17.12.14

Tugas Pengawal

Apakah tugas seorang PEGAWAI keselamatan? Tugas utama beliau ialah MENGAWAL PENGAWAL.

Kalau pengawal sudah terkawal, keselamatan akan terkawal. lawak! tapi itulah hakikatnya. kadang-kadang, penyelia juga perlu diselia.

orang Kedah 'habaq' [caka], cakap tak guna, tembak pun tak kena!

Guna locking system atau clocking system, pengawal dan penyelia boleh tipu dengan kumpul semua kunci. Guna guard tour system......pengawal hanya berjalan untuk 'touch' point yg disediakan. Jadinya, apakah fungsi ronda sebenarnya.

Sekolah itu luas, dan bilangan pengawal semestinya tidak mencukupi. Ini boleh diselesaikan dengan membahagikan seluruh kawasan kpd zon atau sektor. sebuah padang boleh jadi satu sektor. sektor ini boleh dilihat dari jauh, dan tidak perlu dironda lebih kerap dari sektor lain.

dalam setiap zon/sektor, ada kawasan  atau bangunan tertentu yang lebih 'panas'. maka ini menjadi sasaran penjenayah dan sasaran ronda.

akhirnya, rondaan perlu diberi tumpuan kpd sektor/zon dan bangunan tertentu sahaja. tidak boleh lagi dikatakan sekolah saya terlampau luas!

setengah kawasan, boleh dikawal dengan CCTV. makanya, kawasan rondaan dikecilkan lagi.

kesimpulannya, bilangan pengawal yg sedikit bukan menjadi penghalang. HALANGAN utama ialah manusia [pengawal] itu sendiri. sama ada mereka bersykur kerana ada pekerjaan atau tidak bersyukur!