18.12.16

Keselamatan Perlindungan Diri [nyawa]

Setiap individu, samada kakitangan kerajaan atau swasta atau persendirian dan ahli keluarga boleh menjadi mangsa jenayah atau keganasan atau kemalangan.

Ada satu masa, penjenayah hanya menyasarkan seorang pengurus bank. Pergi rumahnya, tawan anak isteri dan ugut suruh rompak bank sendiri.

Bagi setiap prosedur atau apa saja jenis peraturan atau manual, kelemahan paling utama ialah manusia. Maknanya kunci kepada kelemahan atas setiap perkara termasuk peralatan [termasuk kereta] adalah manusia.

Manusia kalah terhadap rasuah, keletihan dan macam-macam lagi. Musuh negara atau ahli perniagaan atau penjenayah akan 'serang' kita yang lemah. Isu kelemahan ini sangat complicated [sulit] hingga susah untuk kita atasi. 

Anak buah akur dengan polisi dan prosedur....bos pulak yang rasuah...[contoh]. Bos akur, menteri pulak yang suruh seleweng.

Ini semua contoh yg berlaku di luar negera...bukan di Malaysia.

Bos rajin...anak buah malas.

Perangai malas adalah ancaman keselamatan yang sangat serius. Ketua-ketua setiap peringkat kena ambil berat dalam aspek ini. Orang malas tidak boleh simpan rahsia. Orang suruh simpan fail, dia letak atas meja atau tinggal dalam kereta atau dalam beg.

Orang suruh berjaga perhati si polan, dia belah pergi kena roti canai.

Apa yang dinyatakan di atas, semua bab kelemahan manusia sahaja.

Unsur ugama, dan perkauman serta motivasi juga boleh menyebabkan seseorang jadi tidak setia. Awas!