18.1.15

tugas asas pengawal keselamatan

"pastikan pos kamu bersih"....."itu kerja cleaner encik"

apabila kita hendak melatih pengawal, inilah latihan pertama yang beliau mesti buat. Jika tidak, satu hari dia akan jawab...."kalau bersih, nanti cleaner tak ada kerja encik".

itu lah sebabnya, jarang sangat orang yang hendak masuk asrama pengawal keselamatan. 

selepas diarah untuk dibersihkan, sila periksa sehingga puas hati.

jika hari pertama mereka tidak diajar tentang kebersihan, sampai bila pun mereka tidak akan berubah. malah, mereka akan menjadikan pos mereka bertambah kotor.

jika tidak ada latihan, semasa interview, perkara ini mesti dimaklumkan.

dalam SOP, perkara ini mesti jelas.

ketua dan penyelia mesti tahu, mereka bertanggungjawab menentukan pos sentiasa bersih dan kemas. bukan nya pergi bersihkan, tetapi menentukan. ada juga ketua atau penyelia yang jawab, "tak kan itu pun saya kena bagi tahu tuan"

susah sangat....tulis dalam SOP!