimpinan, penyeliaan, dll) dan team building.

    Ringkasnya kursus keselamatan ni ada banyak. Dari asas hingga lanjutan. Terpulang kpd Tuan nak macam mana.



      

    16.5.20

    SKM 2


    SKM LEVEL 2

    Saya perkenalkan apa itu SKM 2

    Tahap ini menguji kompetensi (kecekapan) seorang Pengawal Keselamatan. Jika anda seorang pengawal kanan atau sudah lama bekerja, sila lihat samada anda telah menepati tahap kompetensi standard yang di perlukan. Sebab ada orang sudah lama memandu kenderaan tetapi tidak tahu memberi isyarat jika mahu belok ke kiri atau kanan. Begitu juga dengan kita. Lama bukan bermakna cekap.

    Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sudah lama wujud dalam negara ini. Asalnya di bawah nama MLVK. Ada sijil ini bermakna anda memang Pengawal Keselamatan yg handal.

    Nota asalnya  dalam Bahasa Inggeris dan saya terjemah mana yang sempat. Tolong baca semua nota ini DAN bincang dgn kawan2. Selepas itu kita akan nmpk, ia bukannya susah sangat. Ia perlu dijadikan BUDAYA KERJA supaya kita jadi yg terbaik selalu.

    Dalam level 2 ini ada 5 topik yg anda kena mahir. Jika lihat dalam bab Premise Access / Exit Control sahaja, ada 8 kemahiran yg anda perlu tahu. Kita mahirkan di sini dulu. DAN baca yg ini saja dahulu.

    LEVEL 2   DS 010 2:2013
    1.  Premise Access/Exit Control [C01] Kawalan Laluan Masuk / Keluar Premis
    1.1.          Perform administrative functions (tugas2 tadbir)
    1.2.          Handle customer requirements (urus pelanggan)
    1.3.          Handle people entering premise/ restricted area (urus masuk kwsn larangan)
    1.4.          Handle organization’s key control  (kawalan kunci)
    1.5.          Conduct freight check  (periksa lori)
    1.6.          Conduct property movement inspection (periksa barang keluar)
    1.7.          Carry out pilferage handling  (periksa kecurian)
    1.8.          Conduct security post housekeeping (kebersihan pos)

    amnya, tugas ini merangkumi semua tugas2 utama atau asas di pos utama atau di pintu utama sesuatu premis. kadang2 ada tugas lain juga seperti naik turun bendera atau menyambut tetamu VIP. pintu utama ini penting kerana jika ia dapat di tembusi maka kawasan dalam premis akan menghadapi risiko dan ancaman keselamatan. pintu utama ini adalah 'barisan pertama pertahanan keselamatan' jika kita mahu bandingkan dengan keselamatan negara. NOTA lanjut tentang topik ini ada di bawah....sila skrol ke bawah.

    2.    Security Patrolling [C02] Meronda
    2.1.          Prepare for patrolling duties. (persediaan ronda)
    2.2.          Perform security patrolling and clocking. (pelaksanaan)
    2.3.          Perform physical threat assessment. (penilaian ancaman)
    2.4.          Conduct property movement inspection. (periksa harta benda)
    2.5.          Carry out security Surveillance. (pemerhatian)
    2.6.          Maintain log books andSecurity Incident Report (Isi buku laporan)

    meronda nampak mudah sebab setiap hari kita meronda. ronda secara fizikal atau 'ronda mata' iaitu memerhati. hahaha. ronda mata? yer lah... itu sebab ronda di mudahkan oleh banyak orang... lihat -lihat saja bha. senang bha tu. jangan begitu ya. ronda ini rumit dan penting. ini pada saya adalah kemahiran paling penting bagi semua pengawal. kita perlu sensitif kpd semua keadaan. INGAT tujuan ronda adalah untuk pastikan semua keadaan dalam keadaan NORMAL. tidak kiralah normal lama atau normal baru. janji ia normal. jika satu hari kita lihat penyelia kita si Din tu kurus atau badan dia sudah seperti wakil bina badan Sabah, itu tentu sudah tidak normal kan!

    3.   Workplace Security and Safety Control [C03]
    3.1.          Carry out workplace regulation enforcement
    3.2.          Handle violation and crime incident
    3.3.          Handle safety violation
    3.4.          Participate in workplace emergency respond & evacuation
    3.5.          Conduct crowd control/ traffic control

    4.    Security Risk Situation Control [C04] Kawalan Keadaan Risiko Keselamatan
    4.1.          Perform First Aid & CPR.
    4.2.          Handle basic fire fighting.
    4.3.          Conduct contiguous symptom screening
    4.4.          Perform safety hazard check.
    4.5.          Handle risk/ threat situation.
    4.6.          Perform safety/security equipment serviceability /functionality check.

    5.    Unarmed Escort [C05]
    5.1.          Identify unarmed escort duties.
    5.2.          Prepare for unarmed escort duties.
    5.3.          Execute unarmed escort duties.
    5.4.          Returned to base.
    5.5.          Update unarmed escort duty report.




    ELECTIVE

    6.     Armed Protection
    6.1.           Handle fire arm safety requirements.
    6.2.           Prepare for armed protection duties.
    6.3.           Perform armed protection duties.
    6.4.           Perform firearms returning.

    7.     CVIT Handling
    7.1.           Prepare for Cash & Valuable in Transit (CVIT) duties.
    7.2.           Test CVIT vehicle security system.
    7.3.           Carry out CVIT Collection.
    7.4.           Carry out CVIT delivery to client.
    7.5.           Return CVIT team to base.

    8.     Security Transportation
    8.1.           Check security/ CVIT/ escort vehicles condition.
    8.2.           Perform advance driving technique.
    8.3.           Handle security/ CVIT/ escorting vehicle.
    8.4.           Handle pilot vehicles.
    8.5.           Conduct security/ CVIT/ escort vehicles breakdown drill.
    8.6.           Conduct security/ CVIT/ escort vehicles accident drill.



























    PERINGATAN PENTING

    Kita kena tahu semua perkara dalam nota ini walaupun kita tidak pernah buat kerja itu. Contoh: mengiring tunai dalam van keselamatan. Kita kena tahu prosedurnya. Kalau saya jadi penilai, saya cuma tanya, “apa kamu akan buat jika ditugaskan mengiring wang tunai?” kita kena jawab dgn memberitahu segala apa yg ada dlm nota ini. Contohnya, saya akan buat persiapan awal, mendapatkan segala maklumat apa yg saya bawa, berapa jumlahnya, berapa orang, senjata, peluru, jalan yg akan dilalui, tektik jika dirompak, prosedur melapor dll.
    PREMISE ACCESS/ EXIT CONTROL 
    Jika ikut buku akses control ni ialah kawalan di pintu utama atau jika kita;di Main Gate. Maklumat di bawah semua berkaitan dgn Main Gate. Ada 8 perkara yg anda kena tahu dan mahir.
    Perform administrative functions.

    Handle customer requirements.

    Handle people entering premise/ restricted area.
    Handle organization’s key control.
    Conduct freight check.
    Conduct property movement inspection.
    Carry out pilferage handling.
    Conduct security post housekeeping.

    Di bawah ini di terangkan sikit-sikit

    Perform Administrative Functions [PENTADBIRAN]. ada byk yg perlu kita mahir dan tahu: Pertamanya ialah perkara2 berikut: Pengenalan kpd khidmat kawalan dan keselamatan,  Akta berkaitan – Akta 27 dan PPKKM dan akhirnya Jenis perkhidmatan – khidmat maklumat dan keselamatan maklumat. Isebenarnya perenggan ini khas utk pengawal keselamatan dari syarikat keselamatan sahaja.  
    Kedua. Prosedur pengawal lapor diri [ini isu pengawal yang kena lapor utk bertugas di pos utama atau di tempat lain]. Apabila kita masuk bertugas di pos utama atau di gate utama, perkara berikut mesti kita tahu:
    berbaris
    periksa kedatangan atau daftar kedatangan. ada bagai cara untuk daftar ya.
    terima taklimat atau beri taklimat
    pastikan anda faham taklimat atau orang yg terima taklimat itu faham
    ada jadual tugas
    ada tugas dan tanggungjawab masing2
    disiplin semasa bertugas - merokok, membaca majalah, main telefon, berjudi....
    jaga imej diri dan syarikat
    alatan semua cukup dan OK.
    Ketiga. Prosedur Serah terima tugas. Apabila kita masuk bertugas di pos utama ini atau pun di gate utama. perlu buat serah menyerah tugas dan semua yg ada di pos utama ini dengan betul dan lengkap. di bawah ini ialah beberapa perkara yg di fikir penting. JIKA anda pengawal yg bagus, anda akan beritahu juga 1. akan ada pelawat datang lagi satu jam 2. malam tadi ada kes dadah yg masih dalam siasatan 3. sekejap lagi kapten akan sampai. itu contoh2 nya sahaja.
    - amanah
    - kebertanggujawaban
    - tanggungjawab
    - kes tertangguh
    - bendera
    - masalah
    ada sahabat tanya apa beza kebertanggungjawaban dengan tanggungjawab. CONTOH saya seorang bos. Saya ada tanggungjawab saya dan setiap pengawal saya pun ada tanggungjawab masing2. betul kan! itu amat jelas.

    Tetapi jika pengawal saya cuai dalam menjalankan tanggungjawab beliau dan menyebabkan berlaku kejadian atau kesan, saya perlu segera minta maaf kpd sesiapa yg mendapat kesan akibat kecuaian pengawal saya. ini di sebut kebertanggungjawaban. bahasa inggerisnya ACCOUNTABILITY.

    ini lah akauntabiliti semua pengawal kanan yg ada anak buah masing2. jgn ingat sendiri buat sendiri tanggung. sebagai ketua atau pemimpin, tempiasnya kepada kita juga.


    Ke empat: Khidmat pelanggan [isu ini penting sebab kita selalu terima pelawat, pembekal dan kontraktor]
    Komunikasi – bercakap, membaca, menulis
    Protocol komunikasi [yang ini bab guna set atau walkie talkie]
    -Bilangan stesen
    -Tujuan system komunikasi
    -Jenis kawasan
    Stadium
    Kompleks
    Kawasan terbuka
    Kawasan berpagar
    Kilang
    Pintu utama           
    teknik bercakap melalui telefon
    beri salam atau 'selamat pagi, pos utama hutan rimba Bagahak sini tuan'
    'apa boleh saya bantu Tuan'
    atau sambungkan (jika ada kemudahan ini)
    maklumkan pemanggil jika ada masalah ...'maaf Tuan Hamid tiada di sini Tuan'

    buat announcement guna PA system. biasanya syarikat telah sediakan 'skrip' untuk ucapan  contoh: "tuan puan sakalian, ada kecemasan berlaku di tingkat 6, semua di minta tinggalkan pejabat dengan segera menggunakan tangga kecemasan kecuali orang yang sakit, mengandung atau kurang upaya"
    Menerima pelawat masuk ke kawasan/pejabat biasa/larangan
    Jenis pelawat: pembekal, pelanggan, pelawat, kontraktor
    Prosedur
    Salam
    Tanya tujuan
    Beri bantuan
    Buka gate
    Teknik utk maklum pegawai berkenaan
    Pelawat – yg dibenar, tidak dibenar, yg disyaki
    Kenderaan – kompom no kereta dan rekod
    Bagi pas masuk
    Cara menapis pelawat
    Nak eskot atau tidak dan apa prosedurnya
    Bagi kita, biasanya kita sudah dimaklum siapa akan masuk, pukul berapa, kereta apa dan berapa orang dan apa tujuan.
    Pengenalan kpd safety & Health [kita hanya di dedah dengan perkara asas sahaja tentang Akta Safety].
     Prosedur keluar ladang
    • Serah pas dan PPE
    • Serah slip lawatan
    • Tandatangan buku pelawat dan keluar


    Kawalan kunci
    Prosedur
    • ·      Periksa hari2
    • ·      Nombor
    • ·      Label

    Keluar masuk kunci
    • ·      Simpan dlm peti
    • ·      Yg dilantik /dibenar saja ambil kunci
    • ·      Rekod

    Masalah kunci
    • ·      Hilang
    • ·      Salah tempat
    • ·      Orang tak dibenar datang ambil kunci
    • ·      Tak rekod
    • ·      Tak buat serah menyerah
    • ·      Buat kunci pendua
    • ·      Kunci rosak
    • ·      Ganti kunci lain [tipu punya]

    Masalah siasatan
    ·      Tak ikut prosedur
    ·      Tak lapor

    Periksa lori keluar masuk
    Dokumen terima dan keluar paling minima
    Prosedur periksa
    • ·      Jumlah
    • ·      Ada ‘seal’
    • ·      Kotak/bungkusan tidak pecah
    • ·      Dokumen tidak rosak

    Prosedur melapor dan menahan lori keluar/masuk
    • ·      Butir terperinci
    • ·      Prosedur penerimaan
    • ·      Rekod dlm buku


    Periksa pergerakan barangan/asset/harta syarikat/kjaan
    Sebab apa keluar masuk – baiki, sewa, lupus, pindah, dll
    Siapa yg ada kuasa
    Maklumat terperinci

    Pilferage [curi barangan kurang berharga oleh staf sendiri] ini perkataan yg diguna dan maksud sebenar. Kalau kecurian biasa, di sebut loss prevention apa yg saya catit di bawah adalah cerita pasal kecurian oleh staf sendiri
    Barang berharga/bernilai- buruk/lupus, ransum, alat tulis, barang stor, dll [barang buruk ada juga nilai]. Jika seorang pekerja membawa keluar satu plastic kecil buah sawit boleh di anggap pilferage. Ia mungkin bernilai 2 atau 3 ringgit, tetapi jika kerapa berlaku dan di lakukan oleh beberapa orang?
    Prosedur – pemeriksaan & mcm mana nak kenal
    Subahat dgn kontraktor [byk kes yg tolong bawak keluar adalah kontraktor dgn bantuan staf dalaman]

    Kebersihan pos [guard room]
    • ·      Prosedur & arahan kebersihan
    • ·      Barang bernilai/berharga
    • ·      Inventori
    • ·      Serah menyerah tugas
    • ·      Pemeriksaan


    LEVEL 2 BAB MERONDA.      Security Patrolling [DS C02]

    Bab ronda ini jelas dan nyata, boleh fikir sendiri bagaimana mahu jawab.
     Persiapan
    • Tugas
    • Tugas khas
    • Jadual
    • Lokasi/kawasan
    • Arahan lanjut
    • Penerangan tugas
    • Laluan
    • Kekerapan
    • Pos buku ronda
    • Kekuatan
    • Peralatan
    • Jenis
    • Kebolehgunaan
    • Laluan kecemasan
    • Pemeriksaan anggota
    • Prosedur
    • Laluan selamat
    • Ronda berkenderaan
    • Pemilihan kenderaan
    • Kebolehgunaan
    • Radio set/walkie takie

             Meronda
    • Kawasan ronda
    • Lokasi/kawasan
    • Lokasi buku ronda
    • Laluan
    • Pemeriksaan keselamatan anggota [jika perlu]
    • Tindakan jika penggera keselamatan berbunyi
    • Prosedur keselamatan perlatan yg dibawa

             Buat penilaian ancaman
    • Pemerhatian
    • Keadaan yg berisiko
    • Penilaian
    • Ancaman yg dikenalpasti
    • Analisa ancaman
    • Tindakan
    • Melapor
    • Tulis buku
    • Buat laporan bertulis [isi borang]

             Pemeriksaan pergerakan harta
             Tinjauan CCTV
    • Prosedur
    • Kawasan berisiko
    • Kelemahan/kerosakan
    • Selamat
    • Kebolehgunaan
    • Sedang merakam
    • Prosedur merakam
    • Simpanan rakaman
    • Prosedur berlaku kerosakan CCTV
    • Pengesan pencerobohan
    • Ada kesan sabotaj
    • Alat semua boleh guna
    • Kamera diubah haluan?
    • Prosedur melapor
    • Kelemahan keseluruhan
    • Kerosakan teknikal
    • Format laporan

             Merekod di Buku Log & Laporan Kejadian
    • Kumpul semua laporan
    • Buat laporan
    • Menulis laporan
    • Laporan lepas

    AKTIVITI KERJA
    Penerangan. Kompetensi ini menerangkan aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap yang perlu bagi memastikan imej pengawal, masuk bertugas, mengawal keluar masuk pekerja, pelawat, barangan, kontraktor, pembekal dan kenderaan masuk / keluar premis. Pengawal perlu mahir berkomunikasi untuk membantu atau menghadapi ragam orang.

    Hasil kompetensi ini ialah; tanggungjawab kawalan pos dapat disahkan (verified) dan pergerakan orang, kenderaan, dan barangan terkawal dan semua maklumat di rekod mengikut keperluan dan tindakan tegas serta cepat di ambil mengikut standard syarikat (SOP) dan undang-undang.

    1.0       Pelaksanaan Fungsi Pentadbiran
    2.0       Mengendali Keperluan Pelanggan
    3.0       Mengendali Individu Memasuki Premis / Kawasan Terkawal (Restricted Area)
    4.0       Mengendali Kawalan Kunci Organisasi
    5.0       Pemeriksaan Kenderaan Berat
    6.0       Pemeriksaan Pergerakan Harta Syarikat
    7.0       Pengendalian Kejadian Kecurian
    8.0       Pelaksanaan Kebersihan Dan Kekemasan Pos 





    SECURITY PATROLLING                                                          REF: DS-010-2:2013-C02

    AKTIVITI KERJA

    Penerangan. Kompetensi ini menerangkan aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap yang perlu dalam proses memastikan keselamatan harta dan nyawa di kawasan tanggungjawab. Bertanggungjawab meronda dan memerhati dalam keadaan dan lokasi berbeza, mengesan kejadian ketidakbiasaan (abnormality) keselamatan kesihatan (safety) atau sekuriti. Bertindak kepada keadaan kecemasan. Rondaan dan pemerhatian dilaksana mengikut jadual dan SOP, masa yang sama keselamatan disahkan, kelemahan di baiki dan kejadian di rekod serta di lapor.

    2.1 Persedian Tugas
    2.2 Meronda
    2.3 Penilaian Ancaman Fizikal
    2.4 Melaksanakan Pemerhatian Sekuriti
    2.5 Kemaskini Buku Log & Laporan Kejadian Sekuriti