17.12.14

Tugas Pengawal

Apakah tugas seorang PEGAWAI keselamatan? Tugas utama beliau ialah MENGAWAL PENGAWAL.

Kalau pengawal sudah terkawal, keselamatan akan terkawal. lawak! tapi itulah hakikatnya. kadang-kadang, penyelia juga perlu diselia.

orang Kedah 'habaq' [caka], cakap tak guna, tembak pun tak kena!

Guna locking system atau clocking system, pengawal dan penyelia boleh tipu dengan kumpul semua kunci. Guna guard tour system......pengawal hanya berjalan untuk 'touch' point yg disediakan. Jadinya, apakah fungsi ronda sebenarnya.

Sekolah itu luas, dan bilangan pengawal semestinya tidak mencukupi. Ini boleh diselesaikan dengan membahagikan seluruh kawasan kpd zon atau sektor. sebuah padang boleh jadi satu sektor. sektor ini boleh dilihat dari jauh, dan tidak perlu dironda lebih kerap dari sektor lain.

dalam setiap zon/sektor, ada kawasan  atau bangunan tertentu yang lebih 'panas'. maka ini menjadi sasaran penjenayah dan sasaran ronda.

akhirnya, rondaan perlu diberi tumpuan kpd sektor/zon dan bangunan tertentu sahaja. tidak boleh lagi dikatakan sekolah saya terlampau luas!

setengah kawasan, boleh dikawal dengan CCTV. makanya, kawasan rondaan dikecilkan lagi.

kesimpulannya, bilangan pengawal yg sedikit bukan menjadi penghalang. HALANGAN utama ialah manusia [pengawal] itu sendiri. sama ada mereka bersykur kerana ada pekerjaan atau tidak bersyukur!


31.10.14

Aerostat

Kita lihat isu aerostat dengan pandangan holistik [luas] dan kaitkan dengan pelbagai isu, perkara dan fakta.

1. Ahli perniagaan yg tamak terus tamak mencari duit.
2. Mereka beri rasuah kepada sesiapa saja yg patut diberi rasuah dan akhirnya, aset strategi negara [setidak-tidaknya kem tentera dan polis yg strategi] dapat dibeli.
3. Keselamatan tidak diberi keutamaan sepatutnya. Ini berlaku di mana saja dalam negara tercinta ini. Awam atau swasta. Hanya mereka yg jaga keselamatan yg sedar perkara ini. Tidak ada bajet lah, rakyat diutamakan lah, dan bermacam alasan bodoh yg kita dengar. Contoh terbaik ialah kem tentera di JB akan dibangunkan, lapangan terbang tentera di KL juga akan dibangunkan. Kompleks polis di Brickfields pun dah ghaib.

JADINYA, isu aerostat ini akan jadi isu TAIK AYAM. Sekejap lagi, diam lah tu.


Walaupun alat ini boleh cover sampai 200 km, tapi banyak lagi yang mereka ada untuk 'tenguk' kita. Alat ini akan fokus yang dekat-dekat saja seperti kem komando di Mersing, briged para di Melaka dan kem Kluang. Ini pun sudah cukup untuk kentut busuk kepada kita bila kawan baik Israel dan US ini nak gertak kita.

Seorang pembaca surat khabar yg beri maklum balas, mereka nak buat apa pun dengan aerostat tu.

Nak serang Malaysia? Tidak mungkin. Hari ini Malaysia tidak perlu diserang. Batuk sikit terus tandatangan TPPA. Batuk lagi jambatan bengkok batal, ehm ehm sikit, jual habis tanah KTMB di Singapura. Ada pula berita angin, bayaq sikit, Pulau Batu Putih tergadai.

Yang paling bestnya, dalam kita sedang menghadapi pelbagai kemelut pentadbiran dan pengurusan hingga terkejar sana dan sini, mereka akan terus teroka tanah kerajaan, akan terus buat bisnes haram, makanan haram, tipu bank, tipu rakyat, curi minyak, seludup senjata, proses dadah, bawa masuk pelacur, pendatang asing, buat IC 'original' dan bermacam lagi.

TERKINI. utusan melaporkan ada lebih kurang 30 ribu rakyat Bangladesh di CAMERON HIGHLANDS. majoriti adalah PENDATANG ASING. Soalan kita, apa ADUN atau AHLI PARLIMEN situ buat, apa JKKK, Peg Daerah, Polis dan pihak berkuasa buat?

Penguatkuasa paling bawah saman, 'penguatkuasa paling atas' akan batalkan saman sama ada suka-suka atau secara terpaksa. Makanya, penguatkuasa paling bawah akan berhenti untuk saman.....tak ada maknanya. Begitu juga dengan semua orang bawah pejabat kerajaan lain dan juga swasta. Bos ponteng kami pun ponteng. Bos order mee goreng masa mesyuarat, takkan kami tak boleh!

Akhirnya isu aerostat atau apa saja akan ditamatkan dengan ayat....kita akan ambil tindakan tegas, kita akan siasat, tiada siapa pun yg bersalah akan terlepas.....dan begitu lah akhirnya hingga Cameron Highlands terus menerus hingga hari ini jadi botak dan terus jadi botak.

Isu aerostat sebuk pada tahun 2014. Hari ini Februari 2016, kerajaan Malaysia langusng tidak kedengaran hantar surat bantahan atau ambil tindakan balas yang sikit-sikit boleh gempaq sikit negara jiran. Tak susah pun, naikkan sikit belon, atau buat pertandingan dron di pantai sudah cukup untuk gempaq jiran kita.

Dan jika pihak tentera mula buat kubu [pill-box] sepanjang pantai dan sungai serta buat kem-kem kecil atau pos-pos keselamatan pun sudah memadai. Dan kalau tidak ada duit, buat lah eksesais tentera, JPAM, polis, atau apa saja sepanjang pantai berkenaan.

Bukannya kerajaan Malaysia tidak ada telor, tentera dan polis serta semua yg berkenaan pun tidak ada telor juga.

Buatlah eksesais secara terang benderang, maklum kepada ahli-ahli politik Malaysia yg cerdik medik tu, kita nak buat latihan kecemasan. Jangan beritahu ahli politik yang cerdik itu apa agenda kita sebenarnya. Mereka tidak akan faham sebab mereka hanya kerja suku penggal sahaja. Lagi suku pertama dan suku akhir mereka berkempen. Suku yg tengah dok sebuk buat duit. Jadinya hanya tinggal 1 suku untuk fikirkan tentang negara.

Kalau semua kakitangan kerajaan sedar dgn ahli politik yang satu suku ini, senanglah kita kerja.  



20.10.14

Pas Keselamatan dan Pelekat Kereta

PAS KESELAMATAN

Pas Keselamatan atau kad pengenalan [ID] amat penting bagi kebanyakan sykt yg terdapat ramai pekerja. Ia bertujuan untuk dikenali. Kalau staf cuma ada 5 orang, kalau tak kenal juga, sendiri mau fikir lah.

Selepas dikenali, kita nak bezakan antara pengurusan, pensyarah, staf bukan akademik, pelajar, pekerja kontrak dan pelawat. Ini boleh guna kod warna, huruf dll. Kalau ada warna biru umpamanya, ini untuk pelajar master.

Dengan adanya kod warna atau huruf, ia juga bermaksud, mereka dalam kumpulan tertentu tidak boleh masuk mana-mana pejabat atau server room sewenang-wenangnya kecuali ada pengiring atau ada kebenaran khas.

Pada ID ini mesti ada nama, no pekerja, foto, Tarikh luput dll. Jika kaya ada pula no siri. Di belakang kad ada tanda tangan pegawai yg mengeluarkan, dan arahan/ maklumat...kad ini kepunyaan...jika jumpa serah kpd ....Kad ini bukan Kad Kuasa.

BUKAN SEMUA TEMPAT PERLUKAN KAD INI. Di shopping kompleks umpamanya, tidak perlu keluarkan kad ini; yg perlu hanya apabila mereka hendak masuk pejabat di kompleks ini.

Di universiti pun sama jugak. Hanya tempat tertentu sahaja yg diperlukan.

Kad ini amat penting untuk buat head count semasa kecemasan. Ada juga kad yg mempunyai pelbagai fungsi seperti mendaftar waktu masuk dan keluar pejabat, serta cara untuk masuk sesuatu pejabat. Ada kad baru boleh masuk ofis, sebab dia kena swipe pada alat di luar pintu pejabat.

Fungsi lain ialah untuk swipe semasa hendak makan di kentin. Dan ada kad 'dimatikan' selepas seseorang sudah tidak bekerja dgn sykt itu.

Pengeluaran kad di proses dgn betul. Semasa proses, segala butir pekerja dimasukan ke dalam data, termasuk no kenderaan mereka. Bagi pelawat, hari ini my kad mereka di scan, dan semua butir diperolehi segera. Ia akan banyak mambantu untuk penyiasatan dll.

PELEKAT KERETA sama fungsinya dengan kad keselamatan pekerja. 1. untuk pengenalan 2. untuk kebenaran memasuki sesuatu kawasan.


oleh itu, pelekat ini perlu beberapa ciri berikut:

1. logo yg jelas
2. ada tarikh tamat tempuh
3. ada kod warna, atau kod huruf, atau kod simbol, atau apa-apa jerlah untuk menunjukkan kereta itu boleh A. masuk bila-bila masa atau waktu pejabat sahaja, B. masuk sesuatu kawasan, C. parkir mana mana petak
4. mesti ada no plet
5. no siri....mungkin tak perlu, sebab kalau orang nak menipu dia tetap akan menipu. no siri juga menjadikan pelekat itu lebih mahal


mesti ada data base untuk memudahkan pemeriksaan

mesti ada arahan nak tampal di mana? sebelah pemandu atau sebelah penumpang, atas atau bawah. ini untuk memudahkan pengawal perhati. jika penyamar, sekali pandang dah boleh syak


logo!!! logo memberi kesan emosi yg kuat. bangga atau eksyen bagi pekerja sykt atau organisasi tertentu. kamu mesti bangga guna pelekat UM kalau kamu bekas staf atau siswa/siswi UM. cuba tenguk pelekat McDonald atau pelekat majlis peguam. atau pelekat bekas pelajar King Edward VII atau budak-budak tua MTD. Logo mereka semuanya besar!


mereka yg bertugas buat pelekat kereta, fikir-fikirkanlah.



Fungsi pelekat dan kad/pas keselamatan adalah sama! 



26.9.14

tips keselamatan taman

Ini satu contoh bagaimana pembersihan kawasan boleh memberi kesan kepada peningkatan keselamatan.  Pokok dan tanaman lain, batu, kolam atau tasek dan termasuk laluan kenderaan serta laluan manusia boleh memberi kesan kepada keselamatan. ada masanya, jika di atur dengan bijak boleh menjadikan bakal penjenayah jadi gusar untuk lakukan sesuatu yang tidak baik kerana beliau boleh diperhati. satu konsep utama dalam lanskap ialah boleh memerhati dan diperhati.


 

Lihat blok ini untuk maklumat lanjut: http://yayasanwarisanmelayu.blogspot.com/p/artikel.html

jika dalam peperangan, tektik penyusunan pertahanan salah satunya ialah untuk menghalakan musuh ke kawasan mereka tidak boleh bergerak untuk tindak balas. bahasa tepatnya 'killing ground'.

Jika lihat teknik orang menangkap ikan pun, akan guna pendekatan yang sama iaitu untuk halakan ikan masuk perangkap.


landskap mempunyai hasrat yang sama. bakal penjenayah akan terperangkap dalam satu keadaan atau kawasan di mana beliau boleh diperhati oleh banyak orang dan boleh dirakam oleh CCTV.


PAGAR. jenis terbaik spt mana orang mula guna. di antara pagar ke rumah, MESTI tidak ada pokok rimbun atau pokok renek. Prinsip pertama, boleh melihat dan dilihat. Bagi kawasan yg jelas lagi tersuloh ini, penjenayah takut masuk, dan kita pun confident untuk jalan-jalan.


LAMPU. Semua rumah nombor genap [even numbers] pasang lampu depan rumah. Semua nombor ganjil [odd numbers] pasang lampu belakang rumah.


KAWASAN PERMAINAN. Terang dan jelas.


PENCURI. Mereka masuk guna lori, guna motorsikal, kereta dan teksi. Bila mereka masuk? Waktu orang semua ada di pejabat/tempat kerja. Apa alasan mereka? macam2. Kalau naik motorsikal, mereka naik 2 orang, dan keluar sorang 1 motorsikal. maknanya, satu motorsikal sudah hilang. Kalu mereka masuk ikut pagar dan curi motorsikal, mereka tidak ada pas untuk keluar. Waktu ini, kena ambil butir2 orang tersebut. Saya akan buat page khas untuk ini.


KENAL JIRAN. Jom kita buat sarapan pada hari Ahad ini, kita buat cara pot luck. Mulakan 3 pintu ke kiri dan ke kanan. Atau apa2 jer lah. Atau buat gotong royong cuci kawasan depan rumah dan ganti dgn pokok bunga. Lama2 satu taman akan berkawan.


BAIK DGN POLIS. Tidak sesuai dgn semua tempat. Jika tempat anda ada tapak takraw, ajak lawan dgn polis atau bomba yg berdekatan. Bola tampar pun OK. Anda akan lihat kesan masa panjangnya.


WEBSITE atau EMAIL Group. Sekarang orang mula dengan watsap. tapi bilangan ahli akan terhad kpd 100 orang. Kongsi maklumat keselamatan. Baru2 ni ada budak di colek semasa bapa dia sedang solat di sebuah masjid. Mujur budak itu dapat larikan diri. itu pun semasa di sempadan.





10.9.14

Kursus keselamatan

minta maaf sebab selalu saya tertulis bab kursus ini di dua tiga tempat.

jika kita tidak beri tumpuan kpd KEBERKESANAN KURSUS lebih baik jgn buat kursus, seminar, bengkel atau konferens. kursus tidak berkesan jika hanya pengawal atau orang bawah sahaja yang hadir. aspek keselamatan lain sikit dari kerja pegawai atau pengurus lain.

ketua paling tinggi dlm hal keselamatan mesti tahu tugas dan kerja orang paling bawah. jika tidak, beliau perlu bersedia untuk dikencing dan dikelentong.

Ringkasnya, setiap pegawai keselamatan, setiap penyelia keselamatan mesti tahu bab ronda, bab kawalan trafik, bab mengawal pos dan sebagainya. dgn ini mudah untuk tangkap mereka yg ponteng, yg menipu dan yg bermasalah.

jika ini diberi tumpuan dan perhatian, insyaAllah, tuan akan ada pegawai keselamatan dan penyelia keselamatan yang berkesan.

itu sebab sudah menjadi budaya di Jepun, setiap pegawai mesti 'dilanyak' sebagai pekerja bawahan selama tidak kurang dari sebulan sebelum beliau boleh masuk pejabatnya yg sebenar. "ini mungkin kurang sesuai di Malaysia, tetapi tiada masalah jika ia dilakukan".

ringkasnya setiap pegawai keselamatan mesti hadir kursus keselamatan. tapi silibus beliau lain la sikit dari seorang pengawal

8.9.14

Teknik Meronda

Apabila pengawal meronda, salah satu benda yang mereka akan nampak ialah motorsikal yang diletakkan merata tempat. mahu BERI AMARAN PERTAMA. Tak payah lah. sebab semua orang sudah tahu ini bukan sahaja salah, tetapi memang tak patut letak motorsikal merata tempat.

Mengapa?

  • Halang laluan pejalan kaki atau laluan orang buta.
  • Halang laluan kecemasan terutama untuk pihak bomba bertindak.
  • Memudahkan kerja peragut.

Apa nak buat jika empunya motorsikal datang merayu. Jawab dengan sopan, maaf encik saya menjalankan amanah orang ramai dan menjalankan tugas saya.

Jika kita beri amaran atau ampunkan beliau, sampai bila pun masalah ini tidak akan selesai.
Meronda dengan efektif bermaksud melaksanakan semua tugas keselamatan dalam satu masa. Menentukan keseluruhan keadaan dalam keadaan selamat. 1. Bersedia fizikal dan mental. 2. Tahu apa tugas seorang peronda 3. Tahu apa tindakan yang akan diambil 4. Tahu apa sedang berlaku di kawasan rondaan [ada majlis ke, ada renovasi ke, pejabat sepatutnya kosong ke, ada berapa orang yg dibenar bekerja, sepatutnya berkunci ke, sepatutnya tidak ada kenderaan ke, semua lampu dan aircond sudah dimatiakn]. 5. Tahu menjaga keselamatan diri 6. Apa tindakan yg mesti diambil jika sektor sebelah ada kecemasan. 

Meronda Siang dan Malam mempunyai beza besar. Pada waktu malam, keselamatan pengawal perlu diberi perhatian utama. Kemalangan, dipatuk ular, diserang oleh penjenayah atau jumpa hantu. he he he. Betul kan? Makanya, jika boleh pergi ronda 2 orang, sekurang-kurangnya ada lampu suloh, ada walkie talkie.

Vest pantul cahaya juga amat perlu. Kenapa? Sebab dari jauh penjenayah boleh nampak kita dan harap2 mereka akan lari. Penjenayah ini jika terkejut mungkin akan serang kita.

Pada waktu malam selalu berlaku musibah kebakaran, banjir, rompakan dll. Pengawal kena tahu apa nak buat dan siapa nak dihubungi. 




1.9.14

Ancaman Keselamatan Oleh Pendatang Asing

pendatang asing sama ada yg sah atau tidak sah boleh menjadi ancaman keselamatan

asas keselamatan yg selalu diutarakan ialah: anggap semua orang sebagai suspek, anggap semua orang boleh jadi ancaman atau berpontensi menjadi ancaman

pada pendapat saya pencuci [cleaner], pengawal dan buruh am negara asing ini mungkin diserapi oleh perisek luar negara

saya teringat sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, orang Jepun sudah berada di merata tempat dalam negeri, daerah dan kampung. mereka hanya membuka kedai basikal dan tukang gunting. apa tugas mereka pada masa itu jika tidak mencari maklumat. SAH! Jepun bergerak menggunakan basikal dalam Tanah Melayu dan mereka tahu selok belok lorong untuk terus mara

hari ini, mereka [pencuci dan pengawal] berada di mana-mana tempat penting serta di rumah menteri, rumah ahli korporat. siapa mereka dan dari mana, tak perlulah dibincangkan di sini. ada juga yg berniaga kecilan di setiap lorong pada waktu malam. apa tugas mereka sebenarnya? cari makan atau cari maklumat?

setidak-tidaknya mereka akan kenal siapa SB yg ada di kawasan mereka. itu sudah cukup baik....



mereka bebas memasuki kawasan terkawal berbanding saya sendiri.anda pernah pergi ke Putrajaya? Rumah MB? Pejabat CEO petronas, maybank, GLC, sasaran penting......

Pejabat Keselamatan di JPM perlu keluarkan peraturan paling ketat SEGERA. hanya rakyat tempatan yg perlu ada di semua pejabat kerajaan di Putrajaya.bayar lah gaji mereka berapa ringgit pun!

Setiap Menteri, Ketua Polis Negara, Panglima Tentera dan Ketua Pengarah MESTI diberi seorang pembantu rumah yg dibayar gaji oleh kerajaan.

Wahai pembaca sekelian, mohon maklum rasa risau ini kpd mereka yg sepatutnya rasa risau. Peristiwa di Lahad Datu merupakan 'amaran awal' bagi mereka yg sensitif dan berkuasa! kita hanya boleh membebel di sini saja lah.

14.8.14

Kursus Penyelia Keselamatan

1. rajin. sifat ini mesti ada dalam
jiwa mereka yg hendak dijadikan seorang penyelia keselamatan. orang rajin sihat dan kurang gemuk. orang rajin tidak beri alasan BODOH kepada ketua. orang rajin boleh dipanggil bila-bila masa.

2. minat. seseorang tidak boleh
jadi rajin kalau dia tidak berminat. orang rajin dan orang yg ada minat akan berusaha untuk membaiki prestasi khidmat keselamatan. dia akan berusaha cari jalan baiki kerja pengawal. penyelia juga seorang manusia. beliau tahu bila pengawal harus rehat dan bila harus kerja kuat. beliau tahu bagaimana pengawal ponteng, pengawal menipu, subahat, menghasut dll.

3. kerja kerana ALLAH. kalau
penyelia kerja sebab nak cari makan, maka dia akan kerja bermuka-muka. sebaliknya, beliau akan kerja bersungguh-sungguh sebab beliau tahu kerja itu ibadat. kalau kerja main-main, maka rezeki yg diterima mungkin tidak berkat. jika tidak berkat, maka hasilnya juga tidak berkat, malah akan jadi lebih susah.

4. adil.

5. tegas. tegas maknanya tegas, tetapi tidak maki hamun, tidak marah salah orang, dan tidak bebel. kalau salah, beliau bagi SEKALI dan FINAL warning. kita semua dah tua, masih mahu 3 kali warning ka.

6. pandai dan bijak. contoh; kesalahan paling besar bagi seorang pengawal ialah tinggal pos, tidor dan mencuri. jangan percaya pengawal tinggal pos sekejap saja. kalau sekejap tetapi selalu, apa kesannya. datang lambat pun boleh kira seperti tinggal pos. pengawal diberi amanah, tetapi mencuri. penyelia tahu bila nak bagi warning dan bila akan sokong si polan elok diberhentikan.

hendak cari penyelia yg bagus bukan senang, begitu juga pengawal keselmatan. syarikat atau organisasi yg faham perkara ini akan jadi sangat efektif. SEBAB semua manusia sama, fitrah yg sama, ada nafsu baik dan jahat, dan semua manusia ingin masuk syurga. terpulang bagaimana kita urus dan tadbir mereka.

ingin rancang kursus penyelia keselamatan? sila hubungi saya 019 275 0075 atau noormohamad0075@gmail.com

20.7.14

Israel officers

According to non official report, to date 50 of israel [zionist] soldiers were slaughtered in Gaza and one was taken alive.


This will demoralise zionist soldiers one way or another. Regardless of the fire power the zionist terrorist soldiers have, ONE soldier taken away is good enough for what ever reason.

may Allah give guidance to the zionist.


TODAY, 2 more zionist soldiers were killed.

In Paris it was reported by the JEWS BULLETIN, the Palestinian have MURDERER MIND, however, since 1947, the MURDERER are but the jews who are the real terrorist in this world. Wonder why large countries like France UK and US are so gutless when dealing with the zionist.


May God give hidayah to people of israel.


Latest news, zionist so called intelligence officers was killed by palestinian who was wearing israel uniform. let us see what eygpt america and UK will respond to this. US state secretary said israel are stupid but when ask to confirm about this, he said, he strongly support the israel. Joke a side gentlemen. dont laugh. he doesnt want to be stamped as anti semantic

May Allah give hidayah to the zionist soldiers.

Today in world news [17 Oct 2015] Obama called both parties to stay calm. This guy should take over the role of Trevor Noah instead, because he is worst than Bush and Blair by any standard and norms. Yesterday Obama said, US soldiers will stay put in Afghanistan. So be it. In Asia we say this person is 'licking his own saliva after spitting it out'. 

The whole world know that if US stop assisting israel zionist regime, the whole world will become be very peaceful. 

https://www.youtube.com/watch?v=noln8nx43Sk

2.7.14

Kelemahan Polis Bantuan

Kekuatan atau kebaikan paling ketara ialah PB nampak lebih segak dan pandai kawad. Itu yg paling nyata. Yg kita tidak nampak...disiplin mereka bertambah baik..betul ke?

Namun begitu setiap organisasi dan profesyen mempunyai kelemahannya sendiri. Ada masa kita sendiri tidak sedar dan tahu kelemahan kita sebenarnya. PB tentu tahu kelemahan mereka, cuma ada suara yg berkata ....lantak la atau letih la...dah tak tau nak buat apa lagi dah dgn anak2 buah ni!

InsyaAllah kelemahan ini boleh diatasi.

Jika dihayati betul-betul dalam Arahan Keselamatan dan juga Panduan Keselamatan, kita akan faham focus mereka ialah untuk kawasan atau tempat terkawal, lebih senang faham kalau kita tahu sasaran penting, dan protected areas. Zaman dulu Telekom hak kjaan 100%. 

Telekom atau instalasi perhubungan begini amat penting bagi sesebuah kjaan/negara. Jika musnah besar kesannya. Sehingga ia ada Askar Wataniah dan Polis Bantuan. Hari ini sudah berubah. Kita ada macam2 syarikat komunikasi. Di sinilah PB jadi amat penting. 

Apa yg berlaku sekarang ini mungkin agak rumit sedikit. Baru2 ini ada kawan saya kata 'mereka yg tak layak' pun bawa senjata api ke hulu ke hilir. Ini amatlah merbahaya kpd keselamatan negara! Ini belum kira yg berbadan gah pakai uniform PB tapi tak pernah hadir kursus. Kad PB pun tak ada. Ini berpunca dari kewujudan PB yg terlalu banyak, baik organisasi serta orangnya, wallahualam.

Di dalam kampus, ada juga 'sasaran penting' dan 'protected areas'. Bangunan canseleri, bangunan ICT, dan tempat-tempat lain perlukan Pengawal Bersenjata [jika perlu] atau Polis Bantuan [jika mahu]. 

Jika kita lihat di Mid Valley, Sunway dan di Mines, Polis Bantuan dah jadi macam JAGA. Kesihan tenguk PB  tugas jaga escalator. Bagi orang awam yg tidak dpt bezakan polis dan PB tentu fikir ooh.. di KL polis jaga tangga!

Prof Harith dari UM yang ternama itu pernah berkata, the campus is not a military camp or a police station.  Kampus sepatutnya nampak bebas macam kompleks beli belah, TETAPI beberapa kawasan adalah kawasan larangan dan PERLU dikawal. [freedom of movement is one of security principles]

Jadinya, biarlah PB fokus di tempat yg sepatutnya, bukan di merata ceruk. Mewujudkan PB bukan satu pencapaian yg paling besar kpd organisasi anda. Nanti bila kewangan organisasi anda mula kering....baru anda tahu. Bajet 2016 dikaji semula; kesannya sampai juga kpd PB. Kursus, logistik, pengambilan sudah turut terjejas. 

Janganlah PB diberi tugas perimeter, manakala yg bukan PB kawal tempat2 yg sensitif. Sebenarnya tugas perimeter ini hanya untuk mereka yg tidak akan jadi PB. 'Ketua Polis' kena turun padang dan jangan biarkan individu tertentu agihkan tugas yg selesa kpd 'kawan-kawan' mereka.

Maknanya PB patut ditugaskan di ibu pejabat syarikat, pos pengawal di jalan utama, dan pusat teknologi maklumat. Jangan lupa stor utama dan barang lusuh. Begitu juga mereka yang menguatkuasakan trafik; PB mungkin akan lebih berkesan.

Semua PB tahu PB ialah  Pengawal Keselamatan yang diberi kuasa Polis di kawasan yg telah dinyatakan. Cuma harapan orang terhadap PB itu tinggi. Jangan orang kata macam gagak pulang ke benua. Pergi hitam, balik pun hitam. maksudnya...tiada beza dulu dan sekarang!  

Polis Bantuan amat bagus, tetapi kita perlu lihat kelemahan perancangan keseluruhannya dan perbetulkan apa yg patut.

pertama [1]  lihat semula apa ancaman keseluruhan termasuk setiap kawasan, instalasi, bangunan dan apa pula tugas dan tanggungjawab mereka yg sepatutnya. Apa kah maklumat, pengetahuan dan kemahiran tambahan yg perlu atau baik ada. 

[2] Kos menubuhkan PB  ini tinggi. Lebih tinggi bila mereka yg sudah ada 'lesen' lari ke tempat yg menawarkan gaji yg lebih tinggi atau kerja yg lebih selesa atau lebih releks. Kos selenggara PB juga amat tinggi. Ini tak perlu diperinci. 


Individu yg mencetus idea ini sepatutnya dengar pandangan semua. Sudah dinyatakan awal dulu...pilih di mana perlu PB, berapa orang perlu. Jika semua jadi PB berapa kosnya berbanding % yg bukan PB. Jika 100% jadi PB, apa nak buat dgn 'orang lama' yg lebih berkualiti tetapi dikekang oleh kriteria umur dan akademik. 

Salah satu prinsip keselamatan ialah: 


IMEJ KESELAMATAN. Keselamatan adalah satu imej. Ia bukan benda main-main. [3] Ada masanya imej anggota dan pejabat/jabatan keselamatan sebenarnya tidak baik, cuma orang ramai malas nak cakap apa-apa.

[4] Kursus Lanjutan. Semasa mereka hadir kursus asas, mereka tidak diajar keselamatan gudang, keselamatan bank, pelabuhan, lapangan terbang atau ladang. Ini bermakna, majikan mesti meneruskan kursus/latihan yang berkaitan rapat dengan keperluan masing-masing. Klik sini   http://securityandsafety.blogspot.com/2015/05/peniaga-tipu.html


Ada juga komen PB hanya seperti pak pacak. Dia tak tahu atau tak ambil tahu apa yg berlaku di sekeliling dia. Kalau ditegur dia akan jawab, "saya nak buat apa ni jan?" [Sarjan = 'jan'] atau "boleh ambil tindakan ke jan?" Dan kalau disuruh pergi lihat tempat kejadian atau dia memang berada di tempat kejadian, dia akan tanya, "mcm mana nak buat laporan jan?" Kadang2 si Sarjan itu sendiri pun kelabu asap jugak.

"Pos Kosong". Ada juga PB yg

duduk diam2 dalam pos cermin gelap. Kenderaan bebas untuk keluar dan masuk. Dia seperti dibayar gaji dan ditugas untuk menonton. Sekali sekali dia berdiri dan pemandu hanya perlu senyum dan angkat tangan. Masa terdekat akan ada signage di pos tersebut, "please wave" [sila lambai].

[5] Isu Melepak. Ini sudah jadi budaya bila ada 2 orang atau lebih di sesuatu kawasan. Seorang dua akan 'hilang' dan join geng melepak di tempat2 tersorok.  Melepak dan merokok dengan bepakaian lengkap  menjejaskan imej tuan dan PDRM sendiri. 

[6] Budaya Lama. Mujur yg sakit dan yg tua tidak diserap jadi PB. Jika tidak budaya ini jadi lebih parah. 

Bagaimanapun, lapis kedua akan mula besar kepala. Orang lama tidak tahu atau malas nak selia, maka lapis kedua akan jadi lebih malas dan lebih besar kepala. Antara budaya lama mereka ialah mencuri, mengendap, ugut, datang lewat balik awal, hilang semasa bertugas [ambil anak, ambil isteri, makan tengahari, rehat].


Masuk mana2 kawasan yg ada PB, hanya seorang yg ada di gate. Yg lain akan duduk dlm pos yg bercermin gelap. Bila yg bertugas itu seorang, maka banyaklah kereta dan motor dilepas masuk. Ada juga [tidak banyak], semua pengawal duduk dlm pos. Sebenarya, berapa orang yg patut bertugas di sini dlm satu masa?


[7] Salah satu kelemahan PB ialah mereka yang tiada rekod 


jenayah tetapi memang mempunyai kes
kes ugut pendatang, ugut kontraktor dan mencuri di dalam kampus tetapi terlepas juga jadi PB. Ada juga yang pernah ditahan di pusat tahanan Angkatan Tentera [bekas banduan] terus dibenar bertugas. Mereka ini amat merbahaya dalam segala sudut. 

Kelemahan di atas dilakukan oleh segelintir saja. Kesan negatifnya pula amat besar. Ia boleh jejaskan prestasi individu yg ingin kerja betul.


Orang paling utama untuk di 'tackle' ialah ketua2 kecil PB. Koperal dan Sarjan. Jika mereka bagus, baguslah keseluruhan PB tuan. Jika mereka kaki sembelit... lihatlah sendiri. Mereka ini perlu dilatih dan diajar kemudian diselia dengan rapat. Beri 'hadiah' dan hukum.


Orang kedua ialah pegawai-pegawai PB. Jika mereka juga sekongkol, sama-sama kaki mengular, sembur racun serangga kepada mereka ini dulu. He he he gurau je.


Satu fakta penting; bukan semua orang boleh jadi PB. Nak tegur takut, nak tanya takut, nak cakap takut, nak mengadap bos takut, nak tahan kereta pun takut. TAKUT. Yg kedua ialah amanah. Yg ini kena tanya diri sendiri.


PM Najib banyak kali utarakan 'kesederhanaan'. Begitu juga dengan ajaran Islam. Sepatutnya kita fokus semula, kaji semula. Di mana sangat perlu ada PB dan di mana kurang perlu dan di mana tidak perlu langsung. Di mana perlu tegas di mana boleh releks. Keseluruhannya kita akan jimat tenaga, wang dan sumber.


Produktiviti, performance dan disiplin boleh dipertingkat dengan menyusun atur semula keanggotaan dan penugasan. Asasnya mudah sahaja. Berapa jam kah Sarjan Kpl dan konstabel PB betul-betul bertugas dalam satu syif.



Universiti Malaya telah tamatkan khidmat pengawal swasta secara berperingkat dan telah jimat duit universiti 1 juta ringgit setiap tahun. Tak ada pun masalah pengawal tidak cukup. Masa yg sama OT mereka banyak dicantas. Semua atas perancangan pegawai2 yg bijak, kecuali sedikit nyamuk kesatuan yg masih tidak faham pengawal keselamatan tidak tertakluk di bawah Akta Kesatuan.

penyelesaian. setiap pegawai dan 'penyelia' PB mesti digerudi betul-betul supaya mereka ini ada pengetahuan, ilmu dan sikap yg betul sesuai dgn uniform yg mereka pakai.


Hari-hari kena tenyeh mereka ini supaya kerja. ada yg kata cara polis lain dgn cara askar. apa-apa pun matlamatnya ada dua, disiplin dan hasil. kalau jadi under cover memanglah perlu selekeh. tetapi kalau pakai uniform?


Kalau ada disiplin tapi kurang berhasil boleh tahan lagi.


Apabila pegawai dan penyelia ini 'panas pungkok' barulah mereka nak kerja.


Cara terbaik untuk gerudi mereka ini ialah dengan menggunakan telefon. setiap sejam suruh mereka call 'ketua polis'....melapor. Ini nombor tel ketua syif Universiti Malaya.. 017 690 623x3. Kalau bukan ketua syif yg angkat, maknanya nombor ini telah di curi oleh bekas pengawal!


Jangan suruh guna walkie talkie untuk melapor. ada 1001 alasan yg mereka akan bagi.  Satu lagi kelemahan am ialah keselamatan maklumat. Terdapat orang lama yang fikir dia patut tahu semua perkara. 'Keselamatan' tidak kerja macam itu. Tahu kah kita bahawa anggota polis biasa tidak kenal mana satu SB. Tidak tahu apa projek yg mereka sedang buat dan lain-lain. 


Sila klik di sini untuk pertanyaan terus

samb...klik kat bawah ni


http://securityandsafety.blogspot.com/2015/06/polis-bantuan-masalah.html


Selain dari isu-isu di atas, kita ada juga apa yang disebut sebagai martabat 'orang keselamatan'. Kita sebagai anggota, perlu jaga imej diri kita sendiri kerana dari situlah orang akan hormat kita. 

Ini adalah info tambahan saja. Bagi mereka yang bertugas di utara semenanjung, jika berpeluang bawalah famili berjalan-jalan ke Selatan Thai. Saya pernah ke sana dan berkongsi panduan bejalan-jalan ke Hatyai di sini. 

1.7.14

SOP Keselamatan

Menyediakan SOP antara kerja yang senang dengan susah. Ringkaskan; kalau nak beli e-book panduan buat SOP dgn contohnya sekali: credit 15 Rgt ke maybank 1080 5622 6262 dan whatsapp kat saya 019 275 0075.

Matlamat kita; lengkap, mudah difahami, tidak timbulkan konflik dan komen yang tidak berasas, tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.  

SOP ini perlu dikemaskini selalu supaya boleh diguna pakai. Contohnya jangan buat arahan penggunaan cota walhal kita sudah guna pedang samurai semasa meronda. He he he...gurau jer.
SOP ini perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Yang pentingnya ialah bab struktur organisasi sebab kadang-kadang akan ada suara mempersoal, dia kena lapur dengan siapa. Siapa ketua dia sebenarnya.

Bahagian awal kena terang kan hal-hal disiplin atau tatatertib secara am yg terpakai dalam semua keadaan. 

Contohnya tentang pakaian. Kena pakai kemas lah, lengkaplah, bersih dll. Jadinya, bab pakaian ini tidak perlu untuk disebut semula dalam bab bab lain seperti semasa meronda, semasa berkawal, semasa itu dan semasa ini. Begitu juga dalam hal merokok [termasuk vape, curut dan paip....orang kita loyar buruk sikit]. Terkini tentulah isu penggunaan alat elektronik...telefon, ipad, game dll.

Kemudian kena sebut tugas dan tanggungjawab setiap jawatan dan setiap tugas. Contohnya, tugas Penyelia lain, tugas Ketua Syif atau ketua bertugas lain. 

Seorang yang berjawatan Penyelia, boleh bertugas sebagai seorang Ketua Syif atau Ketua dalam sesuatu aktiviti. Tugas Pengawal Keselamatan lain, tugas Pengawal yang sedang bertugas di pos lain pulak. Itu sebab SOP kena spesifik. 

Kemudian bab kemalangan, bab kebakaran, kecurian dan kecemasan lain.

Jangan lupa bab cuti. Walaupun ia tercatit di dalam Perintah Am tetapi ia tidak se teliti seperti dalam Employment Act. 


Dalam akta ini disebut jika sakit kena maklumkan si polan dalam masa berapa jam. Dalam Perintah Am ada disebut MC ialah sijil cuti sakit yg ditandatangan oleh doktor kerajaan atau dr penal tertentu. Makna kata, staf tidak boleh diberi cuti sakit sewenang2nya hanya dengan menghulur  MC kepada pejabat. 

Dan dalam Perintah Am ada sebut....jika sakit mesti berada di hospital atau di rumah. Kalau si polan kata dia sakit tetapi balik kampung atau pergi jalan-jalan, anda tahulah apa masalahnya. 

Jangan lupa Ketua Jabatan ada hak untuk meluluskan atau tidak MC itu. Kalau dia kata potong cuti tahun...itu adalah hak dia yang jelas di dalam Perintah Am. Dalam bahasa inggeris disebut "he may approve". bukan kata "he must approve". Bahasa Melayu kata dia boleh...bukannya dia mesti.... 

Ini baru sikit saja bab undang-undang dan polisi yang kita kena faham dan tahu semasa menulis SOP. Makna kata, SOP kita sentiasa perlu diperbaiki [dikemaskini].

Bagi Polis Bantuan pula, kita kena masukkan apa-apa bahagian undang2 yang kita fikir perlu diingatkan. Contoh; ada undang2  kawasan dan tempat dilarang merokok. Tetapi di masjid tetap ditampal lagi peringatan ini. Maknanya walaupun akan ada orang komen cakap "tak payah lah...", kita perlu masukkan juga sebagai peringatan.

Semua ini akan ambil masa hendak buat, tetapi amat baik sekali, siap 10 muka terus saja digunakan. Bos kena sign untuk jadikannya Arahan yang sah. Kemudian tambah dan betulkan setiap bulan atau selepas setiap sesuatu kejadian. Jangan tunggu hingga siap sepenuhnya kerana silap-silap ia tidak akan siap. SOP sementara yg sah ini ada yang catit di atasnya sebagai 'provisional'.

Ada pula suara busuk cakap Ketua Jabatan tidak boleh sign SOP itu. Oleh itu minta bos paling besar dalam organisasi Tuan untuk keluarkan surat memberi kuasa kepada Ketua Jabatan mengeluarkan arahan yang sah [lawfull command].



Amat penting SOP mesti di 'review' dan dibaiki/tambah selalu. 

Untuk pengetahuan, bab SOP ini terdapat dalam Perintah Am Kerajaan Malaysia. Katanya setiap Ketua Jabatan mesti menyediakan tugas dan tanggungjawab setiap individu dengan jelas. Ketua Jabatan mesti sentiasa buat rombakan struktur organisasi Jabatannya mengikut keadaan. MALANGNYA, ada orang yang tidak faham dan terus komplen hingga kepada ayah pin!

Ketua Jabatan...di dalam Perintah Am bermaksud......sila baca sendiri.

KEGUNAAN SOP. Bila berlaku sesuatu, orang akan cari kepala. Kepala kecil hingga besar. Pada masa itu SOP boleh membantu di mana terdapat unsur cuai atau lupa pada diri kita.



TAK BACA SOP. Ini adalah kezaliman bagi pihak kita jika 'mereka' tidak baca sebab SOP tidak ada di setiap lokasi. Ini hal yg membuatkan kita banyak kerja. Ada bermacam cara; 

Setiap hari masa baris, ketua akan ingatkan itu dan ini. Hari2 mesti berbeza. Tapi MESTI CATIT dlm log book. 

Kedua. Buat ringkasan perkara2 penting dlm satu muka surat...bersesuaian dgn setiap pos/lokasi. Maknanya di pos utama, SOP dia hanya ada sehelai utk pengawal baca. Jangan lupa tulis...ini hanya ringkasan. Sila baca SOP sebenar di...

Last Sekali. Penyelia kena tanya dan pasti pengawal tahu. "kamu tahu tak apa nak buat jika ada berlaku pencerobohan?" "Tak ingat encik". "Pergi baca sekarang apa yang tertampal depan hidung kamu tu". Inilah salah satu kerja Penyelia Keselamatan. Check check check!

Akhir sekali, SOP bukannya rahsia. Jika boleh, masukan dalam website jabatan dan jika boleh ia hanya boleh dibaca oleh staf.


Dengan cara ini, banyak isu tak dapat, tak baca, tak faham boleh diselesaikan.


Kursus SOP. Bukan kursus sebenarnya! Setiap kali kita buat kursus dalaman, peruntukkan 1 jam untuk meneliti SOP. Lama2 akan jadi budaya, 


"Hang  tak baca SOP ke?, kita kan kena mohon cuti 7 hari sebelum!  Nasib hang la kena duty hari raya ni!" 

Jika di tempat kerja orang dah cakap macam ini, SOP anda sudah berjaya. Tetapi jika tuan mahu laksanakan kursus sebenar, saya kira 2 ke 3 jam sudah memadai. Call.... insyaAllah saya akan bantu.

Dalam masa terdekat saya akan bantu MALSEC untuk buat kursus SOP ini, insyaAllah.

RAHSIA SOP TERBAIK. Anda kena faham tugas-tugas dan keadaan keselamatan, pentadbiran, pengurusan dan logistik dengan mendalam. Anda kena faham akta2 tertentu, arahan2 serta polisi sedia ada. Ini amat mustahil! Maknanya, kita kena rujuk kpd orang lain isu yg kita sedang SOPkan. Jangan ia bertentangan dgn polisi, akta dll; kerana ini akan menjadikan ia tidak sah.




Mahu dapatkan e book ini? Wassap saya.

Jika ingin adakan kursus penyediaan SOP, sila hubungi 019 275 0075 atau emel  noormohamad0075@gmail.com 



Sila klik di sini untuk pertanyaan terus

Klik juga:
http://securityandsafety.blogspot.my/2015/08/kursus-penyelia-keselamatan_12.html

30.6.14

Kor Risek

Kejadian  melibatkan  PW Muhammed Rizalman Bin Ismail di New Zealand adalah petanda kecil [tips of iceberg] bahawa masalah tatatertib dalam ATM perlu diberi perhatian. ATM bekerja dlm satu kumpulan besar kerana  seorang, semua akan terpalit. 

Musibah begini menuntut kajian yg jujur ikhlas dan dgn hati yg terbuka utk baiki segala kelemahan.

Dalam isu ragging di awal 80an, ramai pegawai cemerlang diberhentikan kerana tekanan pihak luar. Kemudian panglima2  tidak benarkan 'ragging', dan  akibatnya, tatatertib dalam ATM mula merosot. Hilang rasa hormat, esprit de corp dan pegawai mula duduk dlm bilek masing2 tguk TV atau main games. 

Inilah tahap confuse nya pihak yang membuat keputusan sehingga maksud ragging pun jadi keliru dan tak keruan. Tukar lah nama apa pun, confuse nya tetap sama. Ragging zaman dulu tak ada pun penampar dan penumbuk atau terajang. Berbagai cara senior telah lakukan tanpa menyentuh badan. "no man handling & body touch". 

Bila  ada yg terbunuh spt di UPNM, terpaksalah  tanggung. Dan jika famili terlibat memutuskan utk saman ATM, masak lah UPNM dan ATM. Mereka ada  hak dan asas utk berbuat demikian. 

Sudah semenjak 10 tahun, buat latihan pun semua ikut waktu pejabat sahaja. Masuk rekrut macam masuk asrama MRSM! Dengar cerita sudah  lebih manja dari budak MRSM. Tak salah  rekrut sekarang elok dipanggil 'anja' [mungkin lebih cocok]. Jika jurulatih trnmpk kepincangan....tak boleh kerah semua sekali berlari ke padang! Itu lah latihan askar anja hari ini.

Bagi pegawai kedet, macam masuk hotel! Siap cleaner lagi.

Mungkin perancang asal tidak perasan bahawa setiap saat, setiap kemudahan, setiap arahan itu adalah 'satu latihan'. Baik lah tuan puan review dgn pendekatan yg menyeluruh [komprehensif] tentang rekrut dan kadet ini. Termasuk kualiti jurulatihnya.

Tuan sendiri  tahu tidak semua orang boleh bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan? Latih lah mcm mana pun. Sama dgn jurulatih. Keputusan kursus yg cemerlang bukan bermakna beliau seorang jurulatihh kelas A. Dan tuan juga tahu graduan terbaik ijazah perniagaan bukan tiket utk jadi jutawan.

Review setiap individu yg bertugas di pusat latihan. Dari komandan, jurulatih hingga pekerja am.

Berbalik kpd isu asal, ringkasnya kalau nak jadi askar jadilah askar yg betul. Jangan satu hari nanti budak JPAM lebih baik dari rekrut dan  siswa UPNM lebih baik dari pegawai kadet ATM

Kalau anak sedara Datok atau Jeneral kena 'dera' janganlah terus hangguk. Tapi lanyaklah rekrut dan pegawai kadet dgn profesional. Dulu bukan main lagi jurulatih cakap, kamu ke sini tidak di undang! Tan Sri Datok jgnlah  menyusahkan ATM yg nak buat kerja. Kalau hendak jadi nelayan jgn lah minta laut tidak bergelora!


Isu terkini selepas bersara terus terang dan terang benderang maklum satu dunia kami penyokong parti politik ABC. Sahabat berusahalah  apa yg sepatutnya. Selepas semua selesai, kita berdoa titik peluh tuan berbaloi.

Jika tidak dpt apa yg di cita atau sedar suasana di situ lebih jijik dari dlm perkhidmatan, jangan merungut kerana mereka yang terlibat dengan politik hanya mempergunakan tuan puan semua. Bincang punya bincang, rupa-rupanya mereka sudah ada agenda yg sudah terpahat sesama mereka.

Tuan puan hanya kuda tunggangan utk ke destinasi. Tuan puan sendiri pun tahu majoriti bos bos adalah pak hangguk. Kaki bodek dan kipas. Tuan puan berhenti bukan sebab askar tu leceh, tetapi kerana terlalu tidak tahan dgn kaki kipas dan kaki bodek. Mereka ini sanggup tikam dan pijak kepala kawan untuk naik ke atas.

Bagi  bos yg asyik hangguk je keje dia, tuan lah yg sdg membawa keruntuhan kpd ATM.  ATM susah nak buang tukang hangguk sbb majoriti kat atas tu pun mmg kaki hangguk. Kaki hangguk sedia ada dipileh oleh kaki hangguk yg sudah bersara juga.

Itu sebab kaki hangguk yg sudah bersara masih mahu di bodek.

Bagi bekas Risek, jagalah imej, jagalah nama baik. Buatlah apa2 pun diam-diam. Tidak perlu beritahu semua, tidak perlu foto dll.