13.6.17

Malaysian Security Professional Certificate

Waktu  ini kita mungkin tidak tahu  mana-mana pihak  yang telah berjaya  mewujudkan satu 'sijil keselamatan' yang komprehensif dan 'boleh diwajibkan' di dalam negara ini. 


..industri berikut perlu menggaji atau menggunakan Pengawal Keselamatan yang layak;  bank, hotel, hospital, kampus, dan sekolah.... [Contoh]

[....berpandukan undang-undang, akta, peraturan atau polisi]

2020 sudah sangat hampir dan kita  tahu ramai juga yang kecewa dengan keadaan ini. Tiada political will power? Ini cuma alasan di peringkat yang mungkin kurang serious rasanya.

Sedih juga sebab tidak ada siapa yang boleh bantu sebab pihak-pihak atau individu sedia ada yang ada autoriti atau pengaruh tidak ambil sebarang inisiatif dan jika ada orang lain ingin buat, 'mereka akan halang'.

Oleh itu, kita akan terus tergantung. Tidak boleh bersuara di tempat kita bekerja. Kita tidak diiktiraf. Dan siapa saja boleh menegur kita. Tidak ada undang-undang atau peraturan yang melindungi kita. Sedih melihat seorang safety officer mempunyai autoriti yg begitu besar berbanding kita.

"sesebuah syarikat mesti menggaji seorang pengurus/pegawai/penyelia keselamatan yang layak....". TIADA!

Jika ada, mungkin  akan ada latihan, kemahiran dan pengetahuan yang standard [seragam] dan pengetahuan khas/berbeza [tambahan] bagi yang bertugas di terminal laut, udara & darat, estet, hotel, hospital, kilang, oil & gas dan macam-macam lagi.

Kita boleh tuntut gaji minima tertentu berasaskan diploma, ijazah atau apa saja asasnya

Dan gomen/syarikat juga perlu mematuhi beberapa peraturan yang praktikal yg diluluskan oleh kjaan demi keselamatan organisasi dan pekerja.

Di kalangan  IPT pernah dibincang, kemudian dibawa lagi kpd seminar kebangsaan kampus. Nah! Ada pulak nyamuk-nyamuk tiruk yang tidak bersetuju- konon ada orang yang akan buat untung. Sekarang siapa yang rugi dan siapa yang untung?

Malaysia menuju 2020 [negara maju], tapi dalam bab profesionalisma individu keselamatan, dengan Indonesia pun kita banyak ketinggalan.

Jika boleh pada peringkat awal, sekolah, hotel 5 bintang dan bank diwajibkan ambil staf keselamatan yang layak sahaja. Di Indonesia, kamu perlu hadir kursus selama sebulan untuk dapat sijil ini.

Dalam bab pengurusan sumber manusia, Malaysia ada ramai individu yang berpengalaman, yang mahir dan yang bijak bersedia untuk membantu. 

Mereka ini sanggup bantu dgn syarat individu atau kumpulan tertentu tidak ambil kesempatan untuk buat untung. Biar ia betul-betul telus. Jgn ada monopoli, jgn ada politik, jgn ada nilai untung. Sekarang ini mereka diam sebab itu lah. Buang masa je bekorban utk mereka yg ber-agenda. "Kita bertungkus lumus....mereka pula yg buat duit". Fikir dan lihat dulu macam mana mat salleh buat. kemudian kita tiru.

Kita berharap  akan ada individu yang berkuasa dan berpengaruh melihat akan perlunya  profesionalisma di kalangan orang-orang keselamatan kerana Malaysia terlalu jauh ketinggalan.

Kita sudah ada MLVK, NOSS bab keselamatan.....cuba bagi pihak industri teliti dulu. Bukan industri.....kalau tuan-tuan sendiri yg tguk pun akan tersengeh sendiri.




Klik sini untuk lihat cara Indonesia:   Website SATPAM: info ringkas SATPAM di wikipedia  :  SATPAM-infoo lanjut

Pemerhatian tambahan ...ikut pengalaman, bukan semua orang boleh mengajar dgn jujur dan dgn berkesan. Ia bukan tertakluk kpd sijil, pandai bercakap, pandai goreng, pernah tulis buku dan bijak/cerdik.

Itu adalah kriteria hampir semua institusi latihan. Dan semua sekali rasanya. 

Isu ini ditimbulkan kerana latihan sedia ada spt gitu gitu sahaja. Apakah matlamat 'mereka' yg menggubal modul latihan asas keselamatan sebenarnya? Dan adakah tenaga pengajar sedia ada tahu apa keperluan industri sebenarnya atau beliau hanya perlu mengajar sahaja? 

Analogi lain. Bolehkah semua orang hadir kursus khidmat pelanggan? 

Kursus khidmat pelanggan sepatutnya dihadiri dan diberi keutamaan kepada orang yang berjiwa suka membantu [syarat minima].  Pernah berurusan di Putra Jaya...bagaimana perasaan tuan?

Soalan cepumas. Patutkah atau bolehkah semua penganggur diambil  masuk ke dalam sektor keselamatan? 

Akibat dari semua penganggur [termasuk penagih dadah] menjadi pengawal, pengawal yg betul-betul komited jadi tawar hati dan akhirnya pergi buat kerja lain. Tidak benar jika kita berpendapat semua pengawal keselamatan malas dan tiada inisiatif...

Tenaga pengajar, jurulatih atau fasilitator kursus-kursus keselamatan ada juga yang tiada pengalaman dalam  bidang keselamatan.  

Mereka sebenarnya tidak tahu perasaan pengawal yg bertugas 12 jam sehari dan 30 hari sebulan. Mereka tidak tahu bagaimana orang atasan mengherdik pengawal yang menahan kereta bos di gate. Dan mereka [tenaga pengajar] tidak tahu bahawa orang atasan dan pensyarah la yg paling banyak mencuri! 

Inilah  puncanya mengapa industri keselamatan tidak maju.

So far I have not seen any bodies or organization that is very sincerely interested to have this 'certificate' in the country. What I see is meeting after meeting, and nothing happen. Who is responsible, who will take the lead?

Nobody can do that because so called 'recognised security association' itself does not take the initiative and on the other hand will 'not allow' others to lead.

Thus, we are hanging. No say especially at our own workplace. We are not recognised. Any tom dick and harry can tell us off. There is no law even to protect us.

" a company....must employed a qualified security manager/officer/supervisor..." NONE!

Given an opportunity, I would work with security professionals bodies from Australia or UK to get us move forward professionally through local colleges or universities that might be interested. After all most of our system is adopted from them.