10.9.17

Mencari Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum wrt


Saranan ini khas untuk mereka yang berpendapatan kurang 2000 ringgit sebulan. 

Jika tuan seorang Pengawal Keselamatan dan ada kerja sampingan atau pendapatan sampingan, tuan akan kerja pengawal 12 jam sehari dan 5 atau 6 hari seminggu. Tuan tidak akan kerja 7 hari seminggu atau 30 hari sebulan.

Bagaimanapun, Tuan akan fokus kpd kerja, dan malas nak tuang. Jangan tanya bagaimana, cor tanya diri sendiri dan jawab sendiri. Nak ke tak nak dapat pendapatan lebihan?

Kalau nak.... teruskan baca. Kalau malas, tak ada masa, tak ada modal, tak ada motorsikal, letih; stop di sini. Jangan terus membaca. 

Itu syarat pertama. Nak ke tak nak.

Sementara itu, cor tanya diri sendiri....aku nak jadi guard sampai bila?

Tuan tuan, jika tuan tidak bernasib baik, di timpa musibah atau jadi guard sampai tua atau apa saja... 90% orang di sekeliling kita, tidak akan peduli. Habis baik pun depa akan kata... kesian...

Ini foto hiasan. Tiada kena mengena dgn blog in


Selebihnya...lagi 10% akan fikir memang patut pun kamu macam tu....

Sedih? Nak buat macam mana....itu lah kehidupan.

Nak cari duit lebih kan.

Pertama. Telefon tuan ada kamera tak? Kalau ada, tentu ada Apps kan. Cari dan download FOAP. Ini ialah cara mudah untuk dapat duit tambahan. Hanya ambil gambar dan download. Kalau ada orang berminat foto tuan...tuan dapat 5USD atau 15 ringgit setiap kali orang beli foto tuan.





Gambar itu mestilah gambar candid atau orang tidak tahu tuan sedang ambil gambar dia. Atau pemandangan. Gambar kat kedai mamak, orang sedang hisap rokok dgn penuh kusyuk, warong nasi lemak, kelendan lori...apa saja.

Kedua. Kalau tempat tuan bertugas ada wifi; tuan cuba lah link dgn wifi tu supaya internet tuan percuma.

Ini OK tak buat awek?
Ketiga. Cari awek yang loaded yang kaya dan yg suka belanja tuan. Kalau tak ada, jangan gatal nak ada awek. Buang masa dan duit saja. Gaji udah la ciput.

Keempat. Tuan tahu tak harga sebuah telefon lebih mahal dari harga mesin potong rumput galas? Hari cuti...tuan lepak kat kubur dan tanya orang yg melawat kubur, nak tak upah tuan cuci kubur tiap bulan. Bersihkan 2 kali sebulan dan 25 ringgit satu kubur. Kalau takut orang fikir tuan ni hantu...letak iklan kecik kat atas kubur..

Kelima. Sambil2 bertugas waktu malam, ambil upah gunting rambut kawan. Sekali gunting 3 ringgit. Tunai...no hutang. Bila tuan sudah pandai dan ada alat gunting rambut yg lengkap, caj 5 ringgit.

Ke 6. Buat Blog macam saya. Kepada Pengawal yang mengadap komputer khususnya, banyak peluang dari main games. Setiap kali tuan klik kepada iklan yang ada dalam blog saya ni, saya dapat 1 sen. Nah...kalau nak tolong saya dengan satu sen, klik je pada iklan di tepi ni.

Saya yakin ada di kalangan Tuan yang ayatnya memang cair. Hanya tulis catitan hidup Tuan setiap hari. Pasal pelawat, pelanggan, kontraktor, pekerja, bos dan macam-macamlagi.

Pengalaman Tuan amat beharga dan bernilai kepada setengah pembaca.

Ke 7. Masa free cuba libatkan diri dalam kaji selidik. Cukup 2000 markah, tuan boleh tukar kepada macam2 benda. KFC, voucer Aeon, Petronas dll. Klik di sini untuk mula website Kaji Selidik. Saya mula santai2 je, 2 hari sudah 500 markah [points]. 


Cukup lah dulu buat masa ni...selamat berfikir. Tapi kalau setakat fikir jer....tak payah lah!


Ini e book yang saya baru siapkan. Panduan cara mudah dan murah latih Pengawal Keselamatan sendiri.  

8.9.17

Pautan Info Keselamatan

Selamat membaca.

Saya sedang berusaha mencampur-adukkan pelbagai aspek keselamatan bagi memudahkan pembaca fokus kepada site ini sahaja.

Kita sudah 'terjerumus' ke dalam dunia keselamatan, makanya eloklah kita terus mencari ilmu agar kita lebih kompeten atau lebih cekap. Jika tidak, apa gunanya kita jadi 'orang keselamatan', jika banyak benda kita sendiri pun tidak tahu.

Setiap perenggan ada tulisan huruf besar dan bewarna. Klik di situ dan tuan akan memasuki maklumat lanjut.

Kandungan
1. Maksud Keselamatan
2. Security Gap Analysis
3. Single Entry dan Single Exit
4. Keselamatan Berlapis


Adakah penghuni cahalet ini rasa selamat?


1. Maksud KeselamatanJika orang tanya definisi keselamatan. Jawapannya mudah saja. Nampak selamat, Rasa selamat. Kita tidak boleh nak jelaskan dengan lebih jelas dari itu sebab rasa selamat itu berbeza antara saya dengan tuan dan dengan bos tuan.

Ada pengurusan atau towkay besar, asal ada Pengawal Keselamatan...cukup. Selamat betul rasanya. Ada syarikat kecil, pasang EM Lock pada pintu utama dan pasang kekunci nombor pin serta cctv, sudah OK.

Itu sebab ada orang pasang bodyguard ada yang tidak perlu. Ada yang perlu seorang bodyguard, ada yang perlu 5 orang.

Bermakna, ada 5 orang bodyguard baru dia rasa selamat.

2. Security Gap Analysis. Ia mengkaji perbezaan antara sesuatu objektif yang kita telah gariskan dan dengan apa pencapaiannya sekarang.



Ia hampir sama  dengan pelaksanaan 'security audit', tapi tujuan kita bukan untuk mencari kelemahan dan kesilapan. Oleh itu, perkara ini elok kita buat sendiri [self audit atau self correction] untuk elakan andaian negatif dari mana-mana pihak. Progrem ini juga baik kerana Penyelia dan Pengawal Kanan sedar aspek apa yang pelru diberi penekanan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik pada   SECURITY GAP ANALYSIS.

Hanya ini saja jalan masuk dan jalan keluar di pejabat ini


3. Single Entry and Single Exit. Ini bermakna hanya satu pintu yang diguna untuk masuk dan keluar. Ini adalah konsep terbaik [ideal] sekiranya boleh dicapai. Keadaan begini memudahkan segala langkah keselamatan supaya berkesan.

Bilangan Pengawal Keselamatan juga pada tahap paling minima. Bayangkan jika sesebuah bangunan tinggi atau sesebuah kompleks yang mempunyai banyak jalan masuk dan keluar. Kawalan keselamatan akan jadi kurang berkesan.



4. Keselamatan Berlapis bermaksud sistem 'pertahanan' yang diambil berlapis sehingga ia boleh mengurangkan niat untuk menceroboh atau untuk masuk mencuri. Bagaimana ya? Ada pagar yang kukuh, ada pos pengawal, pemeriksaan yang teliti, kawasan yang terang dan bersih serta kemas, pencahayaan yang hampir sempurna, perlu pakai kad pengenalan, tempat letak kenderaan khas untuk pelawat, nampak pengawal sedang meronda dll.

15.8.17

Pengawal Tempatan atau Nepal: Mana Lebih Baik


Pengawal Nepal lebih baik. Ini 'mereka' kata. Bagi saya, pendapat saya sendiri, pengawal tempatan lagi lebih baik. 10 kali lebih baik. Sebab...kalau Nepal lebih baik, mengapa guna syarikat keselamatan tempatan? Syarikat keselamatan Nepal tentulah lebih baik!

Membanding orang Nepal dgn orang tempatan itu kurang tepat kerana sebab mereka ke Malaysia pun sudah tidak boleh dibanding. Cuba bezakan pula watak antara pengawal keselamatan di Indonesia dengan pemuda Indonesia yang ada di KL.

Andaiannya, jika segala aspek pentadbiran dan pengurusan itu betul serta digaul dengan unsur-unsur Islamik nya, kita yakin pengawal keselamatan tempatan yang bertugas hanya  yang betul-batul mahu kerja sahaja. Dan mana boleh kita ketepikan mereka yang ikhlas memerlukan kerja untuk menyara keluarga.  


Ringkasnya,  kalau pengawal tempatan TIDAK BAGUS, puncanya ialah syarikat keselamatan tu sendiri. Bukankah kelemahan sesuatu syarikat bermula dari pengurusannya.

Kerajaan Malaysia mahu 100% rakyat Malaysia bekerja. Jika syarikat keselamatan atau PPKKM atau KDN tidak beri fokus kepada matlamat ini dengan sedaya upayanya dan KDN dengan tegas tidak benarkan menggaji orang  Nepal, insyaAllah 99% mereka yang tiada pekerjaan akan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Bukankah KDN dan PPKKM ada amanah dan tanggungjawab atas hasrat kerajaan ini.

Mengapa di New Zealand, tukang angkat sampah itu mat saleh?

Dulu semasa Zaiti jadi Governor Bank Negara, beliau 'menghapuskan' semua bank yang tidak berkualiti dengan cara digabung, dibeli dan dijual. KDN pun boleh tiru cara ini bagi menentukan hanya  syarikat  yang ada kualiti terus beroperasi. 

Bagi syarat yang ketat. Syarat ini perlu dkenakan  juga ke atas  orang dalaman dan yang berdekatan yang mempunyai agenda atau motif jalan pintas dan mudah

  • Gaji minima
  • Terma dan syarat perkhidmatan [term n condition of employment]
  • Latihan
  • Logistik
  • SOP
  • Kuatkuasa
  • Standard antarabangsa
  • Rakyat tempatan tulin [bukan gengster, penagih, ic palsu atau penjenayah]


Semua di atas disenaraikan kerana segala macam eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat keselamatan terhadap pekerja sedang berlaku. Sila lah kaji sendiri.

CONTOH: Seorang pakcik Melayu, Cina atau India mengawal trafik di depan sekolah. Adakah beliau terlatih? Jika berlaku kemalangan, siapa yang bertanggungjawab? Pengawal, syarikat keselamatan, sekolah, PPKKM, kementerian pendidikan atau KDN?

Tiada wisel, tiada sarung tangan putih dan tiada papan tanda

Hari ini, ramai usahawan syarikat keselamatan sudah jadi jutawan. Biasanya syarikat yang maju berkongsi kekayaan atau keuntungan mereka dengan pekerja. Maksudnya ia dikongsi hingga kepada mereka yang baru sehari kerja sebagai pengawal. 


Untung tidak salah asal hak asasi hamba Allah yang lain dihormati dan diberi pulangan dengan saksama. Jika sudah capai sesuatu tahap, maka eloklah kebajikan pengawal diambil kira. 'Paksa' lah mereka bekerja 8 jam setiap hari dan 6 hari seminggu secara nyata.

Kita kena akui untuk menyatakan, orang tempatan 10 kali lebih baik dari Nepal kerana ini telah dibuktikan oleh pasukan keselamatan negara [polis, tentera, penjara, bomba dll]  yang terdiri dari rakyat tempatan. Ada pula yang kata sama saja masalahnya. Soalannya, mengapa askar dulu 10 kali lebih baik walaupun tidak tahu membaca dan menulis.

Akhir sekali, baik juga kita lihat di Indonesia, untuk jadi pengawal, kena keluar duit sendiri pergi kursus selama 30 hari. Selepas itu barulah beliau layak jadi Pengawal Keselamatan. Ini baru betul. Sila layari SATPAM di google.

Gambar-gambar foto di bawah menerangkan dengan sendiri beza  pengawal Indonesia, Malaysia dan Nepal.
















  






Cuba baca syarat hendak jadi pengawal keselamatan syarat jadi pengawal lapangan terbang Bali Indonesia



14.8.17

Ancaman Keselamatan: Kelemahan Manusia

Ancaman keselamatan utama ialah manusia....kelemahan manusia. 

Nah! Pada tahun 2016, jenayah Malaysia tertinggi di Asia Tenggara. Sila Baca.




Tidak kira bagaimana hebatnya prosedur, polisi, peraturan, SOP, sistem elektronik yang diguna, peralatan, latihan, dan gaji serta elaun; tapi bila datang bab nafsu, bab banyak hutang, bab malas, bab nak kaya, bab dadah, bab riak....maklumat penting/rahsia akan bocor, harta akan hilang.

Tidak kira siapa yang di atas, tengah atau yang di bawah. Semua pun ada kelemahannya.

Bagi setengah orang, bila terjadi sesuatu, mereka suka salahkan keadaan, bangsa, ugama dan orang lain. Ini di sebut external locus of control.


Bagaimana untuk mengurangkan kelemahan atas masalah ancaman keselamatan ini? Iaitu kelemahan manusia. 


Awalnya  kita kena tahu apa bentuk ancaman keselamatan ini. 

[1] jual maklumat: ini serius. biasanya dia jual kpd pembekal atau kontraktor. atau kepada orang yg nak ambil peperiksaan.

[2] bagi maklumat: suka info kat orang apa yg dia tahu. bagi tahu keputusan mesyuarat. bagi tahu bajet pembelian alat-alat tertentu. bagi tahu si polan tu ada kes disiplin. ada si polan yg akan naik pangkat, kena ditukar ke johor, sabah dll 

[3] cuai terhadap peralatan: tidak matikan suis, tidak ikut prosedur betul semasa guna alat, tidak kunci stor, bawak balik kunci ke rumah, tertinggal kunci, tidak simpan kunci ikut prosedur dll.

[4] malas. bila sudah malas dek kerana sudah biasa, dan rasanya sudah selamat, maka itulah sebabnya kemalangan dan kejadian berlaku banyak dikalangan 'orang lama'. "tak payahlah nak ronda lama2, bukan ada apa pun", katanya. "naik motorsikal pun sama saja". "Kunci boleh tak kunci pun okay. Mana ada pencuri di sini". "Letak lah kereta tu kat mana pun". "Tak payahlah nak sebuk buat laporan. Bukan kerja kita pun. Buat menyusahkan jer".

Naah, bila berlaku sesuatu [kebakaran/kecurian/pecah pejabat], pelbagai alasan yang dia akan bagi.

Cuai terhadap peralatan, cuai tidak ikut prosedur [SOP] kerap berlaku kerana ia boleh sebabkan kerosakan, kemalangan, kecurian dan kebocoran maklumat. Dan bagi keselamatan siber, mereka sangat faham pasal kesilapan manusia.

Pekerja Malas. Kalau hendak ikut hati; orang begini tidak boleh diberi tanggungjawab dan tidak boleh dipercayai. Amat bahaya.

Kunci kenderaan ditinggal merata-rata. Lihat gen set mereka, stor, pos pengawal mereka dll. Sekali lihat kita boleh buat andaian.


Salah satu prinsip keselamatan ialah IMEJ. Kalau sikap ok, kawasan ok, pakaian ok, maka sekali tenguk je orang tahu atau fikir...kawasan ini selamat!

Sikap2 biasa oleh manusia yg boleh beri ancaman

Ada orang tu, siang malam cakap, tak boleh duduk diam. Kat opis, kentin, surau, semua pun sama. Ada saja benda baru yang dia nak bagitau. Kononnya, dialah yang tahu macam-macam hal rahsia, sulit dll.

Ada satu lagi spisi yg sebuk pulak nak tahu tentang apa yang dia tidak perlu tahu. Lepas dia jajan info tersebut.




Ada pulak yang diam-diam jual maklumat. Samada ada share dalam bisness atau jual maklumat untuk dapat duit. Kadang-kadang dia tahu sikit jer....dia tahu bajet untuk tender potong rumput. Jualnya pulak pada dua-tiga orang kontraktor. Dapat lah sikit duit kopi katanya. Ada juga yg heboh sipolan kena tukar, kena disiplin, naik pangkat bagai.  


Ini cuai dari segi tidak ikut prosedur bab password komputer. Banyak kes, orang kita guna nama sendiri, nama suami, no fon, tarikh lahir atau no kereta. Ini semua orang mudah agak. 




Siapakah yang memberi maklumat secara langsung, cara tidak sedar, atau tidak sengaja.... sehingga anggota keselamatan ini terkorban dan cedera. Ini kes sembunyi maklumat. 

Bocor maklumat boleh sebabkan syarikat ia  rugi besar atau terus bungkus. 


Semua orang perlu diajar supaya faham dan jangan buat buat tidak faham tentang keselamatan. Jika nampak atau tahu sesuatu sila maklum kpd yg berkenaan. 



Antara kawan kita, ada juga yang pesen ini. Ini selingan jer yer.



Depan kawan cakap besar. Di rumah entah siapa yang tahu. 

Ini adalah satu kelemahan biasa bagi yang sukap cakap besar.



Bila "kena kepung", atau disoal bertalu-talu barulah dia akan diam. Bila ajak jumpa bos, dia tidak berani. Bila suruh tunjuk bukti, dia tidak ada. Orang begini ada masalah psikologi. Hati2.




Kepada semua peringkat ketua, perhatikanlah anak buah masing2 dengan teliti. Dan lihat juga kawan-kawan kita. Jika tidak berbagai masalah yang boleh timbul hanya kerana beberapa orang yang cuai, yang malas dan yang bermasalah. Bukan semua orang itu semporna [pada pandangan kita], tetapi kita boleh sentiasa ingatkan.


13.6.17

Malaysian Security Professional Certificate



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri keselamatan di Malaysia telah berkembang pesat dari segi keperluan operasi, teknologi, dan tahap profesionalisme. Namun, masih terdapat beberapa kebimbangan praktikal di lapangan. Pertama, sebahagian anggota keselamatan yang berada di ‘frontline’ kelihatan kurang terlatih untuk tugas semasa. Bukan kerana mereka tidak mampu berfikir, tetapi kerana latihan asas yang diterima tidak lagi selaras dengan keperluan operasi hari ini. Kedua, kewujudan pelbagai bentuk persijilan keselamatan khususnya yang menggunakan istilah “certified” menimbulkan persoalan: sejauh mana sijil tersebut benar-benar memenuhi piawaian kompetensi dari sudut akademik, praktikal dan etika? Ketiga, terdapat persepsi bahawa sebahagian pihak mungkin mengeksploitasi nama individu berpengaruh atau institusi tertentu untuk tujuan komersial semata-mata.

Setakat ini, negara kita belum mempunyai satu rangka persijilan keselamatan yang komprehensif dan sewajarnya “diwajibkan” secara nasional, kecuali Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang jelas mempunyai elemen praktikal. Bagaimanapun, SKM sahaja belum mencukupi tanpa sokongan pengetahuan teori yang tersusun. Hal ini sangat penting kerana sektor-sektor seperti perbankan, hotel lima bintang, hospital, lapangan terbang, kampus pendidikan, dan sekolah amat memerlukan tenaga keselamatan yang benar-benar terlatih dan kompeten berdasarkan undang-undang, akta dan polisi dalaman.

Jika menelusuri kembali perbincangan-perbincangan sejak 2017, kita dapati banyak pihak sebenarnya sedar mengenai keperluan perubahan. Namun bergerak ke tahun 2025, isu yang sama masih berulang, seolah-olah tiada kemahuan politik atau institusi untuk memimpin usaha ini. Lebih menyedihkan, apabila terdapat pihak atau individu berautoriti tidak mengambil inisiatif — dan jika ada pihak lain ingin bergerak, mereka pula dihalang. Maka, industri ini kekal “tergantung”: pekerja keselamatan tidak diiktiraf, tidak mempunyai suara di tempat kerja, dan mudah ditegur tanpa perlindungan undang-undang yang jelas. Ironinya, seorang safety officer mempunyai autoriti yang jauh lebih besar berbanding pengawal keselamatan, walaupun kedua-duanya bekerja dalam rangka “keselamatan organisasi”.

Sekiranya wujud peraturan yang mewajibkan syarikat menggaji pengurus, pegawai atau penyelia keselamatan yang diiktiraf dan layak, sudah tentu akan terhasil satu standard latihan yang seragam serta modul tambahan mengikut sektor khusus seperti terminal laut, udara, darat, industri hospitaliti, pertanian, kilang perkilangan, atau oil & gas. Dengan struktur seperti ini, barulah wujud asas untuk menuntut gaji profesional berdasarkan kelayakan diploma, ijazah atau pengalaman industri.

Dalam perbincangan di beberapa IPT dan seminar kebangsaan, cadangan-cadangan ini pernah diketengahkan. Namun halangan terbesar datang daripada kumpulan kecil yang bimbang akan “kehilangan peluang keuntungan”. Akhirnya, yang rugi ialah industri, bukan individu tertentu. Malaysia menuju era negara maju, tetapi dari aspek profesionalisme keselamatan, kita masih jauh ketinggalan — malah dengan Indonesia sekalipun kita masih tidak setara. Di negara jiran, latihan asas keselamatan mengambil masa sebulan dan diwajibkan untuk memperoleh sijil SATPAM. Kita pula masih teragak-agak untuk meletakkan standard minimum bagi sektor-sektor sensitif seperti sekolah, hotel dan bank.

Malaysia sebenarnya mempunyai ramai pakar dalam bidang sumber manusia, latihan, dan pengurusan keselamatan yang bersedia membantu. Mereka hanya memerlukan jaminan bahawa proses ini telus, tidak dimonopoli, bebas kepentingan komersial, dan tidak dicampuri politik yang merencatkan pembangunan industri. Jika prinsip asas ini dihormati, sudah tentu ramai profesional sanggup menyumbang masa dan kepakaran.

Tambahan pula, negara sudah memiliki rangka kerja seperti TVET dan NOSS dalam bidang keselamatan. Namun sebelum ia terus diguna pakai, industri perlu meneliti kandungannya secara serius untuk memastikan ia benar-benar menyokong keperluan operasi semasa. Sesiapa yang pernah meneliti modul-modul tersebut pasti memahami keperluan untuk dikemaskini.

Melalui pengalaman praktikal juga dapat dilihat bahawa tidak semua individu sesuai menjadi tenaga pengajar atau fasilitator. Mengajar dalam bidang keselamatan bukan sekadar memiliki sijil atau pandai bercakap. Ia memerlukan kefahaman mendalam terhadap realiti kerja seorang pengawal yang bertugas 12 jam sehari, ditegur oleh pegawai atasan, dan berdepan risiko keselamatan sebenar. Tenaga pengajar yang tidak pernah bekerja di lapangan kadang-kala tidak memahami tekanan sebenar yang dihadapi pengawal, termasuk situasi di mana pihak atasan sendiri melanggar SOP atau mengambil kesempatan.

Oleh itu, tidak hairanlah sektor keselamatan tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan. Sehingga kini, belum ada badan yang benar-benar komited untuk mewujudkan sijil rasmi yang diiktiraf secara nasional. Mesyuarat berlangsung bertahun-tahun tetapi hasilnya tidak signifikan. Badan induk yang sepatutnya memimpin pula tidak mengambil langkah proaktif dan dalam masa yang sama tidak mengizinkan pihak lain mengemudi perubahan.

Jika diberi ruang, kerjasama dengan badan profesional keselamatan dari Australia atau United Kingdom boleh dijadikan satu alternatif untuk memacu pemerkasaan industri melalui IPT tempatan. Lagipun, banyak struktur dan sistem kita sendiri berpaksikan model negara-negara tersebut.



4.6.17

Ideology Warfare



The War of Ideas is a clash of opposing ideals, ideologies, or concepts through which nations or groups use strategic influence to promote their interests abroad. The “battle space” of this conflict is the target population’s "hearts and minds", while the “weapons” can include, inter alia, think tanks, TV programs, newspaper articles, the internet, blogs, official government policy papers, traditional as well as public diplomacy, or radio broadcasts.

Makna di atas ringkasnya ialah
  • perang idea [politik, fahaman ugama, ekonomi, polisi dll]
  • menggunakan cara masing-masing,
  • untuk mempengaruhi 'sasaran mereka' bahawa idea atau polisi atau apa saja lebih baik dari orang lain
  • sasaran utama ialah pemikiran, sikap dan pegangan
  • dan mereka menggunakan apa saja media yang ada

Dalam pendekatan lain, semua ini tergolong dalam apa yang disebut sebagai 'perception management'

Dalam keselamatan khususnya; ia boleh juga dikatakan sebagai subversion.

siapa yang akan menang? ia bergantung kepada 'kuasa mempengaruhi'. Peluru utama yang digunakan di sini ialah 'sentimen' yg berkaitan rapat juga dengan emosi.

Bagi pengurus, eksekutif, pegawai dan penyelia keselamatan:
  • pastikan kita sendiri tidak terpengaruh
  • pasti jangan anggota bawahan kita terlalu sentimen atau emosional


Masalah utama dalam IDEOLOGY WARFARE ini ialah

  • kita tidak tahu siapa musuh
  • apa senjata yang mereka gunakan
  • siapa sasaran mereka 
  • dll

Bila kita sedar, anggota kita semua sudah kuat pegangan politik mereka! Sudah berpuak-puak.

Semua keadaan ini bahaya kepada organisasi kita dan diri kita sendiri.

Staf keselamatan perlu selalu diingatkan supaya kita sentiasa kena kelihatan 'atas pagar' walaupun kita ada pandangan kita sendiri. 

Sebab apa? Sebab jika ada pergaduhan antara dua pihak...kita juga yang jadi orang tengah nanti.

Namun apa yang dibimbangkan ialah ada staf yang berpihak dengan pihak luar untuk berjuang dan masa yang sama menjadikan negara sendiri sebagai sasaran sabotaj. Ini amat bahaya.




Antulio J. Echevarria, Director of Research, Strategic Studies Institute, U.S. Army War College defined the "war of ideas" [1] as
. . . a clash of visions, concepts, and images, and— especially—the interpretation of them. They are, indeed, genuine wars, even though the physical violence might be minimal, because they serve a political, socio-cultural, or economic purpose, and they involve hostile intentions or hostile acts. Wars of ideas can assume many forms, but they tend to fall into four general categories (though these are not necessarily exhaustive): (a) intellectual debates, (b) ideological wars, (c) wars over religious dogma, and (d) advertising campaigns. All of them are essentially about power and influence, just as with wars over territory and material resources, and their stakes can run very high indeed (Echevarria 2008 Wars of Ideas and the War of Ideas)
— Strategic Studies Institute of the US Army War College (SSI)

1.6.17

Bagaimana Majikan Menilai Kita





Saya yakin tuan  adalah seorang pekerja. Pernahkah tuan terfikir bagaimana majikan [bos-bos] menilai kita setiap tahun sehingga ada yang  'dihadiahkan' pangkat, jawatan yang 'cantik', bonus atau kursus di luar negara. [performance evaluation] 



Jika kita lihat dan kemudian perhati betul-betul borang penilaian tahunan atau dwi tahunan itu, ia sebenarnya menilai 3 perkara saja: [1]  Kerja kita [2] sikap, dan [3] perangai/tabiat, fe'el, kelaku kita.

Kita dinilai 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 

Tak perlu nak bodek kecuali bos kita tu memang dilahirkan 'kaki bodek'. Biasanya, kaki bodek juga mahu dibodek. Itu semua kuasa Allah; kalau sudah ditetapkan rezeki tuan, tiada siapa yang boleh halang. [performance evaluation] 

Ada yang cerdik...bodek habis-habisan dan bila sudah sampai masa bos nak isi borang penilaian, dia  ni, bukan musim durian pun boleh hantar durian kat rumah bos. [performance evaluation] 




Bos buat lawak gaban pun dia akan gelak. Dia la...bukan kita


Penilaian

Kerja Kita. Hampir sempurna, on time, cantik, kemas, lengkap, bersih ....[ini saya tak perlu terangkan dgn lanjut]. Bos tanya bab kerja semua boleh jawab; maknanya si polan memang betul-batul tahu pasal kerja dia.


Kita tak lah sampai kena paksa untuk bekerja


Sikap Kita [Attitude]. Sikap  adalah hasil [outcome] dari sesuatu kejadian atau keadaan dan bagaimana kita bertindak. Ada orang sakit...kita tolong. Bos minta tolong....kita ke depan. Boleh datang tak besuk, bos tanya; kita jawab boleh. Engkau tahu tak di mana nak dapat durian belanda? Saya tak tahu bos.... nanti saya tanya kawan-kawan kalau depa tahu. [performance evaluation] 

Nah itu lah sikap. Ia itu ringkasnya boleh tolong, boleh beri kerjasama. Semua yang saya beri itu adalah sikap yang positif. Sikap yang negatif....tak perlu lah saya beritahu di sini. 




Perangai kita pulak macam mana. Pengotor [tak la kotor sangat], selekeh, datang kerja lambat, balik awal, selalu sakit, busuk, merokok, tak rajin solat....motor selalu pancit, jalan selalu jem. Terlupa dan tak ingat.




[performance evaluation] [performance evaluation] [performance evaluation] 


Jangan terkejut, ada orang perangai buruk tapi sikap amat positif. Bos pula suka dia. Dia ni apa saja bos suruh, semua dia boleh buat. Datang kerja hari Sabtu ke Ahad ke semua dia OK. Suruh datang rumah pun dia OK. Maknanya, sikap dia terlalu terpuji. Dia ni betul-betul setia. 

Dan jangan terkejut, orang ini akan naik pangkat dulu!

Ringkasnya, semua tiga perkara di atas itu berkait rapat. Lemah satu, lemah semuanya. Tapi paling kuasa ialah sikap. Kalau yang lain-lain tu kita mcm biasa saja, sikap yang positif tetap akan beri kita masa depan yang cerah.

Sebab apa? Sebab kita pun pernah terfikir...dia tu tak lah cerdik sangat. Atau dia tu macam standard aku jer.

Jadinya, fikir-fikirkan lah macam mana hendak maju dalam kerjaya tuan-tuan. Tidak kiralah tuan ini Pengurus kah, Pegawai kah, Kerani kah atau hanya seorang Pengawal Keselamatan.

Ingat Sikap, Kerja dan Perangai! [Attitude, competency & behaviour]

Wallahualam.

        [performance evaluation] [performance evaluation] [performance evaluation]