10.9.14

Kursus keselamatan

minta maaf sebab selalu saya tertulis bab kursus ini di dua tiga tempat.

jika kita tidak beri tumpuan kpd KEBERKESANAN KURSUS lebih baik jgn buat kursus, seminar, bengkel atau konferens. kursus tidak berkesan jika hanya pengawal atau orang bawah sahaja yang hadir. aspek keselamatan lain sikit dari kerja pegawai atau pengurus lain.

ketua paling tinggi dlm hal keselamatan mesti tahu tugas dan kerja orang paling bawah. jika tidak, beliau perlu bersedia untuk dikencing dan dikelentong.

Ringkasnya, setiap pegawai keselamatan, setiap penyelia keselamatan mesti tahu bab ronda, bab kawalan trafik, bab mengawal pos dan sebagainya. dgn ini mudah untuk tangkap mereka yg ponteng, yg menipu dan yg bermasalah.

jika ini diberi tumpuan dan perhatian, insyaAllah, tuan akan ada pegawai keselamatan dan penyelia keselamatan yang berkesan.

itu sebab sudah menjadi budaya di Jepun, setiap pegawai mesti 'dilanyak' sebagai pekerja bawahan selama tidak kurang dari sebulan sebelum beliau boleh masuk pejabatnya yg sebenar. "ini mungkin kurang sesuai di Malaysia, tetapi tiada masalah jika ia dilakukan".

ringkasnya setiap pegawai keselamatan mesti hadir kursus keselamatan. tapi silibus beliau lain la sikit dari seorang pengawal