14.8.14

Kursus Penyelia Keselamatan

1. rajin. sifat ini mesti ada dalam
jiwa mereka yg hendak dijadikan seorang penyelia keselamatan. orang rajin sihat dan kurang gemuk. orang rajin tidak beri alasan BODOH kepada ketua. orang rajin boleh dipanggil bila-bila masa.

2. minat. seseorang tidak boleh
jadi rajin kalau dia tidak berminat. orang rajin dan orang yg ada minat akan berusaha untuk membaiki prestasi khidmat keselamatan. dia akan berusaha cari jalan baiki kerja pengawal. penyelia juga seorang manusia. beliau tahu bila pengawal harus rehat dan bila harus kerja kuat. beliau tahu bagaimana pengawal ponteng, pengawal menipu, subahat, menghasut dll.

3. kerja kerana ALLAH. kalau
penyelia kerja sebab nak cari makan, maka dia akan kerja bermuka-muka. sebaliknya, beliau akan kerja bersungguh-sungguh sebab beliau tahu kerja itu ibadat. kalau kerja main-main, maka rezeki yg diterima mungkin tidak berkat. jika tidak berkat, maka hasilnya juga tidak berkat, malah akan jadi lebih susah.

4. adil.

5. tegas. tegas maknanya tegas, tetapi tidak maki hamun, tidak marah salah orang, dan tidak bebel. kalau salah, beliau bagi SEKALI dan FINAL warning. kita semua dah tua, masih mahu 3 kali warning ka.

6. pandai dan bijak. contoh; kesalahan paling besar bagi seorang pengawal ialah tinggal pos, tidor dan mencuri. jangan percaya pengawal tinggal pos sekejap saja. kalau sekejap tetapi selalu, apa kesannya. datang lambat pun boleh kira seperti tinggal pos. pengawal diberi amanah, tetapi mencuri. penyelia tahu bila nak bagi warning dan bila akan sokong si polan elok diberhentikan.

hendak cari penyelia yg bagus bukan senang, begitu juga pengawal keselmatan. syarikat atau organisasi yg faham perkara ini akan jadi sangat efektif. SEBAB semua manusia sama, fitrah yg sama, ada nafsu baik dan jahat, dan semua manusia ingin masuk syurga. terpulang bagaimana kita urus dan tadbir mereka.

ingin rancang kursus penyelia keselamatan? sila hubungi saya 019 275 0075 atau noormohamad0075@gmail.com