21.12.15

rasuah sebesar sebiji limau

pada musim tertentu...banyak organisasi dan individu akan DINILAI dengan sebiji atau sekotak atau mungkin juga 10 kotak LIMAU.

Kalau boleh, baik kita elak dari dinilai dengan sebiji atau sekotak limau.

Yang menilai kita tidak lain dari pemberi limau tersebut. Anda takut terima rasuah dari orang Melayu sebab mereka akan bercerita. MINTA MAAF yer... yang bukan Melayu lagi dahsyat cerita mereka. Satu KL akan kenal anda.

Mereka akan beritahu.....si polan itu 'boleh makan' atau tak boleh makan. Nilai si polan itu 5 ringgit atau 50 ringgit. Tak percaya...cuba tenguk kawan kita yg makan rasuah. Semua peniaga akan cari dia!

Nah bagaimana semua pembekal tahu siapa yg nak dicari?


Dalam senyum pemberi rasuah memandang peminta dan penerima rasuah penuh HINA. Anda spt peminta sedeqah kpd mereka. Hendak pula yg kaki golf dan kaki makan angin di Indonesia, Australia mahupun Vietnam.

Sebiji atau 100 biji tetap rasuah.



"wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar: maka janganlah kamu diperdaya oleh kemewahan hidup dunia...."Al Fatir: 15

Jika boleh minta ketua jabatan letak kenyataan LIMAU ATAU SEBARANG BENTUK HADIAH TIDAK DIBENARKAN DI SINI. Jika staf sokongan atau KESATUAN sendiri memohon perkara ini, orang atas akan terkedu atau mungkin tersedak sekejap. BANK NEGARA sudah lama mengeluarkan arahan setiap bank tidak boleh terima hadiah.
Mereka yg terpaksa kerja hingga waktu mahgrib dan makan begini di bawah jejantas, lebih berkat hidup dan rezekinya.

Hukum terima limau. ada banyak 'ostad' yg membenar dan ada juga yg tidak membenarkan. ISUNYA MUDAH JE. Bolehkah anda dapat limau percuma di bus stand klang?

Kalau semasa raya begini, anda boleh dapat limau percuma di bus stop, di tol, atau di mana saja oleh mereka yg tidak kenal anda, dan tidak pernah berurusan dgn anda...ANDA boleh FIKIR SENDIRI. itu ikhlas atau tidak. Ada agenda atau tidak. kalau ada agenda, walaupun kita tidak kenal....tentulah itu rasuah!

Islam mudah je...kalau ada rasa was was...abaikan saja. 

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188

Ada juga sahabat yg mengatakan Rasul pernah terima hadiah dari yahudi. Atas keadaan bagaimana pada masa itu, dan apa pula keadaannya kita sendiri. 


Mengapa mereka beri 'limau' kpd pejabat yg ada kaitan dgn selenggaraan, admin, perolehan dan yg berkaitan dgn nya. Kenapa tak bagi kpd semua?


hadiah hari jadi, kenduri kawin dan hal2 peribadi kita juga terima hadiah. namun kalau ada ahli perniagaan hadiahkan tiket penerbangan dan pakej cuti ke luar negara...beranikah anda terima?


bolehkah anda jawab di mahkamah itu hadiah hari jadi saya atau hadiah kawin anak saya?


apa kaitan rasuah dan keselamatan? sebab rasuahlah tayar lori boleh tercabut dan membunuh seorang guru. 




dan stadium baru boleh runtuh [berapa juta duit rakyat mereka telah curi, berapa juta lagi rugi sebab runtuh, dan berapa juta lagi diperlukan untuk membaiki stadium ini] JANGAN GELAK kat PM kita...lihat dulu JKR, EPF, Tabung Haji, MAS, universiti, pej tanah, dan diri kita dulu. Kita sama2 terlibat kerana 'menyokong' mereka supaya terus rasuah.



Ingat dalam al Quran, hidup lawannya mati, syurga lawannya neraka dan kaya lawannya bukan miskin. kaya lawannya cukup. Allah beri rezeki yg cukup untuk setiap makhluknya.


Soalannya, mengapa yg tidak menerima rasuah di pejabat yg sama terus berdiam diri. Di mana kah nilai diri kita sebenarnya.