Maksud "dipermudahkan" di sini adalah untuk memudahkan pemahaman. Setelah faham, barulah proses penyediaannya menjadi lebih mudah.
PERTAMA mohon maaf, saya cenderung kepada metodologi kualitatif kerana itulah cara yang kita gunakan setiap hari semasa bekerja. Apa maksud kualitatif?
Katalah tuan di beri tugasan yang tuan tidak pernah lakukan, iaitu untuk melaksanakan latihan menembak di lapang sasar. Tuan puan boleh tanya orang yang pernah menguruskan latihan menembak tentang bagaimana cara untuk melaksanakan latihan tersebut dengan lebih baik. Kemudian, tuan berbincang dengan AJK yang telah dilantik. Tuan bertanya tentang masalah yang sering berlaku, bagaimana cara untuk mengelakkan masalah tersebut, serta prosedur terbaik yang perlu dikuti. Tuan juga boleh bertanya pelbagai perkara lagi.
Bertanya, berbincang, dan melakukan lawatan tapak adalah semua aktiviti yang tergolong dalam metodologi kualitatif.
Apa masalah yang biasa berlaku semasa melaksanakan latihan menembak?
- Masalah logistik (contohnya alat tidak mencukupi, kenderaan lewat tiba, tau kenderaan rosak).
- Masalah papan tanda.
- Masalah makanan yang tidak mencukupi.
- Masalah dalam penyusunan aturcara atau giliran menembak serta kumpulan menembak.
Semua ini boleh diceritakan dalam bahagian PERNYATAAN MASALAH, tetapi secara am sahaja, kerana kita akan tulis dengan terperinci di Bab 3 nanti. JANGAN perinci di Bab 1, bimbang PPL akan tegur; "Apa nih? Belum mula kajian kamu sudah tahu segala masalah dengan mendalam. Apa barang kamu mahu buat temuduga, bagai"
Saya hanya ingin memberikan sedikit sahaja maklumat di sini kerana saya bimbang ada yang beranggapan bahawa untuk menghasilkan LPKT itu mudah! Sebenarnya mudah jika boleh tulis dengan tersusun.
Semasa perbincangan pada 9 Nov 2024 di Google Meet (terima kasih Lt Col Dr Siti dan En Dodi serta semua sekali), ada rakan yang bertanya tentang perenggan Pendahuluan atau Pengenalan di Bab 1. Apa yang perlu ditulis di situ? Berdasarkan slide JPK 2024, saya perhatikan di Bab 1, tiada perenggan Latar Belakang. Oleh itu saya menganggap perenggan Pendahulan atau Pengenalan perlu memuatkan latar belakang mengenai latihan menembak.
Terdapat juga pertanyaan mengenai Limitasi dan Skop. Berdasarkan slide yang saya lihat, perenggan Limitasi tiada. Skop pula merujuk kepada tempat kajian dijalankan. Pada saya, kajian ini mungkin dilakukan di kem atau di Padang Sasar (Rifle Range).
BAB 3 PENEMUAN DAN ANALISIS
Apabila tuan bertanya kepada orang yang berpengalaman, mereka akan menceritakan pelbagai masalah yang biasa berlaku.Tuan boleh menyenaraikan masalah-masalah ini dalam bentuk rajah, kotak-kotak, bulat-bulat, atau jadual atau senarai biasa saja.
PENTING! Tuan sudah bertanya tentang masalah semasa latihan menembak bukan? OK, kembali kepada beberapa OBJEKTIF KAJIAN, salah satu objektif tuan adalah: 1. Mengenal pasti masalah-masalah yang sering berlaku semasa melaksanakan latihan menembak.
Perasan tak bahwa salah satu Objektif Kajian di Bab 1 telah terjawab di Bab 3. Ini baru canggih!
Maaf sekali lagi, saya melompat dari satu bab ke bab lain tanpa fokus kepada urutan dalam penyediaan LPKT. Isunya di sini adalah, jika saya ikut turutan bab, tuan tuan akan sukar untuk memahami atau menulis dengan memastikan ada kaitan antara setiap Bab.
Pendekatan saya adalah memberi gambaran secara am terlebih dahulu.
Apa yang saya telah bentangkan di atas adalah kaitkan antara PERNYATAAN MASALAH di Bab 1, Objektif Kajian, dan Penemuan di Bab 3. Jika tuan perhati di sebalik itu, perenggan Cadangan di Bab 4 pun sudah terselit bersama.
Memang sukar dan mengelirukan untuk tuan fahami kerana saya menceritakan proses sediakan LPKT cara penulisan. Tetapi jika kita dapat berjumpa dalam Google Meet, akan lebih mudah untuk difahami.
Rajah di bawah ini adalah salah satu penemuan kajian kita.
Ini adalah cara kita tulis penemuan pertama, iaitu masalah semasa merancang dan melaksanakan latihan menembak. Saya akan papar rajah ini di Bab 3. Panduan LPKT JPK memberi kebebasan untuk menggunakan sebarang rajah. Jika tuan memilih untuk menggunakan pendekatan brain-storming melaui melalui konsep tulang ikan, itu tidak mengapa. Yang penting adalah penemuan yang diperlohi daripada sesi brainstorming tersebut. Sebenarnya, Ishikawa adalah salah satu pendekatan mengenal pasti 'cause and effect' (punca dan kesan) sesuatu masalah dan, dan ishikawa itu ialah satu konsep focus group yang telah diuabhsuai.
Di dalam garis panduan JPK, metodologi kajian yang dianjurkan, sama ada kuantitatif atau kualitatif sahaja. Kuantitatif guna soal selidik manakala kualitatif guna temuduga yang tidak berstruktur.
Ishikawa
Penemuan ini sangat berkaitan dengan PERNYATAAN MASALAH, dan OBJEKTIF KAJIAN. Dari penemuan ini, tuan kena tulis analisis yang rasional.
Nak tulis apa? Tuan boleh tanya AI apa nak tulis. Kemudian tuan tulis lah sendiri.
BAB 4; PERBINCANGAN DAN CADANGAN.
JANGAN menulis cadangan atau perkara yang tidak dibincang atau terfikir. Jangan sesekali mencadangkan perkara yang tidak relevan, seperti membuat ikan bakar dalam daun pisang semasa makan tengahri hanya kerana itu adalah kegemaran Panglima.
Saya tidak menggunakan borang soal selidik untuk bertanya tentang jantina, pangkat, setuju atau tidak. Semua itu tidak relevan dengan tugasan saya. Malangnya ramai orang suka buat nasi tambah yang tidak diperlukan. Jangan lupa, tugasan kita adalah untuk melaksanakan latihan menembak.
suka-suka tulis benda yang tidak pernah kita bincang atau fikir. Jangan tiba-tiba kita mencadang akan buat ikan bakar dalam daun pisang semasa makan tengahari sebab itu adalah kegemaran Panglima.
Saya langsung tidak guna borang soal selidek dan tanya jantina, pangkat apa, setuju atau tidak.... ini semua tiada kaitan dengan tugasan saya. Jangan lupa tugasan kita ialah untuk melaksanakan latihan menembak.
Persampelan. Saya memilih untuk mengambil sampel mungkin hanya lima orang; KSMJ, anggota setor, Pegawai Latih, dan sebagainya. Saya tidak perlu merujuk kepada Krejcie & Morgan (1970). Tidak perlu kelentong dengan mengatakan orang lain semua pergi operasi. Dalam metedologi kualitatif, jika jawapan daripada lima orang hampir sama, itu sudah mencukupi. Sebagai contoh, jika lima orang rasa sup tulang yang saya masak dan semuanya kata sedap, itu sudah memadai. Saya tidak perlu mencari 250 orang untuk memberi pendapat. Jika gun ametodologi kuantitatif, kita wajib edar soal-selidik kepada lebih 200 orang.
Saya berhenti di sini dahulu.