31.5.20

KURSUS KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN

Dalam Malaysia, bagi setengah syarikat hantar pekerja pergi latihan atau buat sendiri apa-apa latihan adalah wajib. Ini tertakluk kepada AKTA HRDF. Mereka kena hulor tiap bulan kepada HRDF dan kemudian bila buat atau hadir latihan akan 'claim' balik dari HRDF.

Kalau kjaan tak wajibkan latihan, banyaklah sykt tidak akan hantar pekerja dia pergi kursus. Tetapi paling tidak pun dia akan adakan juga TEAM BUILDING. Yang ini saya boleh uruskan.

Kursus ni boleh di buat dalam beberapa cara:
Buat sendiri; jemput orang luar ngajar atau staf sendiri yg ngajar. Cara ini jimat banyak. Apa nak buat pun boleh plan sendiri. Tempat, makan, berapa hari, kandungan kursus boleh bincang. Ramai boleh hadir. 50 orang sekali jalan pun boleh.

Kedua; hantar pekerja pergi kursus kat mana-mana. Yg ini mahal kemudian telan lah apa saja yg orang ajar. Tak boleh nak hantar ramai.

Ketiga; urus sendiri tetapi semua di laksanakan oleh sykt yg kita lantik. Releks habis. Pergi kursus bawak badan sahaja. Tapi kita boleh bincang semua aspek seperti cara pertama tadi.

Kalau urus sendiri tidak kira macam mana pun, ada banyak fleksibilitinya. Biasanya malam akhir kita boleh buat BBQ dan karaoke. Boleh jemput bos-bos besar datang join. Tuan-tuan tahu tak, mereka pun nak juga kendurkan juga spring yg tegang tu sekali sekala. 

Bagi usahawan kecil macam saya, apa kursus pun boleh di uruskan. Tetapi saya fokus kepada hal ehwal keselamatan, pengurusan, softskills (pengurusan masa, khidmat pelanggan, kepimpinan, penyeliaan, dll) dan team building.

Ringkasnya kursus keselamatan ni ada banyak. Dari asas hingga lanjutan. Terpulang kpd Tuan nak macam mana.



  

16.5.20

SKM 2


SKM LEVEL 2

Saya perkenalkan apa itu SKM 2

Tahap ini menguji kompetensi (kecekapan) seorang Pengawal Keselamatan. Jika anda seorang pengawal kanan atau sudah lama bekerja, sila lihat samada anda telah menepati tahap kompetensi standard yang di perlukan. Sebab ada orang sudah lama memandu kenderaan tetapi tidak tahu memberi isyarat jika mahu belok ke kiri atau kanan. Begitu juga dengan kita. Lama bukan bermakna cekap.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sudah lama wujud dalam negara ini. Asalnya di bawah nama MLVK. Ada sijil ini bermakna anda memang Pengawal Keselamatan yg handal.

Nota asalnya  dalam Bahasa Inggeris dan saya terjemah mana yang sempat. Tolong baca semua nota ini DAN bincang dgn kawan2. Selepas itu kita akan nmpk, ia bukannya susah sangat. Ia perlu dijadikan BUDAYA KERJA supaya kita jadi yg terbaik selalu.

Dalam level 2 ini ada 5 topik yg anda kena mahir. Jika lihat dalam bab Premise Access / Exit Control sahaja, ada 8 kemahiran yg anda perlu tahu. Kita mahirkan di sini dulu. DAN baca yg ini saja dahulu.

LEVEL 2   DS 010 2:2013
1.  Premise Access/Exit Control [C01] Kawalan Laluan Masuk / Keluar Premis
1.1.          Perform administrative functions (tugas2 tadbir)
1.2.          Handle customer requirements (urus pelanggan)
1.3.          Handle people entering premise/ restricted area (urus masuk kwsn larangan)
1.4.          Handle organization’s key control  (kawalan kunci)
1.5.          Conduct freight check  (periksa lori)
1.6.          Conduct property movement inspection (periksa barang keluar)
1.7.          Carry out pilferage handling  (periksa kecurian)
1.8.          Conduct security post housekeeping (kebersihan pos)

amnya, tugas ini merangkumi semua tugas2 utama atau asas di pos utama atau di pintu utama sesuatu premis. kadang2 ada tugas lain juga seperti naik turun bendera atau menyambut tetamu VIP. pintu utama ini penting kerana jika ia dapat di tembusi maka kawasan dalam premis akan menghadapi risiko dan ancaman keselamatan. pintu utama ini adalah 'barisan pertama pertahanan keselamatan' jika kita mahu bandingkan dengan keselamatan negara. NOTA lanjut tentang topik ini ada di bawah....sila skrol ke bawah.

2.    Security Patrolling [C02] Meronda
2.1.          Prepare for patrolling duties. (persediaan ronda)
2.2.          Perform security patrolling and clocking. (pelaksanaan)
2.3.          Perform physical threat assessment. (penilaian ancaman)
2.4.          Conduct property movement inspection. (periksa harta benda)
2.5.          Carry out security Surveillance. (pemerhatian)
2.6.          Maintain log books andSecurity Incident Report (Isi buku laporan)

meronda nampak mudah sebab setiap hari kita meronda. ronda secara fizikal atau 'ronda mata' iaitu memerhati. hahaha. ronda mata? yer lah... itu sebab ronda di mudahkan oleh banyak orang... lihat -lihat saja bha. senang bha tu. jangan begitu ya. ronda ini rumit dan penting. ini pada saya adalah kemahiran paling penting bagi semua pengawal. kita perlu sensitif kpd semua keadaan. INGAT tujuan ronda adalah untuk pastikan semua keadaan dalam keadaan NORMAL. tidak kiralah normal lama atau normal baru. janji ia normal. jika satu hari kita lihat penyelia kita si Din tu kurus atau badan dia sudah seperti wakil bina badan Sabah, itu tentu sudah tidak normal kan!

3.   Workplace Security and Safety Control [C03]
3.1.          Carry out workplace regulation enforcement
3.2.          Handle violation and crime incident
3.3.          Handle safety violation
3.4.          Participate in workplace emergency respond & evacuation
3.5.          Conduct crowd control/ traffic control

4.    Security Risk Situation Control [C04] Kawalan Keadaan Risiko Keselamatan
4.1.          Perform First Aid & CPR.
4.2.          Handle basic fire fighting.
4.3.          Conduct contiguous symptom screening
4.4.          Perform safety hazard check.
4.5.          Handle risk/ threat situation.
4.6.          Perform safety/security equipment serviceability /functionality check.

5.    Unarmed Escort [C05]
5.1.          Identify unarmed escort duties.
5.2.          Prepare for unarmed escort duties.
5.3.          Execute unarmed escort duties.
5.4.          Returned to base.
5.5.          Update unarmed escort duty report.




ELECTIVE

6.     Armed Protection
6.1.           Handle fire arm safety requirements.
6.2.           Prepare for armed protection duties.
6.3.           Perform armed protection duties.
6.4.           Perform firearms returning.

7.     CVIT Handling
7.1.           Prepare for Cash & Valuable in Transit (CVIT) duties.
7.2.           Test CVIT vehicle security system.
7.3.           Carry out CVIT Collection.
7.4.           Carry out CVIT delivery to client.
7.5.           Return CVIT team to base.

8.     Security Transportation
8.1.           Check security/ CVIT/ escort vehicles condition.
8.2.           Perform advance driving technique.
8.3.           Handle security/ CVIT/ escorting vehicle.
8.4.           Handle pilot vehicles.
8.5.           Conduct security/ CVIT/ escort vehicles breakdown drill.
8.6.           Conduct security/ CVIT/ escort vehicles accident drill.



























PERINGATAN PENTING

Kita kena tahu semua perkara dalam nota ini walaupun kita tidak pernah buat kerja itu. Contoh: mengiring tunai dalam van keselamatan. Kita kena tahu prosedurnya. Kalau saya jadi penilai, saya cuma tanya, “apa kamu akan buat jika ditugaskan mengiring wang tunai?” kita kena jawab dgn memberitahu segala apa yg ada dlm nota ini. Contohnya, saya akan buat persiapan awal, mendapatkan segala maklumat apa yg saya bawa, berapa jumlahnya, berapa orang, senjata, peluru, jalan yg akan dilalui, tektik jika dirompak, prosedur melapor dll.
PREMISE ACCESS/ EXIT CONTROL 
Jika ikut buku akses control ni ialah kawalan di pintu utama atau jika kita;di Main Gate. Maklumat di bawah semua berkaitan dgn Main Gate. Ada 8 perkara yg anda kena tahu dan mahir.
Perform administrative functions.

Handle customer requirements.

Handle people entering premise/ restricted area.
Handle organization’s key control.
Conduct freight check.
Conduct property movement inspection.
Carry out pilferage handling.
Conduct security post housekeeping.

Di bawah ini di terangkan sikit-sikit

Perform Administrative Functions [PENTADBIRAN]. ada byk yg perlu kita mahir dan tahu: Pertamanya ialah perkara2 berikut: Pengenalan kpd khidmat kawalan dan keselamatan,  Akta berkaitan – Akta 27 dan PPKKM dan akhirnya Jenis perkhidmatan – khidmat maklumat dan keselamatan maklumat. Isebenarnya perenggan ini khas utk pengawal keselamatan dari syarikat keselamatan sahaja.  
Kedua. Prosedur pengawal lapor diri [ini isu pengawal yang kena lapor utk bertugas di pos utama atau di tempat lain]. Apabila kita masuk bertugas di pos utama atau di gate utama, perkara berikut mesti kita tahu:
berbaris
periksa kedatangan atau daftar kedatangan. ada bagai cara untuk daftar ya.
terima taklimat atau beri taklimat
pastikan anda faham taklimat atau orang yg terima taklimat itu faham
ada jadual tugas
ada tugas dan tanggungjawab masing2
disiplin semasa bertugas - merokok, membaca majalah, main telefon, berjudi....
jaga imej diri dan syarikat
alatan semua cukup dan OK.
Ketiga. Prosedur Serah terima tugas. Apabila kita masuk bertugas di pos utama ini atau pun di gate utama. perlu buat serah menyerah tugas dan semua yg ada di pos utama ini dengan betul dan lengkap. di bawah ini ialah beberapa perkara yg di fikir penting. JIKA anda pengawal yg bagus, anda akan beritahu juga 1. akan ada pelawat datang lagi satu jam 2. malam tadi ada kes dadah yg masih dalam siasatan 3. sekejap lagi kapten akan sampai. itu contoh2 nya sahaja.
- amanah
- kebertanggujawaban
- tanggungjawab
- kes tertangguh
- bendera
- masalah
ada sahabat tanya apa beza kebertanggungjawaban dengan tanggungjawab. CONTOH saya seorang bos. Saya ada tanggungjawab saya dan setiap pengawal saya pun ada tanggungjawab masing2. betul kan! itu amat jelas.

Tetapi jika pengawal saya cuai dalam menjalankan tanggungjawab beliau dan menyebabkan berlaku kejadian atau kesan, saya perlu segera minta maaf kpd sesiapa yg mendapat kesan akibat kecuaian pengawal saya. ini di sebut kebertanggungjawaban. bahasa inggerisnya ACCOUNTABILITY.

ini lah akauntabiliti semua pengawal kanan yg ada anak buah masing2. jgn ingat sendiri buat sendiri tanggung. sebagai ketua atau pemimpin, tempiasnya kepada kita juga.


Ke empat: Khidmat pelanggan [isu ini penting sebab kita selalu terima pelawat, pembekal dan kontraktor]
Komunikasi – bercakap, membaca, menulis
Protocol komunikasi [yang ini bab guna set atau walkie talkie]
-Bilangan stesen
-Tujuan system komunikasi
-Jenis kawasan
Stadium
Kompleks
Kawasan terbuka
Kawasan berpagar
Kilang
Pintu utama           
teknik bercakap melalui telefon
beri salam atau 'selamat pagi, pos utama hutan rimba Bagahak sini tuan'
'apa boleh saya bantu Tuan'
atau sambungkan (jika ada kemudahan ini)
maklumkan pemanggil jika ada masalah ...'maaf Tuan Hamid tiada di sini Tuan'

buat announcement guna PA system. biasanya syarikat telah sediakan 'skrip' untuk ucapan  contoh: "tuan puan sakalian, ada kecemasan berlaku di tingkat 6, semua di minta tinggalkan pejabat dengan segera menggunakan tangga kecemasan kecuali orang yang sakit, mengandung atau kurang upaya"
Menerima pelawat masuk ke kawasan/pejabat biasa/larangan
Jenis pelawat: pembekal, pelanggan, pelawat, kontraktor
Prosedur
Salam
Tanya tujuan
Beri bantuan
Buka gate
Teknik utk maklum pegawai berkenaan
Pelawat – yg dibenar, tidak dibenar, yg disyaki
Kenderaan – kompom no kereta dan rekod
Bagi pas masuk
Cara menapis pelawat
Nak eskot atau tidak dan apa prosedurnya
Bagi kita, biasanya kita sudah dimaklum siapa akan masuk, pukul berapa, kereta apa dan berapa orang dan apa tujuan.
Pengenalan kpd safety & Health [kita hanya di dedah dengan perkara asas sahaja tentang Akta Safety].
 Prosedur keluar ladang
  • Serah pas dan PPE
  • Serah slip lawatan
  • Tandatangan buku pelawat dan keluar


Kawalan kunci
Prosedur
  • ·      Periksa hari2
  • ·      Nombor
  • ·      Label

Keluar masuk kunci
  • ·      Simpan dlm peti
  • ·      Yg dilantik /dibenar saja ambil kunci
  • ·      Rekod

Masalah kunci
  • ·      Hilang
  • ·      Salah tempat
  • ·      Orang tak dibenar datang ambil kunci
  • ·      Tak rekod
  • ·      Tak buat serah menyerah
  • ·      Buat kunci pendua
  • ·      Kunci rosak
  • ·      Ganti kunci lain [tipu punya]

Masalah siasatan
·      Tak ikut prosedur
·      Tak lapor

Periksa lori keluar masuk
Dokumen terima dan keluar paling minima
Prosedur periksa
  • ·      Jumlah
  • ·      Ada ‘seal’
  • ·      Kotak/bungkusan tidak pecah
  • ·      Dokumen tidak rosak

Prosedur melapor dan menahan lori keluar/masuk
  • ·      Butir terperinci
  • ·      Prosedur penerimaan
  • ·      Rekod dlm buku


Periksa pergerakan barangan/asset/harta syarikat/kjaan
Sebab apa keluar masuk – baiki, sewa, lupus, pindah, dll
Siapa yg ada kuasa
Maklumat terperinci

Pilferage [curi barangan kurang berharga oleh staf sendiri] ini perkataan yg diguna dan maksud sebenar. Kalau kecurian biasa, di sebut loss prevention apa yg saya catit di bawah adalah cerita pasal kecurian oleh staf sendiri
Barang berharga/bernilai- buruk/lupus, ransum, alat tulis, barang stor, dll [barang buruk ada juga nilai]. Jika seorang pekerja membawa keluar satu plastic kecil buah sawit boleh di anggap pilferage. Ia mungkin bernilai 2 atau 3 ringgit, tetapi jika kerapa berlaku dan di lakukan oleh beberapa orang?
Prosedur – pemeriksaan & mcm mana nak kenal
Subahat dgn kontraktor [byk kes yg tolong bawak keluar adalah kontraktor dgn bantuan staf dalaman]

Kebersihan pos [guard room]
  • ·      Prosedur & arahan kebersihan
  • ·      Barang bernilai/berharga
  • ·      Inventori
  • ·      Serah menyerah tugas
  • ·      Pemeriksaan


LEVEL 2 BAB MERONDA.      Security Patrolling [DS C02]

Bab ronda ini jelas dan nyata, boleh fikir sendiri bagaimana mahu jawab.
 Persiapan
  • Tugas
  • Tugas khas
  • Jadual
  • Lokasi/kawasan
  • Arahan lanjut
  • Penerangan tugas
  • Laluan
  • Kekerapan
  • Pos buku ronda
  • Kekuatan
  • Peralatan
  • Jenis
  • Kebolehgunaan
  • Laluan kecemasan
  • Pemeriksaan anggota
  • Prosedur
  • Laluan selamat
  • Ronda berkenderaan
  • Pemilihan kenderaan
  • Kebolehgunaan
  • Radio set/walkie takie

         Meronda
  • Kawasan ronda
  • Lokasi/kawasan
  • Lokasi buku ronda
  • Laluan
  • Pemeriksaan keselamatan anggota [jika perlu]
  • Tindakan jika penggera keselamatan berbunyi
  • Prosedur keselamatan perlatan yg dibawa

         Buat penilaian ancaman
  • Pemerhatian
  • Keadaan yg berisiko
  • Penilaian
  • Ancaman yg dikenalpasti
  • Analisa ancaman
  • Tindakan
  • Melapor
  • Tulis buku
  • Buat laporan bertulis [isi borang]

         Pemeriksaan pergerakan harta
         Tinjauan CCTV
  • Prosedur
  • Kawasan berisiko
  • Kelemahan/kerosakan
  • Selamat
  • Kebolehgunaan
  • Sedang merakam
  • Prosedur merakam
  • Simpanan rakaman
  • Prosedur berlaku kerosakan CCTV
  • Pengesan pencerobohan
  • Ada kesan sabotaj
  • Alat semua boleh guna
  • Kamera diubah haluan?
  • Prosedur melapor
  • Kelemahan keseluruhan
  • Kerosakan teknikal
  • Format laporan

         Merekod di Buku Log & Laporan Kejadian
  • Kumpul semua laporan
  • Buat laporan
  • Menulis laporan
  • Laporan lepas

AKTIVITI KERJA
Penerangan. Kompetensi ini menerangkan aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap yang perlu bagi memastikan imej pengawal, masuk bertugas, mengawal keluar masuk pekerja, pelawat, barangan, kontraktor, pembekal dan kenderaan masuk / keluar premis. Pengawal perlu mahir berkomunikasi untuk membantu atau menghadapi ragam orang.

Hasil kompetensi ini ialah; tanggungjawab kawalan pos dapat disahkan (verified) dan pergerakan orang, kenderaan, dan barangan terkawal dan semua maklumat di rekod mengikut keperluan dan tindakan tegas serta cepat di ambil mengikut standard syarikat (SOP) dan undang-undang.

1.0       Pelaksanaan Fungsi Pentadbiran
2.0       Mengendali Keperluan Pelanggan
3.0       Mengendali Individu Memasuki Premis / Kawasan Terkawal (Restricted Area)
4.0       Mengendali Kawalan Kunci Organisasi
5.0       Pemeriksaan Kenderaan Berat
6.0       Pemeriksaan Pergerakan Harta Syarikat
7.0       Pengendalian Kejadian Kecurian
8.0       Pelaksanaan Kebersihan Dan Kekemasan Pos 





SECURITY PATROLLING                                                          REF: DS-010-2:2013-C02

AKTIVITI KERJA

Penerangan. Kompetensi ini menerangkan aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap yang perlu dalam proses memastikan keselamatan harta dan nyawa di kawasan tanggungjawab. Bertanggungjawab meronda dan memerhati dalam keadaan dan lokasi berbeza, mengesan kejadian ketidakbiasaan (abnormality) keselamatan kesihatan (safety) atau sekuriti. Bertindak kepada keadaan kecemasan. Rondaan dan pemerhatian dilaksana mengikut jadual dan SOP, masa yang sama keselamatan disahkan, kelemahan di baiki dan kejadian di rekod serta di lapor.

2.1 Persedian Tugas
2.2 Meronda
2.3 Penilaian Ancaman Fizikal
2.4 Melaksanakan Pemerhatian Sekuriti
2.5 Kemaskini Buku Log & Laporan Kejadian Sekuriti