10.11.24

LPKT DI MUDAHKAN

Tuan Puan akan tidak atau kurang faham penulisan di bawah ini jika ini adalah kali pertama mahu tahu tentang LPKT. Saya harap baca lah dua tiga kali hingga faham.

Maksud "dipermudahkan" di sini adalah untuk memudahkan pemahaman. Setelah faham, barulah proses penyediaannya menjadi lebih mudah.

Penyediaan LPKT wajib merujuk kepada.... 


Rajah ini adalah cabutan borang pemarkahan LPKT. no 1.2 ialah pemarkahan untuk Bab 1. Dari i hingga v. Borang ini adalah panduan muktamad kandungan LPKT kita. 

PERTAMA mohon maaf, saya cenderung kepada metodologi kualitatif kerana itulah cara yang kita gunakan setiap hari semasa bekerja. Apa maksud kualitatif? 

Katalah tuan di beri tugasan yang tuan tidak pernah lakukan, iaitu untuk melaksanakan latihan menembak di lapang sasar. Biasanya  kita tanya orang yang pernah menguruskan latihan menembak tentang bagaimana cara untuk melaksanakan latihan tersebut dengan lebih baik. Kemudian, tuan berbincang dengan AJK yang telah dilantik. Tuan bertanya tentang masalah yang sering berlaku, bagaimana cara untuk mengelakkan masalah tersebut, serta prosedur terbaik yang perlu dikuti.

Bertanya, berbincang, dan melakukan lawatan tapak adalah semua aktiviti yang termasuk dalam metodologi kualitatif. Inilah yg kita buat semasa bekerja untuk laksanakan sesuatu tugas atau majlis dll. Kita tak pernah guna borang selidik.

Apa masalah yang biasa berlaku semasa melaksanakan latihan menembak?

  • Masalah logistik (contohnya alat tidak mencukupi, kenderaan lewat tiba, tau kenderaan rosak). 
  • Masalah papan tanda. 
  • Masalah makanan yang tidak mencukupi.
  • Masalah dalam penyusunan aturcara atau giliran menembak serta kumpulan menembak.

Semua MASALAH ini, kita patut cerita / tulis dalam bahagian PERNYATAAN MASALAH di Bab 1, tetapi secara am sahaja, kerana kita akan tulis dengan terperinci di Bab 3 nanti. JANGAN perinci di Bab 1, bimbang PPL akan tegur; "Apa nih? Belum mula kajian kamu sudah tahu segala masalah dengan mendalam!

Saya hanya ingin memberikan sedikit sahaja maklumat di sini kerana saya bimbang ada yang beranggapan bahawa untuk menghasilkan LPKT itu mudah! Sebenarnya mudah jika boleh tulis dengan tersusun.

Semasa perbincangan pada 9 Nov 2024 di Google Meet (terima kasih Lt Col Dr Siti dan En Dodi serta semua sekali), ada rakan yang bertanya tentang perenggan pertama ialah Pendahuluan atau Pengenalan di Bab 1. Apa yang perlu ditulis di situ? Berdasarkan slide JPK 2024, saya perhatikan di Bab 1, tiada perenggan Latar Belakang. Oleh itu saya menganggap perenggan Pendahulan atau Pengenalan perlu memuatkan latar belakang mengenai latihan menembak. Mahu baik lagi,  kita tambah perenggan ke dua iaitu Latar Belakang.

Terdapat juga pertanyaan mengenai Limitasi dan Skop. Berdasarkan slide yang saya lihat, tiada perenggan Limitasi. Skop pula merujuk kepada tempat kajian dijalankan. Pada saya, kajian ini mungkin dilakukan di kem atau di Padang Sasar (Rifle Range).

BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

Sila klik: Bab 2

BAB 3 PENEMUAN DAN ANALISIS

Apabila tuan bertanya kepada orang yang berpengalaman, mereka akan menceritakan pelbagai masalah yang biasa berlaku.Tuan boleh menyenaraikan masalah-masalah ini dalam bentuk rajah, kotak-kotak, bulat-bulat, atau jadual atau senarai biasa saja.

PENTING! Tuan sudah bertanya tentang masalah semasa latihan menembak bukan? 

OK, kembali kepada OBJEKTIF KAJIAN, salah satu objektif tuan adalah: 1. Mengenal pasti masalah-masalah yang sering berlaku semasa melaksanakan latihan menembak

Perasan tak bahwa salah satu Objektif Kajian di Bab 1 telah terjawab di Bab 3., iaitu 'masalah-masalah'. Kelabu? OK baca objektif kajian di atas ni. 

Maaf sekali lagi, saya melompat dari satu bab ke bab lain tanpa fokus kepada urutan dalam penyediaan LPKT. Isunya di sini adalah, jika saya ikut turutan bab, tuan tuan akan sukar untuk memahami atau menulis dengan memastikan ada kaitan antara setiap Bab.

Pendekatan saya adalah memberi gambaran secara am terlebih dahulu. 

Apa yang saya telah bentangkan di atas adalah kaitkan antara PERNYATAAN MASALAH di Bab 1, Objektif Kajian, dan Penemuan di Bab 3. Jika tuan perhati di sebalik itu, perenggan Cadangan di Bab 4 pun sudah terselit bersama.

Memang sukar dan mengelirukan untuk tuan fahami kerana saya menceritakan proses sediakan LPKT cara penulisan. Tetapi jika kita dapat berjumpa dalam  Google Meet, akan lebih mudah untuk difahami.

Rajah di bawah ini adalah salah satu penemuan kajian kita.

   


Ini adalah cara kita tulis penemuan pertama, iaitu masalah semasa merancang dan melaksanakan latihan menembak. Saya akan papar rajah ini di Bab 3. Panduan LPKT JPK memberi kebebasan untuk menggunakan sebarang rajah. Jika tuan memilih untuk menggunakan pendekatan brain-storming melaui melalui konsep tulang ikan, itu tidak mengapa. Yang penting adalah penemuan yang diperlohi daripada sesi brainstorming tersebut. Sebenarnya, Ishikawa adalah salah satu pendekatan mengenal pasti 'cause and effect' (punca dan kesan) sesuatu masalah dan, dan ishikawa itu ialah satu konsep focus group yang telah diuabhsuai.

Di dalam garis panduan JPK, metodologi kajian yang dianjurkan, sama ada kuantitatif atau kualitatif sahaja. Kuantitatif guna soal selidik manakala kualitatif guna temuduga yang tidak berstruktur. 

 Ishikawa

Penemuan ini sangat berkaitan dengan PERNYATAAN MASALAH, dan OBJEKTIF KAJIAN. Dari penemuan ini, tuan kena tulis analisis yang rasional.

Nak tulis apa? Tuan boleh tanya AI apa nak tulis. Kemudian tuan tulis lah sendiri.

BAB 4; PERBINCANGAN DAN CADANGAN.

JANGAN menulis cadangan atau perkara yang tidak dibincang atau terfikir. Jangan sesekali mencadangkan perkara yang tidak relevan, seperti membuat ikan bakar dalam daun pisang semasa makan tengahri hanya kerana itu adalah kegemaran Panglima.

Saya tidak menggunakan borang soal selidik untuk bertanya tentang jantina, pangkat, setuju atau tidak. Semua itu tidak relevan dengan tugasan saya. Malangnya ramai orang suka buat nasi tambah yang tidak diperlukan. Jangan lupa, tugasan kita adalah untuk melaksanakan latihan menembak.

suka-suka tulis benda yang tidak pernah kita bincang atau fikir. Jangan tiba-tiba kita mencadang akan buat ikan bakar dalam daun pisang semasa makan tengahari sebab itu adalah kegemaran Panglima.

Saya langsung tidak guna borang soal selidek dan tanya jantina, pangkat apa, setuju atau tidak.... ini semua tiada kaitan dengan tugasan saya. Jangan lupa tugasan kita ialah untuk melaksanakan latihan menembak.

Persampelan. Saya memilih untuk mengambil sampel mungkin hanya lima orang; KSMJ, anggota setor, Pegawai Latih, dan sebagainya. Saya tidak perlu merujuk kepada Krejcie & Morgan (1970). Tidak perlu kelentong dengan mengatakan orang lain semua pergi operasi. Dalam metedologi kualitatif, jika jawapan daripada lima orang hampir sama, itu sudah mencukupi. Sebagai contoh, jika lima orang rasa  sup tulang yang saya masak dan semuanya kata sedap, itu sudah memadai. Saya tidak perlu mencari 250 orang untuk memberi pendapat. Jika gun ametodologi kuantitatif, kita wajib edar soal-selidik kepada lebih 200 orang.

Saya berhenti di sini dahulu.

7.10.24

SKM 2 SEKURITI: RONDA KESELAMATAN



1. Prepare for Patrol Duties (Persediaan Sebelum Rondaan)

Persiapan rondaan bermula dengan memastikan diri, peralatan dan maklumat rondaan berada dalam keadaan lengkap dan OK. Pengawal perlu memeriksa pakaian seragam, lampu suluh, telefon, baton, serta memastikan jam masa (clocking device) berfungsi dengan baik. Selain itu, memahami kawasan tugasan, laluan rondaan, titik clocking dan maklumat ancaman semasa amat penting. Taklimat daripada penyelia juga membantu memastikan setiap anggota tahu apa yang perlu diperhatikan semasa rondaan. Seterus pergi meronda...


2. Perform Security Patrol and Clocking (Melaksanakan Rondaan dan Clocking)

Rondaan mesti dibuat mengikut jadual, laluan dan masa yang telah ditetapkan. Pengawal perlu bergerak secara sistematik, peka terhadap perubahan keadaan persekitaran, serta memastikan semua titik clocking direkodkan tepat pada masa. Tujuan rondaan adalah memastikan keadaan “normal”, mengenal pasti gangguan awal, serta menunjukkan kehadiran keselamatan untuk menghalang ancaman. Semua pemerhatian luar biasa perlu direkod dan dimaklumkan segera. Dan semasa meronda......


3. Perform Physical Threat Assessment (Menilai Ancaman Fizikal)

Semasa rondaan, pengawal perlu menilai risiko atau ancaman fizikal seperti kerosakan pagar, pintu tidak berkunci, kehadiran individu mencurigakan, kebakaran kecil, tumpahan bahan berbahaya, atau sebarang tanda pencerobohan. Penilaian ancaman dilakukan secara pemerhatian, mendengar bunyi luar biasa, serta menganalisis sama ada keadaan tersebut boleh menjejaskan keselamatan premis. Setiap ancaman perlu dilaporkan kepada penyelia dengan segera.


4. Conduct Property Movement Inspection (Pemeriksaan Pergerakan Barang)

Pengawal perlu memeriksa barang atau aset yang keluar masuk premis mengikut prosedur syarikat. Pemeriksaan melibatkan semakan dokumen seperti gate pass, invoice, delivery order atau borang pemindahan barang. Pengawal memastikan barang yang dibawa keluar adalah sah, mencatat nombor pendaftaran lori atau kenderaan, serta memastikan tiada cubaan membawa keluar barang syarikat tanpa kebenaran. Semasa meronda....


5. Carry Out Security Surveillance (Melaksanakan Pengawasan Keselamatan)

Pengawasan keselamatan dilakukan melalui rondaan visual, kamera CCTV, atau pemerhatian jarak jauh. Pengawal perlu sentiasa berwaspada, mengenal pasti tingkah laku mencurigakan, serta memantau lokasi sensitif seperti stor, kawasan gelap, tempat letak kenderaan dan pintu keluar masuk. Pengawasan berterusan membantu mencegah kecurian, vandalisme dan pencerobohan. Dan akhir sekali....


6. Maintain Log Books and Security Incident Report (Menyelenggara Buku Log & Laporan Insiden)

Setiap pengawal wajib merekod semua aktiviti harian dalam buku log seperti masa rondaan, pemerhatian, lawatan penyelia, atau apa-apa kejadian luar biasa. Jika berlaku insiden seperti kemalangan, pencerobohan, kerosakan harta atau perbalahan, pengawal perlu menyediakan laporan insiden yang lengkap, tepat dan teratur. Laporan ini penting sebagai rekod rasmi, rujukan syarikat dan bukti jika berlaku siasatan.

✅ TUJUAN MERONDA. Ok abang-abang dan kakak-kakak pengawal semua, dengar sini sekejap. 

KITA MULAKAN perbincangan dengan sentuh perkara asas tentang rondaan keselamatan terlebih dahulu sebelum kita masuk ke topik dalam silibus NOSS bagi Sijil Kemahiran Msia  (SKM) Tahap 2, bidang sekuriti.

NOSS memberikan tumpuan kepada amalan praktikal pengawal keselamatan. Apa yang saya jelaskan di sini pula ialah asas teori yang menyokong kerja praktikal tersebut. Dua-duanya penting—ibarat kita belajar solat:
• Ada bahagian praktikal (pergerakan, bacaan), dan
• Ada bahagian teori (sejarah, hukum, maksud, dan kehadiran jiwa).
Gabungan kedua-dua ini membuatkan seseorang itu benar-benar faham, bukan sekadar ikut-ikutan.

Begitu juga dengan rondaan keselamatan.


Apa Sebenarnya Tujuan Rondaan? Ramai fikir rondaan bermaksud “pastikan kawasan selamat.” Kedengaran hebat, tetapi logiknya… bagaimana dua orang pengawal boleh jamin satu kawasan besar selamat 100%? Kalau betul begitu, memang layak masuk filem Mission Impossible.

Hakikatnya hanya satu tujuan utama rondaan: Untuk mengesahkan kawasan berada dalam keadaan NORMAL.
Normal = tiada benda pelik, tiada keadaan meragukan, tiada sesuatu yang “lain macam”.


Contoh Keadaan Yang Tidak Normal (Luar Biasa)

(Ini yang patut buat pengawal terus alert, bukan sambung main phone.)

Sampah bertaburan → Mungkin ada anjing liar atau babi hutan buat open house.

Titisan darah → Darah siapa? Baru ke lama? Ada kecemasan?

Motosikal terbiar luar pagar → Penceroboh? Pencuri? Atau dia sengaja parking nak elak sekatan polis / JPJ?

Lampu pejabat menyala lepas waktu kerja → Ada orang tertinggal? Ada staf buat kerja seorang diri tengah malam? Atau takut nak balik rumah? Risiko keselamatan!

Bila jumpa keadaan begini, SOP-nya mudah:  Lapor → Siasat → Tindak.


Pantang Wajib Ingat: Jangan jadi hero seorang diri. Sebelum buat apa-apa tindakan, lapor dulu kepada Bilik Kawalan atau Penyelia. Keselamatan diri tetap nombor satu.


Selepas Rondaan: Catat semua pemerhatian dalam buku rondaan - Ambil gambar jika perlu - Sediakan laporan ringkas dan jelas.

Dan tolong hentikan satu tabiat lama… Jangan tulis laporan macam ini:    ❌ “Semua baik.”

Mulai hari ini tulis:  ✔ “Tiada Laporan / All Normal.” Lebih jelas, lebih profesional.


Ingat, Pengawal Bukan Patung Hiasan

Meronda bukan sekadar berjalan sambil tengok pagar. Ia adalah tugas paling kritikal dalam keselamatan fizikal:

[1] berjalan, [2] memerhati, dan [3]  bertindak secara tepat.

WAKTU INI TUAN MESTI DAH BOSAN MEMBACA.... scrol kat bawah sekali dan klik

✅ TEKNIK MERONDA

Seterusnya kita lihat pula teknik meronda. Kaedah atau cara meronda bergantung kepada kawasan. Kita boleh: Jalan kaki, Berbasikal, bermotosikal atau menggunakan Kereta. ini baru medium meronda. 

Kemudian Ronda siang lain caranya… ronda malam lain pula. Cuaca hujan? banjir? anjing kejar? Itu semua masuk kategori ujian ketahanan mental.

Paling penting: Rondaan mesti ada tujuan, bukan pusing-pusing ambil angin.

Kalau naik motosikal 15 minit dah siap 1 kawasan besar… itu bukan rondaan,
itu “Tour de Malaysia.” Lagi gila; naik motor tiga orang!

Kalau kawasan luas, buat macam ini: Ronda sektor A dulu, Lepas itu sektor B, Kemudian sektor C.

Buat ikut kemampuan dan risiko, bukan ikut gaya. Dan pesan untuk ketua: Jangan bagi arahan yang kita sendiri tak sanggup buat. Kalau ketua suruh pengawal ronda 8 blok jalan kaki dalam sejam, kita boleh jawab: “Tuan, hamba ini pengawal… bukan pelari Sukma.” Laluan ronda pun berperanan juga. beza antara siang dan malam. Ringkasnya, jika bercakap pasal teknik meronda, ada byk perkara yang boleh dibincang.


✅ LALUAN & MASA RONDA

Laluan rondaan jangan sama setiap masa. Kadang: Setiap 1 jam, Kadang 45 minit dan Kadang 30 minit. Tujuannya mudah: Supaya orang yang berniat jahat tak boleh baca pergerakan kita. Kalau perompak boleh teka jadual kita, dia siap boleh buat jadual Google Calendar:

“12:45 AM — pengawal pergi kencing tepi stor. Masa terbaik untuk curi.”


✅ PERSIAPAN SEBELUM RONDA

Sebelum keluar meronda, perkara paling AFDAL ialah: ☑ Beri Taklimat, ☑ Menjelaskan Jadual rondaan, ☑ Buat Agihan tugas, dan ☑ utarakan SOP & Emergency procedure tertentu. 

elak jenis cakap: “Tak perlu taklimat lah, saya dah tahu kerja.” Biasanya yang cakap macam tu lah yang datang lambat, ambil walkie talkie, dan terus hilang dari radar. 

Taklimat penting supaya kita tahu apa yang akan dihadapi. Contoh: “Kawasan belakang dah mula banjir. Pastikan sedia hadapi sebarang kemungkinan dan guna laluan selamat.” Kalau dah tahu dari awal, bolehlah bawa selipar, lampu suluh, tali, walkie talkie yang ada bateri. 

Walkie talkie itu bukan hiasan. Kalau tak ON pun, baik bawa batu.


✅ PERALATAN MERONDA

Tak perlu jadi macam pasukan SWAT. bagi kawasan spt sebuah sekolah → wisel + lampu suluh pun cukup. Bagi  Kawasan industri → tambah PPE + walkie talkie

Yang tidak perluBom asap, Night vision google, peta, dan M16 (kecuali Tuan bekas komando, itu cerita lain). Apa yang penting adalah: Peralatan sesuai dengan tempat.


✅ MENYELIA (UNTUK PENYELIA)

Pengawal kalau tak diselia… licin macam belut, sembang macam lembu pun boleh terbang.

Cara menyelia berkesan: Penyelia ronda dengan seorang pengawal (bukan satu jabatan)

Kalau ramai, terus jadi: Kelab Gelak Ketawa Malaysia.

DOUBLE CHECK (Spot check): Datang ke lokasi buku rondaan, Boleh datang terang-terangan atau senyap-senyap macam ninja

Bukan untuk cari salah, Tapi untuk didik disiplin.


✅ TAKLIMAT BERTUGAS (CONTOH SEBENAR)

“Blok H ada kontraktor baiki penghawa dingin sampai tengah malam.
Pekerja 4 orang, lori 2 ton. Pastikan mereka tak merayau ke bangunan lain.
Aircond rosak tak boleh keluar tanpa dokumen pelupusan.”

Dalam bahasa mudah: Kita tahu siapa dalam kawasan, buat apa, guna apa, bawa apa keluar.


AKHIR KATA

Meronda bukan sekadar berjalan pegang lampu suluh. Ia melibatkan: pemerhatian, analisis ancaman, pencegahan, tindakan kecemasan, dan, rekod dan laporan.

Rondaan yang baik bukan tentang berapa jauh kita jalan,
tetapi apa yang kita nampak dan apa tindakan kita.


ULANGAN..
MENYELIA PENGAWAL Tugas penyelia: mengawal pengawal. Pengawal kalau tak diselia: licin macam belut & sembang macam lembu boleh terbang Tip menyelia: Penyelia sama-sama meronda dengan seorang pengawal... sambil memerhati, menegur dan mengajar. Tidak perlu ramai → sbb akan ada yg loyar buruk kelab gelak ketawa 

DOUBLE CHECK: Tampil di lokasi buku ronda Boleh terang-terangan atau senyap-senyap Tujuan: mendidik, bukan mencari salah Lebih banyak double-check → lebih berkualiti disiplin pengawal.

TAKLIMAT TUGAS (Contoh) Setiap kali masuk bertugas, Ketua wajib beri taklimat. Walaupun tiap hari meronda, taklimat tetap penting, sebab setiap hari ada perubahan. Contoh taklimat: “Di Blok H ada kontraktor baiki tandas & penghawa dingin. Empat pekerja, satu lori 2-tan. Pastikan mereka tidak merayau ke bangunan lain. Mereka baiki tiga unit aircond — pastikan tiada unit rosak dibawa keluar tanpa dokumen pelupusan Jabatan Harta.” Taklimat begini elak risiko kecurian, salah faham dan kecuaian. 

LAPORAN RONDA Semua di atas tu hanya teori dan praktikal jika pengawal cukup bilangan nya, kerja tiga syif, alat semua cukup, pengawal semua terlatih, kemudahan mantap, SOP terkini, penyelia keselamatan bukan kaki tuang atau kaki gebang, dan Pengurus Keselamatan tegas kpd semua peringkat. Dan jika Pengurus tegas tetapi pengurusan yang di atas tu pula beri masalah untuk buat kerja dgn baik, maka tak payahlah kita cerita pasal ronda atau pasal keselamatan. Sebenarnya ini sedang berlaku di mana-mana termasuk negara kita juga! 

Berbalik kpd SKM Tahap Dua, bab MERONDA. SECURITY PATROLLING meliputi perkara berikut:
 
Prepare for patrol duties - Perform security patrol and clocking - Perform physical threat assessment  - Conduct property movement inspection - Carry out security surveillance - Maintain log books and security incident report 

Di atas ni ialah 'silibus' yg di gariskan di dalam NOSS. Bagaimanapun, apa yg saya telah tulis di awal tadi sudah di terangkan beberapa perkara tentang tajuk2 kecil di atas. Dalam BM...
  • persediaan
  • pelaksanaan
  • membuat penilaian ancaman fizikal
  • memeriksa aset sykt
  • pengawasan keselamatan, dan
  • kemaskini buku log dan laporan kejadian

Prepare for patrol duties . ini bermaksud persiapan untuk tugas ronda. di sini hal pertama ialah terima taklimat. kemudian di sini kita perlu tanya semua perkara yang ditaklimatkan. Sebagai panduan.. ronda di mana, jadual, sorang diri atau berpasangan, ada arahan khas jika ada, peralatan, tindakan jika berlaku apa2 saja, peralatan dll 
1.1 tugas2 semasa ronda, laluan dan tuagsan 
1.2 laluan sebenar diputuskan, dan kekerapan rondaan 
1.3 ambil peralatan dan periksa 
1.4 kenalpasti laluan kecemasan 
1.5 periksa kenderaan (jika disediakan) 

perform security patrol & clocking 
2.1 melaksana ronda dan clocking (ini bergantung kpd apa yg disediakan) 
2.2 utamakan keselamatan diri 
2.3 keselamatan orang lain 
2.4 membunyi penggera (alarm) atau tindak jika penggera berbunyi 
2.5 menggunkana walkie talkie (jika ada) 

ikut panduan syarikat aspek utama ronda keselamatan. Ramai tidak sedar bahawa meronda adalah puncak atas segala puncak tugas keselamatan bagi seorang pengawal keselamatan. di dalamnya ada berbagai kemahiran dan pengetahuan yang seorang pengawal perlu ada. Ini termasuk juga tindakan jika terlihat kebakaran, menyelamatkan mangsa, atau menghadapi penjenayah. 

Berpandukan NOSS ronda keselamatan fizikal meliputi perkara-perkara berikut. TETAPI saya ingin ingatkan bahawa terdapat unsur tersembunyi seperti teori keselamatan, prinsip keselamatan, integriti, dasar syarikat, teori kriminologi, teori kempimpinan, pentadbiran dan pengurusan.  

PELAKSANAAN MERONDA 
MENILAI ANCAMAN KESELAMATAN ATAU ANCAMAN LAIN 
PEMERIKSAAN ATAU PENYIASATAN PEMERIKSAAN ASET SYARIKAT ATAU ASET INDIVIDU 
PELAKSANAAN PENGAWASAN 
MEMBUAT CATATAN / LAPORAN

Yg warna kuning itu maksudnya ialah MELAKSANAKAN PENILAIAN ANCAMAN FIZIKAL
-bukan bermakna secara fizikal, tetapi dlm bentuk fizikal spt boleh berlaku kebakaran besar (sampah di bakar tepi bangunan) atau pd musim panas, rumput tepi jalan utama  terbakar), kecurian (barang bernilai di luar pejabat), sabotaj (motorsikal bos terbiar) dan lain-lain. Atau sesuatu ancaman yg boleh dilihat, bukan perkara ghaib yg kita tak boleh lihat. spt ancaman jatuh cinta... kita tak boleh lihat.
-dgn melihat keadaan sekeliling tuan boleh agak apakah ancaman keselamatan yang boleh berlaku. ini semua bergantung kpd pengalaman, pembacaan, dengar cerita orang, dan sensitiviti atau komitmen serta sifat peribadi tuan. 

carry out security surveillance
- melaksanakan pengawasan. lihat pekerja atau individu yang mencurigakan; terus tanya. "encik dah kahwin ke belum". haaa jgn buat lawak yer wahai tuan puan semua.


Maintain log books and security incident report
mudahnya pengawal wajib mengisi laporan ronda di dalam buku log yang disediakan, dan membuat laporan khusus atas kejadian tertentu..

Sila klik sini untuk bacaan lanjut:  RONDA SEBENAR tanpa merujuk kpd NOSS


28.9.24

SEKURITI MAJLIS RASMI

LATIHAN BERKUMPULAN

📌 Tugasan Kumpulan

• Kumpulan minimum 5 orang, maksimum 6 orang
• Sediakan slide PowerPoint
• Hantar & kongsi dalam Classroom
• Sertakan senarai nama penuh ahli kumpulan
• Persembahan di kelas: 2 Oktober 2027


📌 ISU / SENARIO TUGASAN

Majlis perasmian ladang ternakan ayam dan pusat latihan organisasi anda akan diadakan di perkarangan masjid UMS, bersama pameran ternakan (ayam, itik, puyuh) dan khemah promosi pusat latihan.

Program ini adalah kerjasama antara: organisasi anda, UMS, & jabatan kerajaan berkaitan

Pada hari perasmian, pihak anda hanya perlu menyediakan:
Kawalan keselamatan
Kawalan trafik
Dengan kerjasama: • Keselamatan UMS • PDRM • RELA

Butiran acara:
• VIP: Ketua Menteri (tiba 10.00 pagi)
• Tetamu khas: 65 orang
• Tetamu biasa: ± 100 orang
• Jangkaan kenderaan: ± 85 buah
• Masa acara: 10.00 pagi – selepas makan tengah hari
• Persiapan lokasi: 3 hari (khemah + pameran)

Tugasan anda:
👉 Cadangkan pelan keselamatan & pelan kawalan trafik yang lengkap, praktikal, dan logik

Hantar sebelum 6.30 pagi, 2 Oktober 2024.


📌 PENGENALAN — REALITI DUNIA SEKURITI

Dalam banyak majlis rasmi, pihak sekuriti selalunya orang terakhir dijemput.
Kadang-kadangtidak dipanggil langsung, tiba-tiba dapat surat:
“Harap sediakan kawalan keselamatan.”

Tapi…
• laluan masuk tak tahu
• parking tak cukup
• VIP berapa orang tak pasti
• tetamu datang jam berapa pun tidak dimaklumkan

Inilah realiti, dan inilah UJIAN kepada orang sekuriti.

Oleh itu sektor keselamatan perlu ada SOP, panduan & keberanian bertanya, bukan sekadar ikut cakap orang.
Apa-apa rancangan mesti dapat kelulusan pengurusan.


📌 GARIS PANDUAN UTAMA KAWALAN MAJLIS

1️⃣ Faham Program Dari Awal Sampai Tamat

Sekuriti perlu tahu keseluruhan perjalanan majlis:
• tinjauan lokasi                    • raptai                        • persiapan                            
• hari sebenar                        • selepas majlis
Setiap langkah ada elemen keselamatan. Jadi pengawal kena “menyibuk” secara profesional — hadir mesyuarat, dengar, dan ambil maklumat.


2️⃣ Sekuriti Tak Jaga “Selamat” Saja – Kadang Jaga Moral & Kekemasan

Adakalanya bendera negeri tersalah susun, papan tanda salah tempat, tempat duduk VIP  mengelirukan — semua orang tengok dan tuding jari telunjuk kpd sekuriti.

Walaupun bukan tugas rasmi, pengawal perlu membantu agar majlis nampak teratur.


3️⃣ Pemilihan Anggota Bertugas & Latihan

• Depan sekali → pilih anggota yang kemas, tinggi, berdisiplin & mesra
• Latihan mesti ada, khususnya:
– cara guna walkie-talkie
– SOP kawalan VIP
– etika menyambut tetamu
Pada hari sebenar, komunikasi mesti profesional, bukan “halo… halo… test test…”


4️⃣ Rancang Aturgerak Sekuriti

Teliti jadual majlis, kemudian tentukan:
• siapa bertugas di laluan masuk
• siapa di tempat parkir
• siapa sambut VIP
• jam berapa semua perlu berada di pos
• sesi pemeriksaan pakaian & peralatan
• waktu sarapan / rehat

Contoh:
Setiap simpang ada anggota, Dewan Utama ada anggota, jalan masuk ada anggota.
Bila VIP sudah duduk dalam dewan → di mana anggota simpang perlu berada?
Jangan sampai kawasan parkir terabai.


5️⃣ Aturgerak Mengikut Fasa

Setiap fasa berbeza:
• Pra-majlis
• Ketibaan VIP
• Majlis berlangsung
• Makan tengah hari
• VIP beredar
• Tamat acara

Setiap fasa perlu: 
• bilangan anggota yg berbeza,       • peralatan berbeza
• kekuatan berbeza, &                     • posisi berbeza


6️⃣ Logistik Sangat Penting

Napoleon kata, “Tentera bergerak atas perut.”
Maksudnya → makan & keperluan asas mesti dijaga.

Perlu rancang:
• makanan & minuman
• tandas
• tempat rehat
• walkie-talkie & bateri
• kenderaan rondaan
• payung / poncho
• elaun (jika ada… lagi semangat)

Jika logistik gagal → operasi pasti kacau.

Majlis rasmi tidak boleh dikawal sambil lewa. Dengan perancangan yang kemas, aturgerak yang jelas, disiplin yang tinggi, dan SOP yang betul, barulah acara berjalan licin tanpa insiden.

SELAMAT MERANCANG & BERTUGAS.