28.9.24

SEKURITI MAJLIS RASMI

LATIHAN BERKUMPULAN

📌 Tugasan Kumpulan

• Kumpulan minimum 5 orang, maksimum 6 orang
• Sediakan slide PowerPoint
• Hantar & kongsi dalam Classroom
• Sertakan senarai nama penuh ahli kumpulan
• Persembahan di kelas: 2 Oktober 2027


📌 ISU / SENARIO TUGASAN

Majlis perasmian ladang ternakan ayam dan pusat latihan organisasi anda akan diadakan di perkarangan masjid UMS, bersama pameran ternakan (ayam, itik, puyuh) dan khemah promosi pusat latihan.

Program ini adalah kerjasama antara: organisasi anda, UMS, & jabatan kerajaan berkaitan

Pada hari perasmian, pihak anda hanya perlu menyediakan:
Kawalan keselamatan
Kawalan trafik
Dengan kerjasama: • Keselamatan UMS • PDRM • RELA

Butiran acara:
• VIP: Ketua Menteri (tiba 10.00 pagi)
• Tetamu khas: 65 orang
• Tetamu biasa: ± 100 orang
• Jangkaan kenderaan: ± 85 buah
• Masa acara: 10.00 pagi – selepas makan tengah hari
• Persiapan lokasi: 3 hari (khemah + pameran)

Tugasan anda:
👉 Cadangkan pelan keselamatan & pelan kawalan trafik yang lengkap, praktikal, dan logik

Hantar sebelum 6.30 pagi, 2 Oktober 2024.


📌 PENGENALAN — REALITI DUNIA SEKURITI

Dalam banyak majlis rasmi, pihak sekuriti selalunya orang terakhir dijemput.
Kadang-kadangtidak dipanggil langsung, tiba-tiba dapat surat:
“Harap sediakan kawalan keselamatan.”

Tapi…
• laluan masuk tak tahu
• parking tak cukup
• VIP berapa orang tak pasti
• tetamu datang jam berapa pun tidak dimaklumkan

Inilah realiti, dan inilah UJIAN kepada orang sekuriti.

Oleh itu sektor keselamatan perlu ada SOP, panduan & keberanian bertanya, bukan sekadar ikut cakap orang.
Apa-apa rancangan mesti dapat kelulusan pengurusan.


📌 GARIS PANDUAN UTAMA KAWALAN MAJLIS

1️⃣ Faham Program Dari Awal Sampai Tamat

Sekuriti perlu tahu keseluruhan perjalanan majlis:
• tinjauan lokasi                    • raptai                        • persiapan                            
• hari sebenar                        • selepas majlis
Setiap langkah ada elemen keselamatan. Jadi pengawal kena “menyibuk” secara profesional — hadir mesyuarat, dengar, dan ambil maklumat.


2️⃣ Sekuriti Tak Jaga “Selamat” Saja – Kadang Jaga Moral & Kekemasan

Adakalanya bendera negeri tersalah susun, papan tanda salah tempat, tempat duduk VIP  mengelirukan — semua orang tengok dan tuding jari telunjuk kpd sekuriti.

Walaupun bukan tugas rasmi, pengawal perlu membantu agar majlis nampak teratur.


3️⃣ Pemilihan Anggota Bertugas & Latihan

• Depan sekali → pilih anggota yang kemas, tinggi, berdisiplin & mesra
• Latihan mesti ada, khususnya:
– cara guna walkie-talkie
– SOP kawalan VIP
– etika menyambut tetamu
Pada hari sebenar, komunikasi mesti profesional, bukan “halo… halo… test test…”


4️⃣ Rancang Aturgerak Sekuriti

Teliti jadual majlis, kemudian tentukan:
• siapa bertugas di laluan masuk
• siapa di tempat parkir
• siapa sambut VIP
• jam berapa semua perlu berada di pos
• sesi pemeriksaan pakaian & peralatan
• waktu sarapan / rehat

Contoh:
Setiap simpang ada anggota, Dewan Utama ada anggota, jalan masuk ada anggota.
Bila VIP sudah duduk dalam dewan → di mana anggota simpang perlu berada?
Jangan sampai kawasan parkir terabai.


5️⃣ Aturgerak Mengikut Fasa

Setiap fasa berbeza:
• Pra-majlis
• Ketibaan VIP
• Majlis berlangsung
• Makan tengah hari
• VIP beredar
• Tamat acara

Setiap fasa perlu: 
• bilangan anggota yg berbeza,       • peralatan berbeza
• kekuatan berbeza, &                     • posisi berbeza


6️⃣ Logistik Sangat Penting

Napoleon kata, “Tentera bergerak atas perut.”
Maksudnya → makan & keperluan asas mesti dijaga.

Perlu rancang:
• makanan & minuman
• tandas
• tempat rehat
• walkie-talkie & bateri
• kenderaan rondaan
• payung / poncho
• elaun (jika ada… lagi semangat)

Jika logistik gagal → operasi pasti kacau.

Majlis rasmi tidak boleh dikawal sambil lewa. Dengan perancangan yang kemas, aturgerak yang jelas, disiplin yang tinggi, dan SOP yang betul, barulah acara berjalan licin tanpa insiden.

SELAMAT MERANCANG & BERTUGAS.