26.9.14

tips keselamatan taman

Ini satu contoh bagaimana pembersihan kawasan boleh memberi kesan kepada peningkatan keselamatan.  Pokok dan tanaman lain, batu, kolam atau tasek dan termasuk laluan kenderaan serta laluan manusia boleh memberi kesan kepada keselamatan. ada masanya, jika di atur dengan bijak boleh menjadikan bakal penjenayah jadi gusar untuk lakukan sesuatu yang tidak baik kerana beliau boleh diperhati. satu konsep utama dalam lanskap ialah boleh memerhati dan diperhati.


 

Lihat blok ini untuk maklumat lanjut: http://yayasanwarisanmelayu.blogspot.com/p/artikel.html

jika dalam peperangan, tektik penyusunan pertahanan salah satunya ialah untuk menghalakan musuh ke kawasan mereka tidak boleh bergerak untuk tindak balas. bahasa tepatnya 'killing ground'.

Jika lihat teknik orang menangkap ikan pun, akan guna pendekatan yang sama iaitu untuk halakan ikan masuk perangkap.


landskap mempunyai hasrat yang sama. bakal penjenayah akan terperangkap dalam satu keadaan atau kawasan di mana beliau boleh diperhati oleh banyak orang dan boleh dirakam oleh CCTV.


PAGAR. jenis terbaik spt mana orang mula guna. di antara pagar ke rumah, MESTI tidak ada pokok rimbun atau pokok renek. Prinsip pertama, boleh melihat dan dilihat. Bagi kawasan yg jelas lagi tersuloh ini, penjenayah takut masuk, dan kita pun confident untuk jalan-jalan.


LAMPU. Semua rumah nombor genap [even numbers] pasang lampu depan rumah. Semua nombor ganjil [odd numbers] pasang lampu belakang rumah.


KAWASAN PERMAINAN. Terang dan jelas.


PENCURI. Mereka masuk guna lori, guna motorsikal, kereta dan teksi. Bila mereka masuk? Waktu orang semua ada di pejabat/tempat kerja. Apa alasan mereka? macam2. Kalau naik motorsikal, mereka naik 2 orang, dan keluar sorang 1 motorsikal. maknanya, satu motorsikal sudah hilang. Kalu mereka masuk ikut pagar dan curi motorsikal, mereka tidak ada pas untuk keluar. Waktu ini, kena ambil butir2 orang tersebut. Saya akan buat page khas untuk ini.


KENAL JIRAN. Jom kita buat sarapan pada hari Ahad ini, kita buat cara pot luck. Mulakan 3 pintu ke kiri dan ke kanan. Atau apa2 jer lah. Atau buat gotong royong cuci kawasan depan rumah dan ganti dgn pokok bunga. Lama2 satu taman akan berkawan.


BAIK DGN POLIS. Tidak sesuai dgn semua tempat. Jika tempat anda ada tapak takraw, ajak lawan dgn polis atau bomba yg berdekatan. Bola tampar pun OK. Anda akan lihat kesan masa panjangnya.


WEBSITE atau EMAIL Group. Sekarang orang mula dengan watsap. tapi bilangan ahli akan terhad kpd 100 orang. Kongsi maklumat keselamatan. Baru2 ni ada budak di colek semasa bapa dia sedang solat di sebuah masjid. Mujur budak itu dapat larikan diri. itu pun semasa di sempadan.