Tahu kah bahawa individu yg mencuri atau ambil sesuatu tanpa kebenaran, ada juga melakukan tanpa apa-apa plan. Tiba-tiba ternampak telefon terbiar atas meja. Tuan nya tiada. Sekali ngap dia ambil.
Dulu awal 20an, penghantar surat atau makanan ke pejabat di dapati ada yang rajin mencuri - serupa juga - sebab ternampak sesuatu yg bernilai.
Kemudian ada pula cleaner ambil duit syiling atas meja. Tapi dia tak ambil semua. Dapat 5 atau 8 meja pada setiap pagi sebelum pekerja masuk. Ini kehilangan yang tidak di sedari sebab siapa yang kisah sangat dengan duit sen sen ni.
Ada satu terminologi iatu pilferage. Mengambil harta murahan syarikat oleh staf sendiri - baik paling bawah atau yg atas sekali. ini adalah tabiat. Dalam hati kata - alaa... sykt kan kaya. Depa ambil kertas pen pensil atau apa saja lah. Ada juga yg ambil kelendar atau buku nota, sebab dlm setor tu banyak lagi. Secara keseluruhan syarikat boleh rugi ribu ringgit tiap tahun dan ini pernah di bincang di negara Barat.
Berbalik kpd isu mencuri....
Mengapa dan bagaimana berlaku, siapa dan bagaimana untuk kurangkan kejadian ini. Kita cakap 'kurangkan' sebab kecurian sukar di hapuskan 100%
Mengapa? Sebab ada kelemahan! Segi fizikal dan bukan fizikal [polisi, peraturan, SOP]. Kecuaian. Sikap. Budaya. Tiada inisiatif dapatkan pengetahuan melaui berbagai sumber.
Nilai aset yg di curi. setiap bende yg di curi ada nilai. Nilai kpd pencuri tapi tiada nilai kpd kita. Cth - penutup parit. Kertas, kotak atau sampah. Letter Head, calculator, stapler, rubber stamp. Kereta atau basikal buruk yg di tinggal lama dekat mesjid.
Letter head pun ada nilai? ya! ada sekali tu satu letter diguna oleh sorang individu untuk sewa sebuah rumah. Tuan rumah amatlah suka sbb bank nak sewa selama setahun. cukup masa tuan rumah pergi bank untuk tuntut sewa. Rupanya bende palsu. tapi bank terpaksa bayar kepada tuan rumah sebab ada bukti. Siapa yang buat; tiada siapa yang tahu.
Bagaimana Boleh Berlaku? xx Jawapan ada di Mengapa? di atas tu. Saya huraikan dgn ringkas!
- kelemahan!
- Segi fizikal dan
- bukan fizikal [polisi, peraturan, SOP].
- Kecuaian.
- Sikap. Budaya.
- Tiada inisiatif dapatkan pengetahuan melaui berbagai sumber.
Penyelesaian [solution]. xx