Competency Unit pertama bagi tahap 2 (SKM 2) ini ialah:
kita nak belajar cara kawalan akses. atau kawalan laluan utama atau pintu utama.
akses control. Ada 8 perkara yg anda kena tahu dan mahir.
1. Perform administrative functions (Fungsi Pentadbiran)
Maksudnya ialah kerja-kerja asas pentadbiran di pos keselamatan seperti merekod keluar masuk pelawat, kenderaan, serahan barang, serta mengisi log book serta segala dokumen yang tersedia, dan sentiasa dikemaskini. Proses kerja termasuk menerima maklumat, semak identiti, catat dalam buku atau sistem, dan pastikan semua dokumen lengkap serta disimpan betul. Ia juga merangkumi laporan ringkas jika ada kejadian luar biasa. Tujuannya supaya rekod selalu kemas, tepat, dan boleh dirujuk bila perlu.
2. Handle customer requirements (Kendali Pelanggan)
Ini merujuk kepada cara pengawal melayan tetamu, kontraktor, pekerja, atau sesiapa yang datang bertanya. Proses kerja termasuk memberi salam, mendengar kehendak pelanggan, beri panduan jalan, arahkan ke kaunter betul, dan bantu jika ada masalah ringkas. Dalam masa sama, kekalkan kawalan keselamatan tanpa bersikap kasar. Matlamatnya: pelawat dapat bantuan, organisasi nampak profesional, dan keselamatan tetap terjaga.
3. Handle people entering premise/restricted area (Kendali Kemasukan Individu)
Maksudnya pengawal memastikan hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh masuk. Proses kerja termasuk memeriksa kad kerja, pas pelawat, surat kebenaran, atau maklumat dalam sistem. Jika kawasan terhad atau terkawal (retsricted), pengawal perlu semak senarai kelulusan dan pastikan pengiring disediakan. Semua maklumat dicatat dalam log. Tujuannya elak pencerobohan, lindungi aset serta elakkan risiko keselamatan.
4. Handle organization’s key control (Kawalan Kunci)
Merujuk kepada proses menjaga, menyimpan, dan mengeluarkan kunci rasmi syarikat secara teratur. Kerja termasuk menyemak nombor kunci, rekod peminjam, masa ambil dan masa pulang. Pengawal perlu pastikan kunci diberi hanya kepada individu yang diberi kuasa. Jika kunci tidak dipulangkan atau rosak, laporan segera dibuat. Objektifnya ialah mencegah kehilangan dan mengelakkan akses tidak sah.
5. Conduct freight check (Periksa Muatan Lori)
Bermakna pengawal memeriksa lori yang membawa keluar atau masuk barang. Proses termasuk semak surat jalan, delivery order (DO), invoice, atau gate pass. Kemudian periksa fizikal barang—jenis, kuantiti, nombor pallet—dan bandingkan dengan dokumen. Lori juga diperiksa bahagian luar dan ruang muatan. Semua maklumat dicatat untuk elak penyeludupan, kecurian, atau barang tidak sah.
6. Conduct property movement inspection (Pemeriksaan Pergerakan Barang)
Maksudnya memastikan barang yang dibawa keluar atau masuk oleh staf, kontraktor, atau pelawat diluluskan. Proses kerja termasuk periksa borang kelulusan, nombor siri barang (jika ada), keadaan barang, serta tujuan pergerakan. Pengawal juga rekod masa keluar/masuk dan identiti pembawa. Tujuannya mengelakkan barang syarikat hilang atau disalahgunakan.
7. Carry out pilferage handling (Kendali Pilferej)
Pilferej bermaksud kehilangan barang kecil secara perlahan akibat kecurian atau salah guna. Proses kerja pengawal ialah mengesan tanda-tanda kehilangan, periksa beg atau barang jika diarahkan oleh SOP, membuat laporan, dan menahan (bukan menangkap) individu yang disyaki secara profesional. Pengawal juga bantu siasatan awal dengan beri maklumat dalam log atau laporan insiden.
8. Conduct security post housekeeping (Kebersihan dan Kekemasan Pos)
Ini merujuk kepada menjaga kebersihan dan susunan pos kawalan. Proses kerja termasuk menyapu, mengelap peralatan, susun buku log, pastikan CCTV monitor kemas, kerusi meja stabil, lampu berfungsi, dan tong sampah dikosongkan. Tujuan utama ialah pos kelihatan profesional, staf bekerja dengan selesa, dan imej keselamatan kelihatan kemas serta terurus.
1.1 patuh kpd SOP, polisi lain, peraturan dan prosedur
1.2 terima jadual tugas dan tugas
1.3 masuk baris, hadir taklimat, terima tugas mengikut tugas dan t/jawab
1.4 patuh kpd protokol sykt jika ada: naik turun bendera, tabik hormat dll
1.5 terima serah tugas dan pos dgn teliti - pos, peralatan, tugas/kes belum selesai
2. Handle Customer Requirements
2.1 berkomunikasi dgn berkesan merujuk kpd SOP sykt (jika ada)
2.2 melalui protokol sedia ada (jika ada). cth: hubungi penyelia bagi semua masalah
2.3 beri bantuan sewajarnya
2.4 hubungi individu atau jabatan yang tepat
2.5 membuat penyiaran (announcement) jika perlu melalui PA system
2.6 semua perkara di atas di rekod dlm buku log
3. Handle People Entering Premises/Restricted Area
3.1 buat pengesahan (verify) dan bantu
3.2 keluarkan pas pelawat
3.3 serah PPE jika perlu
3.4 lapor pelawat yg agresif atau di syaki
3.5 benarkan pelawat masuk
3.6 benarkan pelawat keluar
3.7 rekod
Perenggan 2 dan 3 di atas punya beberapa kesamaan kerana kedua-duanya berurusan dengan pelanggan.
4. Key Control
4.1 pemeriksaan harian
4.2 diambil dan diserah oleh individu yang dibenar
4.3 disah / dilulus oleh pegawai yang dibenar
4.4 rekod dan lapor sebarang kejadian
5. Conduct Freight Check
5.1 dokumen pergerakan lengkap
5.2 periksa dan sah
5.3 patuh kpd prosedur sykt
5.4 arah ke lokasi yg tepat
5.5 rekod
6. Property Movement Inspection
6.1 periksa dokumen
6.2 patuh prosedur pergerakan
6.3 patuh prosedur sykt
6.4 arah ke lokasi yg tepat
6.5 rekod
7. Pilferage Handling
7.1 periksa kenderaan keluar mengikut arahan sykt
7.2 periksa dan sah
7.3 periksa lori barang buang bernilai mengikut arahan sykt
7.4 ambil salinan borang dan rekod
8. Security Post Housekeeping
8.1 jadual dan senarai periksa (check list)
8.2 kenalpasti lokasi
8.3 kenalpasti lampu dan perabut
8.4 ada stor simpanan alat cucian
8.5 alat cucian sentiasa cukup
8.6 dibersih setiap hari