Keselamatan Perlindungan [protective security] pada dasarnya adalah konsep keselamatan yang diperkenal oleh British semasa Malaysia dipanggil Malaya. Ia bermaksud sistem yang tersusun serta langkah keselamatan yang diperkenal dan dikelola oleh setiap peringkat pemerintahan dengan tujuan untuk mencapai dan memastikan keselamatan.
Tapi secara kasarnya atau maknanya; kawasan, bangunan, maklumat dan nyawa perlukan perlindungan. Jadi tepatnya kita sebut keselamatan perlindungan.
Kita perlukan keselamatan perlindungan semasa berada di luar negara, contohnya. Prosedurnya bagaimana? Kena maklum kedutaan segala maklumat diri kita, kena ada wang secukupnya, boleh dihubungi dan boleh menghubungi, tahu prosedur selamatkan diri jika ada bencana dan tahu siapa yang hendak dihubungi.
Maka keselamatan perlindungan ialah prosedur atau SOP atau langkah-langkah berjaga-jaga atau mewujudkan rancangan kontingensi bagi setiap kejadian, dan langkah-langkah untuk elakkan kejadan yang berisiko....
[The organized system of defensive measures instituted and maintained at all levels of command with the aim of achieving and maintaining security] [wikipedia]
Ia kelihatan seperti lebih sesuai untuk polis dan tentera serta pasukan keselamatan yang lain. Jadinya, apa kena mengena dengan organisasi kerajaan yang lain?
Berdasarkan Perintah Am dan juga Arahan Keselamatan, pemikiran dan kesedaran keselamatan perlindungan pejabat melibatkan ketua tertinggi hingga kepada setiap individu paling bawah. Jika tidak pun, ia melibatkan semua peringkat ketua.
Jika anda bergerak ke sesuatu lokasi dalam
kumpulan 3 orang, pastinya yang paling kanan itu berperanan sebagai ketua. Begitu juga di setiap pejabat. Paling tidak pun Ketua Kerani.
Perkataan 'organized system' bermaksud sistem yg tersusun. Selanjutnya segala langkah keselamatan mesti dirancang, dilaksana dan diselia. Kita tidak berfungsi berseorangan. Tidak seperti masuk dalam satu kelas di sekolah menengah. Duduknya memang dalam satu kelas, tetapi buat kerja masing-masing. Yg rajin dapat nombor satu.
Kita sepatutnya seperti satu pasukan bola sepak. Setiap individu berperanan untuk tambah gol dan elak kena gol. Dalam hal pejabat, setiap individu ada peranan agar segala maklumat kerajaan tidak bocor.
Jika anda faham konsep ini, segalanya yang lain hanya 'penyeri' sahaja. Anda sudah pun komited. Contohnya; cuba tanya mereka yg pernah mendaki Kinabalu. Segala arahan beliau akan patuh. Kenapa? Sebab mahu selamat.
Siapakah yang patut hadir KURSUS KESELAMATAN PERLINDUNGAN ini? Pada pendapat peribadi saya; fokus utama ialah semua peringkat ketua. Bagi staf lain, pendekatan dan fokus sepatutnya tidak sama. Ia seperti belajar matematik di tadika, sekolah rendah dan menengah. Tajuknya saja yang sama.
Setiap ketua juga seharusnya mengingat dan menegur, selain dari melatih. Apa....? Kata Mak Dara! Aku kena melatih! Ya Tuan Puan.....sila lihat Perintah Am. Ini termasuk tugas dan tanggungjawab Tuan.
Konsep keselamatan perlindungan perlu dikait dengan kejadian yang berlaku hari ini. Jika boleh dikaitkan juga dengan psychological warfare dan propaganda supaya peserta nampak senario keselamatan dengan lebih luas lagi. Jika ini berlaku, perkara asas seperti sabotage, espionage and subversion dapat ditafsir dengan lebih matang, sejajar dengan tahap pemikiran 'ketua'. Ini belum kira ideological warfare yg negara sedang hadapi.
Penceramah bukan saja menyampaikan, beliau mempunyai peranan yg lebih besar. Beliaua perlu faham konsep ASK [attitude, skill, knowledge] terlebih dulu. Seorang pemimpin pernah berkata; baca khutbah dengan sampaikan khutbah itu tidak sama.
Kesimpulannya, kajilah dulu target audience kita, matlamat yg terdekat dan 'long term objective' kita. Pihak keselamatan dan ketua jabatan turut juga mempunyai hidden agenda. Kita seperti dalam senario perang; 'every move is a calculated move'.
Dan dalam kita leka dengan keadaan politik dan ekonomi, 'jiran kita' sudah
pasang aerostat. Ia
boleh memerhati semua kem tentera, highway, bencana, rancangan pembangunan serta
apa saja hampir separuh semenanjung Malaysia. Mereka juga boleh merancang di
mana hendak melabur, dan tanah mana perlu dibeli kerana mereka tahu trend
pembangunan kita. Agaknya, semua kem tentera, pelabuhan, bandar dan lapangan
terbang yang sedang dibangun, sudah mereka 'kepung'.
Sebagai penutup; keselamatan perlindungan bukan hanya menghalang soalan UPSR dari bocor, ia lebih dari itu.
Penceramah bukan saja menyampaikan, beliau mempunyai peranan yg lebih besar. Beliaua perlu faham konsep ASK [attitude, skill, knowledge] terlebih dulu. Seorang pemimpin pernah berkata; baca khutbah dengan sampaikan khutbah itu tidak sama.
Penceramah
tajuk keselamatan perlindungan ini perlu menyuntik dan menyentuh kalbu peserta
supaya 'tersentak' dengan keadaan keselamatan keselurunhanya. Ini juga adalah asas
konsep komunikasi Islamik. Cakapnya tidak banyak, tetapi isinya padat. Kita semua perlu sedar dulu; pentingnya keselamatan perlindungan... keselamatan pejabat [keselamatan maklumat rasmi dan separa rasmi]
Kesimpulannya, kajilah dulu target audience kita, matlamat yg terdekat dan 'long term objective' kita. Pihak keselamatan dan ketua jabatan turut juga mempunyai hidden agenda. Kita seperti dalam senario perang; 'every move is a calculated move'.
Sebagai penutup; keselamatan perlindungan bukan hanya menghalang soalan UPSR dari bocor, ia lebih dari itu.
Pertanyaan? Klik PERTANYAAN dll