Kursus Audit Keselamatan Keselamatan



Tempoh: 2 hari


Audit keselamatan kendiri [self security audit] dapat menyelamatkan duit syarikat. Bila duit selamat, untung meningkat.

Bila dapat buat audit keselamatan sendiri, peranan dan tugas jabatan keselamatan jadi tambah luas dan fungsi mereka nampak lebih releven kepada syarikat.

Hendak audit apa? Audit semua polisi, arahan, prosedur, keputusan mesyuarat dll. Contoh; Selepas waktu pejabat, kenderaan syarikat hendaklah disimpan digaraj yang disediakan. Kenderaan hendaklah dikunci.

Perkara ini berkaitan dengan keselamatan khususnya jika kenderaan itu hilang, atau disabotaj atau radio atau baterinya dicuri. Maka inilah fungsi audit keselamatan. Bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk menyelamat duit syarikat.

Kursus ini sesuai untuk semua Pengurus Keselamatan, Pegawai dan Penyelia Keselamatan.

Yuran kursus ini tidak mahal berbanding ilmu dan kemahiran yg akan disampaikan. Audit ini bukan audit biasa. Ia termasuk memaklumkan 'mangsa' dengan berhati-hati supaya jangan ia terfikir ini kerja pengkhianat.

Peserta akan diajar
  • matlamat
  • prinsip
  • teknik
  • tips
  • laporan
  • taklimat

Di samping itu, peserta akan faham konsep keselamatan secara am serta apa itu keselamatan. Tidak guna hadir kursus audit keselamatan jika beliau tidak faham bab keselamatan.

Peserta akan faham juga....
  • Kawasan dan bangunan tumpuan rondaan dan kawalan
  • Laluan rondaan siang dan malam
  • Latihan kecemasan kebakaran dan lain-lain
  • Bilangan [kekuatan] pengawal yang diperlukan
  • Latihan-latihan yang diperlukan
  • Tumpuan keselamatan, dan
  • Struktur jabatan keselamatan, serta
  • Peranan, tugas dan tanggungjawab



Setiap jabatan keselamatan perlu ada seorang yang telah hadir kursus ini kerana mereka akan bantu merancang langkah keselamatan yang paling optima. Iaitu, tidak terlebih atau tidak terkurang dari segi bilangan pengawal, kawalan, rondaan, logistik, dll.

Yuran kursus ini ialah 1,850 ringgit sehari bagi kursus in house atau 975 ringgit seorang bagi kursus terbuka.

Sila hubungi saya 019 275 0075 untuk sebarang pertanyaan.