18.5.15

kursus lanjutan Polis Bantuan

Polis Bantuan adalah satu kemegahan dan satu imej kepada sesebuah organisasi. Fakta ini mesti dilestari [maintain] sepanjang masa.

Selain dari kewujudan imej yg baru, terdapat satu rahsia pramugari yg perlu diadaptasikan.


Seorang pramugari yg nampak menarik dan sentiasa tersenyum, adalah seorang penyelamat, seorang bidan, perenang, dan boleh menggunakan senjata api.

Setengah dari mereka terlatih untuk berlawan [tak tahu lah taekwndo atau silat gayung].

Apa yg ada dengan Polis Bantuan selain dari hadir kursus asas di Pusat Latihan dan berpakaian kemas. Adakah mereka tahu berbahasa Inggeris, bagus

berkomunikasi, mengenali pengurusan, tahu selok belok bangunan yg mereka kawal, pandai bab mengawal trafik, menyelamat, tahu tugas semasa kecemasan dan macam2 lagi.

Kesimpulannya,  latihan asas itu bukannya penamat, ia baru bermula. Polis Bantuan ada di Bank Negara, Felda, Tabung Haji, pelabuhan, pusat perjudian, dan universiti. Keadaan keselamatan berbeza dan mereka perlukan kursus lanjutan.



Berikut adalah senarai kursus yang boleh dipertimbangkan. tuan2 boleh cadang atau rancang se wajarnya. Terdapat banyak syarikat dan individu yang boleh melaksanakan kursus tersebut.
SENARAI KURSUS KESELAMATAN
klik sinihttp://securityandsafety.blogspot.com/p/blog-page.html


  1. kursus komunikasi dan khidmat pelanggan
  2. kursus asas keselamatan 
  3. kursus penyelia keselematan dan kemimpinan
  4. team building
  5. kursus khidmat pelanggan dan komunikasi
  6. kursus walkie talkie
  7. kursus kecemasan: kebakaran, rompakan, mengosongkan bangunan
  8. kursus pengurusan dan pentadbiran keselamatan
  9. kursus penyiasatan
  10. kursus asas perisikan 
dan lain-lain. 

majoriti kursus di atas boleh di kira sampingan kecuali kursus seperti penyiasatan dan perisikan. kursus sampingan, 1 hari sudah mencukupi.


kursus di bahagi kepada kursus asas dan fungsional. kursus asas diguna untuk pembangunan diri sehingga pangkat tertinggi. contohnya, untuk naik pangkat Sarjan, seseorang wajib hadir beberapa kursus asas atau kursus kerjaya. Apabila seseorang berpangkat Sjn, kita tahu beliau seorang yang kompeten.

kursus khidmat pelanggan umpamanya, bukan semua orang boleh hadir atau patut hadir. ia hanya sesuai kpd individu yg tidak kisah untuk tolong orang. kalau muka asyik pelat, macam mana nak beri khidmat kpd pelanggan. begitulah seterusnya dgn setiap kursus fungsional.



kalau mulut lompang, ia memang tak boleh hadir kursus perisikan atau penyiasatan. hancus jadinya! 

Senarai di atas hanya sedikit sahaja. Banyak lagi yang perlu difikirkan.

Klik sini: Pertanyaan / Cadangan

SMS atau wwhatsapp 019 275 0075 untuk maklumat lanjut.

http://securityandsafety.blogspot.com/2015/05/peniaga-tipu.html

KES PENIPUAN