22.4.15

Keselamatan Sekolah II

garis panduan. ini boleh 'ditampal' di dalam blog sekolah [jika ada] supaya setiap guru dan ibu bapa tahu apa nak buat dalam pelbagai aspek keselamatan/kecemasan.

peringatan. setiap hari isnin, guru akan beritahu satu aspek keselematan. "pastikan mereka yang bawa motorsikal, letak di kawasan khas, supaya pengawal kita boleh nampak". "semasa berjalan balik, jangan bermain atau bergurau di tepi jalan raya. kemalangan boleh berlaku", "Malaysia sudah lama tiada penyakit TB. Jika orang gaji kamu selalu batuk atau sakit perut yang melampau, beritahu ibu bapa kamu supaya periksa kesihatan beliau".




buat karangan tentang keselamatan. ada lebih 100 tajuk yang kita boleh buat tentang keselamatan. kemudian kita boleh bincang dalam kelas.

lantikan pengawal keselamatan. pihak sekolah atau PIBG mesti ada kuasa melantik pengawal yang kemudian digajikan oleh syarikat keselamatan. kita sendiri tidak akan melantik individu yang bermasalah. lagi pun kita tentulah tahu latar belakang beliau sebelum melantik.


CCTV. majoriti syarikat atau individu yg dilantik pasang CCTV akan pasang ikut pengguna atau ikut hati beliau. bukan ikut kehendak keselamatan. kalau hendak tahu tentang CCTV, tanya saya.... nasihat saya, jawapan saya, semuanya percuma. jangan pasang tapi akan timbul banyak masalah kemudian hari. Jika ingin maklumat lanjut sikit, klik di bawah


http://securityandsafety.blogspot.com/2011/06/cctv-problems.html 

pos pengawal dan imej sekolah. saya menilai sesebuah rumah selepas memasuki tandas dan dapurnya. saya menilai sesebuah sekolah dengan melihat pos pengawal dan tamannya. saya tidak perlu beri penjelasan selebihnya. fikirlah sendiri


kempen keselamatan. cuba elakan perbuatan ini. pemerhatian saya, Malaysia sentiasa sebuk dengan pelbagai kempen. kempen buang masa, tenaga dan wang. kesannya tiada. apa yg patutn dibuat ialah; [1] dalam agenda mesyuarat mingguan dan bulanan, sebelum masuk hal-hal lain, masukkan tajuk keselamatan sekolah dan murid-murid [2] dalam setiap persatuan ada AJK Keselamatan. apa tugas AJK ini? kumpulkan AJK Keselamatan 5 ke 10 sekolah dalam kawasan tuan, dan jemput saya datang. bayar saya duit minyak dan makan sudah memadai. [3] dalam setiap aktiviti, mesti ada aspek keselamatan yang mesti dibincang.

budaya keselamatan. langkah di atas akan menyuntik budaya keselamatan ke dalam diri kita sepanjang hayat. tak perlu kempen.



SELAMAT BERJAYA semua Guru.