2.10.16

BEZA PENGAWAL SENDIRI ATAU SWASTA


POLIS BANTUAN

Mereka yg menjadi PB tentu berasa megah, ego dan riak. Tidak salah sebab anda memang nampak segak. Tapi amat baik jika kesegakan itu seimbang dengan kebolehan atau kompetensi kita.

Apa pulak kesannya kepada majikan. [1] Kos penubuhan PB sangatlah tinggi. Bukan semua syarikat mampu,  [2] Kos selenggaraan atau overhead nya juga tinggi. Ini termasuk kenderaannya, pakaian seragam, balai polis, baton dan peralatan logistik lain. [3] Kos kursus juga tinggi, kursus asas di PULAPOL dan seterusnya kursus khas di tempat masing-masing. Jika anda bertugas di bank, di pelabuhan, di lapangan terbang dan di ladang; tugas dan keperluan anda berbeza.[4] Jika PB terlibat dlm isu disiplin di dalam premis boleh juga disembunyikan, tetapi jika melibatkan orang awam, maka implikasi kpd majikan dan semua PB serta PDRM akan terpalit jugak.

Kebaikan PB ini pun banyak juga. [1] Kemas dan berdisiplin [2] Memberi imej positif [3] Kompeten jika betul-betul terlatih dan komited [4] Lebih berkesan berbanding pengawal biasa.

PENGAWAL IN HOUSE BIASA

Kebaikan mereka ini boleh digunakan pakai dgn PB. [1] Lebih taat dan komited. Ia berlaku begini kpd mereka yg bersyukur dgn rezeki atau yg sedar, susah untuk cari kerja. [2] Mereka lebih tahu selok belok susunatur bangunan, kenal bos dan bukan bos, dan paling penting boleh kenal siapa orang luar yg berada di dalam kawasan termasuk mereka yang telah berhenti kerja. [3] Mereka tahu di mana kawasan berkumpul jika ada kecemasan, siapa untuk dihubungi, kedudukan pemadam api, kawasan bahaya, sensitif dsb nya. [4] Mereka juga dikenali oleh hampir setiap pekerja dan bos.

Kelemahan mereka. [1] Terlalu tahu selok belok boleh menyebabkan mereka jadi dalang untuk mencuri atau bersubahat dgn orang luar atau dalam [2] susah untuk diajar atau untuk direbus semula [3] Degil, kurang disiplin, pemalas dan sekongkol dgn pekerja lain yg sama taraf. [4] berpolitik dlm tempat kerja untuk naik pangkat, bodek, dengki, dan bergaduh sesama mereka - menjejaskan hasil kerja.

Kesan kepada majikan [1] kos kursus, cuti tahun, cuti sakit, pakaian seragam, siasatan dalaman, epf, socso, dll [2] Kos latihan, kebajikan, [3] Peralatan bertugas, senggaraan peralatan, keperluan pejabat dan logistik pejabat. Pengurus, penolong, penyelia dan pengawal [4] Perlu rancang dan atasi semua isu keselamatan yg besar hingga kpd yg remeh.

PENGAWAL LUAR [SWASTA]
kesan paling negatif, jika gabungan antara pengawal sendiri dan swasta, maka pengawal sendiri akan jadi 'lemak', berlagak, riak dan ego. Mereka akan melepak dan apa-apa kerja semua serah kepada pengawal swasta. Mudah jer, asing mereka ini mengikut KTJ [kawasan tanggung jawab] masing-masing.

Selepas pengawal swasta sudah ada KTJ sendiri, pegawai atau penyelia langsung tidak mahu pergi melawat jika ada apa-apa masalah.

Masalah/kelemahan pengawal swasta. kurang disiplin, terlalu muda atau terlalu tua, tidak terlatih, kurang sikap yg diharapkan, tidak kisah, tidak komited.

Jika ada kecemasan, kemalangan, bencana, ada VIP dll, mereka bukan tidak kisah, tetapi tidak tahu apa nak buat. Sykt spt Freescale, tuntut supaya pengawal swasta dan pegawainya sama-sama terlibat dlm latihan kecemasan dll.

Bagi masalah gaji, ada sykt tetapkan jika yuran spt itu, gaji pengawal mesti ada minimanya. Jika gaji lambat, pelanggan akan bayar terus kpd pengawal dan akan kenakan penalti kpd sykt keselamatan.

Jadinya, saya nak kongsi.....masalah pengawal swasta semua bergantung kpd kita yg menggunakan khidmat mereka. Nak OK atau tak OK, semua bergantung kpd kita.

Kita kena tetapkan syarat dan perjanjian yg lengkap. Mcm mana pun, kita kena sentiasa memantau. Jangan jadi spt setengah kakitangan hari ini, tidak bertanggungjawab dan tiada akauntabiliti. Jika berlaku apa-apa, mereka lepas tangan.

Sudah serah tugas, terus balik tidur. Langsung tiada usaha untuk buat pemeriksaan mengejut spt pegawai kjaan zaman dulu.

Bebel pulak saya ni... tapi mohon maaf, inilah hakikatnya kenapa kakitangan kjaan dan swasta hari ini lemah.