Rondaan di kebanyakan tempat sebenarnya mudah saja konsepnya: jalan-jalan, naik motor sikit, tengok-tengok, pandang-pandang, dan akhirnya laporan pun tulis “BAIK.” Semua “BAIK”. Kadang-kadang terlalu baik sampai rumput panjang pun dianggap baik, pagar tercabut pun masih baik, CCTV tak hidup pun baik juga!
Di lebuh raya, di kilang, di mana-mana pun sama. Kadang-kadang rondaan kita ikut “siapa yang dia nak tolong dulu.” Yang lain-lain? Ambik syarat saja, bos.
Bahagian Seriusnya – Benda Yang Orang Jarang Sedar
Dalam rondaan, ada beza antara tengok, nampak, dan perhatikan.
- Tengok → Mata buka, jiwa tak ada.
- Nampak → Mata fokus, otak tak proses.
- Perhatikan → Mata tengok, otak fikir, hati peka.
Dan semua itu… bermula dari hati & sikap.
- Mahu benar-benar membantu.
- Mahu benar-benar periksa.
- Mahu selesaikan masalah kecil sebelum jadi besar.
- Mahu rekod dan lapor dengan jujur, bukan “asal siap”.
- Mahu jaga harta dan nyawa orang lain seolah-olah itu keluarga sendiri.
Rondaan yang betul-betul rondaan datang dari jiwa, bukan dari kasut yang mengelilingi bangunan 4 kali semalam.
Sebab itu dalam sekuriti, perkara paling kritikal bukan pistol, bukan baton, bukan CCTV — tetapi sikap manusia. Kalau hati tak ada pada tugas, rondaan pun hanyalah sekadar jalan-jalan cuci mata. pertama ada organisasi. ada SOP. ada matlamat atau tujuan.
lagi pertama lagi utama.... Apabila kita mencari rezeki yang halal, Allah bukan sekadar memberi kita pendapatan — Dia memberi kita keberkatan.
Dan keberkatan ini, tidak selalu datang dalam bentuk angka yang besar. Kadang-kadang gaji tidak banyak mana, tetapi ajaibnya ia sentiasa cukup… malah lebih daripada cukup. Makanan terasa sedap walau sederhana, rumah terasa luas walau kecil, dan hati terasa lapang walau hidup diuji.
Keberkatan juga turun dalam bentuk yang tidak ternilai: Hati yang tenang, walaupun dunia sekeliling sibuk. Tubuh yang sihat, walaupun usia makin meningkat. Pasangan yang setia dan saling menyayangi, walaupun hidup tidak mewah. Dan, anak-anak yang baik akhlaknya, yang menjadi penyejuk mata dan penawar hati.
Itulah hadiah Allah bagi mereka yang memilih jalan halal — kehidupan yang tidak sekadar “cukup”, tetapi penuh makna, penuh rahmat, dan penuh kasih sayang yang tidak ternilai oleh wang.
RONDAAN SEBENAR ATAU SEPATUTNYA
Selepas kita ketawa dengan realiti rondaan “jalan-jalan, tengok-tengok, semua BAIK”, tibalah masanya kita masuk kepada apa yang sebenarnya perlu berlaku. Rondaan bukan sekadar rutin—ia adalah tulang belakang sekuriti fizikal dalam mana-mana organisasi. Dan bila kita faham tujuan sebenar rondaan, baru kita tahu betapa besar amanah yang kita pikul setiap kali kita melangkah keluar dari pos.
1. Matlamat Utama Rondaan
Tujuan rondaan bukan untuk “tunjuk muka”, bukan untuk pusing-pusing kawasan, dan bukan untuk cukupkan syif. Tujuannya jauh lebih besar:
Memastikan kawasan berada dalam keadaan normal
Normal bukan bermaksud “tenang”. Normal bermaksud semua berada seperti sepatutnya — pintu berkunci, lampu berfungsi, tiada orang mencurigakan, tiada kebakaran kecil yang baru hendak bermula, tiada air bocor, tiada tanda pencerobohan.
Mengesan ancaman sebelum ancaman berlaku
Melindungi harta dan nyawa
Setiap langkah rondaan membawa dua amanah besar: harta organisasi dan keselamatan manusia di dalamnya. Rondaan yang cuai boleh membawa bahaya besar—kecurian, kebakaran, sabotaj, atau kemalangan.
2. Peranan & Tanggungjawab Semasa Rondaan
Rondaan bukan sekadar pergerakan badan, ia adalah pergerakan minda.
a) Peka terhadap perubahan
Setiap kali rondaan, tanya diri:
- Ada apa yang berubah?
- Kenapa ia berubah?
- Adakah perubahan itu ancaman?
- Apakah tindakan yang perlu diambil?
b) Catat & lapor secara jujur
c) Gunakan deria, bukan kaki sahaja
Rondaan yang berkesan ialah gabungan:
- melihat,
- mendengar,
- menghidu,
- memerhati,
- berfikir.
Bunyi pam air pelik, bau terbakar, lampu malap, rumput panjang, motosikal tanpa tuan, pintu terbuka — semuanya ialah petunjuk keselamatan.
d) Fahami pola ancaman (modelling)
Rondaan bukan rawak. Kita mesti faham:
- bila ancaman berlaku,
- di mana lokasi panas,
- siapa sasaran,
- apa kaedah mereka (modus operandi),
- dan bagaimana mereka melarikan diri.
Ini seperti mini-analisis criminology.
3. Teknik Rondaan Yang Betul
Rondaan berstrategi (strategic patrol)
Rondaan dengan rekod (audit trail)
Rondaan berdasarkan risiko (risk-based patrol)
Rondaan bukan “periksa kawasan” tetapi “semak tingkah laku persekitaran”
Ini perbezaan antara:
-
Tengok bangunan (salah)
-
Nilai apa yang berlaku di sekeliling bangunan (betul)
4. Peranan Pengurusan Sekuriti & Penyelia
Rondaan tidak boleh berjaya tanpa struktur dan sokongan pengurusan.
a) Pengurusan Sekuriti Bertanggungjawab Atas:
- menyediakan SOP rondaan,
- menyediakan route map,
- melatih anggota dalam teknik pemerhatian,
- membekalkan teknologi seperti bodycam, torchlight, dan device laporan,
- mengkaji semula laporan rondaan setiap minggu,
- dan memastikan semua rondaan selaras dengan security risk assessment.
b) Penyelia Sekuriti Bertanggungjawab Atas:
- memantau kehadiran & prestasi rondaan,
- turun padang memeriksa rondaan sekali-sekala,
- memastikan pengawal faham “apa mereka cari” bukan sekadar “ke mana mereka pergi”,
- mengaudit log buku,
- memberi teguran serta latihan segera jika ada kelemahan,
- menghubungkan laporan rondaan dengan tindakan pembaikan (corrective action).
5. Kesimpulan – Rondaan Adalah Ibadah Amanah
Akhirnya, rondaan bukan soal kaki melangkah, tetapi soal hati bekerja.
Rondaan sebenar lahir dari:
- jiwa yang bertanggungjawab,
- minda yang peka,
- sikap yang amanah,
- dan semangat untuk melindungi.
Kalau rondaan dibuat dengan betul, kita sebenarnya sedang menyelamatkan:
- organisasi,
- harta,
- nyawa,
- dan masa depan pekerja lain.
Kadang-kadang kita tidak sedar… seorang pengawal yang meronda dengan betul mungkin sedang menyelamatkan 500 nyawa tanpa sesiapa pun tahu.
Itulah kemuliaan kerja sekuriti yang sebenar.