18.12.16
Keselamatan Perlindungan Diri [nyawa]
1.11.16
MEMILIH PEMIMPIN POLITIK MATANG
Memperkukuh Akauntabiliti Politik dan Kesederhanaan Wacana Awam
Salah satu kebimbangan paling ketara dalam landskap semasa ialah kemerosotan kematangan wacana politik. Kenyataan yang tidak ditapis, emosi, dan bersifat menghasut sering disampaikan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang terhadap keharmonian masyarakat. Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah negara ini dibina atas kepelbagaian kaum, agama, dan budaya, dan kestabilannya hanya dapat dipelihara melalui kehidupan bersama yang aman dan saling menghormati. Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan yang dibiarkan tanpa kawalan berisiko membawa kepada konflik sosial yang merugikan semua pihak. Dalam masa yang sama, negara ini memiliki ramai profesional dan cendekiawan yang berkeupayaan memberi pandangan rasional dan seimbang, namun ruang mereka sering terbatas oleh suasana politik yang menghukum, berdendam, dan tidak meraikan perbezaan pendapat. Justeru, kebijaksanaan kolektif golongan yang matang wajar dimanfaatkan demi kepentingan negara, agar keputusan dan wacana awam dipandu oleh akal budi, bukan emosi sesaat.
Dalam konteks demokrasi berparlimen, kepimpinan politik bukan sekadar soal kuasa, tetapi merupakan satu bentuk amanah awam yang diberikan secara sementara oleh rakyat. Oleh itu, setiap keistimewaan, ganjaran, dan perlindungan yang dinikmati oleh ahli politik wajar sentiasa dinilai berdasarkan prinsip keadilan, akauntabiliti, dan kepentingan negara. Apabila jurang antara janji dan pelaksanaan semakin melebar, keresahan rakyat menjadi suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan.
Salah satu isu yang sering dibangkitkan dalam wacana awam ialah keperluan menilai semula pencen dan ganjaran pasca-perkhidmatan ahli politik. Cadangan ini tidak harus ditafsirkan sebagai usaha menghukum secara peribadi, sebaliknya sebagai langkah pembaharuan sistemik untuk menegaskan bahawa jawatan politik adalah mandat berasaskan khidmat dan prestasi. Dalam kerangka ini, sebarang ganjaran selepas perkhidmatan wajar dikaitkan dengan sumbangan sebenar, tempoh perkhidmatan, serta pematuhan terhadap etika dan integriti.
Lebih penting daripada soal ganjaran ialah mekanisme memastikan janji politik dipantau secara berstruktur. Janji yang dibuat kepada rakyat seharusnya direkodkan, dinilai, dan dilaporkan secara berkala melalui saluran institusi yang telus. Pendekatan ini bukan bertujuan mewujudkan budaya menghukum, tetapi untuk memupuk budaya tanggungjawab. Apabila pemimpin sedar bahawa tindakan mereka tertakluk kepada penilaian awam yang berterusan, tahap disiplin dalam merangka dan melaksanakan dasar akan menjadi lebih kukuh.
Kepimpinan yang berwawasan juga menuntut keterbukaan dalam komunikasi. Rakyat bukan sahaja berhak mengetahui keputusan yang diambil, tetapi juga rasional di sebaliknya, khususnya apabila melibatkan isu sensitif seperti dasar kependudukan, tenaga kerja asing, dan keselamatan sosial. Penjelasan yang jujur dan berfakta dapat mengurangkan salah faham serta mengelakkan kebimbangan awam daripada berkembang menjadi ketidakpercayaan yang berpanjangan.
Namun demikian, semua perbincangan ini perlu dipandu oleh kesederhanaan wacana. Dalam masyarakat majmuk, bahasa yang melampau berpotensi mencetuskan reaksi berantai, di mana satu kenyataan boleh mengundang kenyataan balas yang lebih keras. Kesederhanaan dalam berucap bukan bermakna menafikan kritikan, tetapi memastikan kritikan disampaikan secara bertanggungjawab, berfokus kepada dasar dan sistem, serta tidak menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
Kesimpulannya, pembinaan semula kepercayaan rakyat terhadap sistem politik memerlukan gabungan antara pembaharuan institusi dan kematangan wacana awam. Negara ini tidak kekurangan kepakaran dan kebijaksanaan, tetapi memerlukan keberanian untuk mendengar suara yang rasional dan sederhana. Dengan memanfaatkan kebijaksanaan golongan yang matang serta mengamalkan bahasa yang beretika, kebimbangan rakyat dapat diterjemahkan menjadi pembaikan yang membina, demi kestabilan dan masa depan negara yang lebih harmoni.
22.10.16
Kebolehan Pengawal Keselamatan Security guard out dances mascot
2.10.16
BEZA PENGAWAL SENDIRI ATAU SWASTA
kesan paling negatif, jika gabungan antara pengawal sendiri dan swasta, maka pengawal sendiri akan jadi 'lemak', berlagak, riak dan ego. Mereka akan melepak dan apa-apa kerja semua serah kepada pengawal swasta. Mudah jer, asing mereka ini mengikut KTJ [kawasan tanggung jawab] masing-masing.
Selepas pengawal swasta sudah ada KTJ sendiri, pegawai atau penyelia langsung tidak mahu pergi melawat jika ada apa-apa masalah.
Masalah/kelemahan pengawal swasta. kurang disiplin, terlalu muda atau terlalu tua, tidak terlatih, kurang sikap yg diharapkan, tidak kisah, tidak komited.
Jika ada kecemasan, kemalangan, bencana, ada VIP dll, mereka bukan tidak kisah, tetapi tidak tahu apa nak buat. Sykt spt Freescale, tuntut supaya pengawal swasta dan pegawainya sama-sama terlibat dlm latihan kecemasan dll.
Bagi masalah gaji, ada sykt tetapkan jika yuran spt itu, gaji pengawal mesti ada minimanya. Jika gaji lambat, pelanggan akan bayar terus kpd pengawal dan akan kenakan penalti kpd sykt keselamatan.
Jadinya, saya nak kongsi.....masalah pengawal swasta semua bergantung kpd kita yg menggunakan khidmat mereka. Nak OK atau tak OK, semua bergantung kpd kita.
Kita kena tetapkan syarat dan perjanjian yg lengkap. Mcm mana pun, kita kena sentiasa memantau. Jangan jadi spt setengah kakitangan hari ini, tidak bertanggungjawab dan tiada akauntabiliti. Jika berlaku apa-apa, mereka lepas tangan.
Sudah serah tugas, terus balik tidur. Langsung tiada usaha untuk buat pemeriksaan mengejut spt pegawai kjaan zaman dulu.
Bebel pulak saya ni... tapi mohon maaf, inilah hakikatnya kenapa kakitangan kjaan dan swasta hari ini lemah.
13.3.16
Masa Depan Keselamatan: pandangan seorang ahli perniagaan
PANDANGAN SAYA .....
ada kenyataan ahli perniagaan ini, saya sendiri tidak setuju. tapi itu pandangan beliau yg saya ingin kongsi.
saya hairan mengapa isu ini tidak diambil berat oleh menteri-menteri kita.
kot mana pun, JKKK, JKKN, setiausaha2, ketua2 pengarah, kena 'nasihat' bapak2 menteri kita dgn penuh 'lemah lembut' agar ia dapat diterima. periuk nasi diri sendiri dan anak bini nak kena jaga juga...
9.2.16
Keselamatan Perlindungan Pejabat
Tapi secara kasarnya atau maknanya; kawasan, bangunan, maklumat dan nyawa perlukan perlindungan. Jadi tepatnya kita sebut keselamatan perlindungan.
Kita perlukan keselamatan perlindungan semasa berada di luar negara, contohnya. Prosedurnya bagaimana? Kena maklum kedutaan segala maklumat diri kita, kena ada wang secukupnya, boleh dihubungi dan boleh menghubungi, tahu prosedur selamatkan diri jika ada bencana dan tahu siapa yang hendak dihubungi.
Maka keselamatan perlindungan ialah prosedur atau SOP atau langkah-langkah berjaga-jaga atau mewujudkan rancangan kontingensi bagi setiap kejadian, dan langkah-langkah untuk elakkan kejadan yang berisiko....
Penceramah bukan saja menyampaikan, beliau mempunyai peranan yg lebih besar. Beliaua perlu faham konsep ASK [attitude, skill, knowledge] terlebih dulu. Seorang pemimpin pernah berkata; baca khutbah dengan sampaikan khutbah itu tidak sama.
Kesimpulannya, kajilah dulu target audience kita, matlamat yg terdekat dan 'long term objective' kita. Pihak keselamatan dan ketua jabatan turut juga mempunyai hidden agenda. Kita seperti dalam senario perang; 'every move is a calculated move'.
Sebagai penutup; keselamatan perlindungan bukan hanya menghalang soalan UPSR dari bocor, ia lebih dari itu.
27.1.16
Pengganas di Malaysia
If you read what Dr Anat Berko mentioned about girls lured into terrorist group, I think she is trying to tell the world about Muslim women and family in general. She is trying to belittle Muslim family institutions. And she also missed to mention that by definition, Israel and she herself are considered terrorist. However she became a terrorist because of a very effective propaganda by the Israel govt and the western media.
The double std act of US UK and Israel, is in fact the biggest act of propaganda that drive people to join any terrorist group around the world. In a nutshell, your extensive propaganda is counter productive and you need to review them.
Because no matter how much you belittle them, they are already hard core supporters of anti US Israel and UK.
1.1.16
Tugas dan Tanggungjawab Polis Bantuan

PB adalah seorang polis dan juga pengawal keselamatan. Sekali bos besar suruh PB pergi buat siasatan, kita sudah rasa tidak selesa. Kena pulak iring kenderaan yg bawa duit ke bank, barulah kita terfikir risikonya. Ini belum lagi kalau kena berhadapan pembesar luar negara di airport, pelancung yg biadap, atau pemberi rasuah di pelabuhan. Asasnya ialah kurang latihan, staf dan peralatan.
Bab penyiasatan, kes kecil lah yg lebih gabra. Kalau tak boleh selesai macam mana? Staf kita pulak bukannya terlatih. Yg ada pun... banyak yang kaki klentong
Segelintir PB faham bahawa tugas mereka hanya ronda, bit dan kawalan statik. Kita mohon baca seterusnya...dalam sejarah penubuhan PB di google dan definasi PB.

Maksudnya amat jelas. 'membolehkan pengawal-pengawal keselamatan'....ini bermakna PB adalah pengawal keselamatan dan masih seorang pengawal keselamatan, cuma mereka ada kuasa polis di tempat mereka bertugas...itu saja.
Ringkasnya, tugas hakiki dan bukan hakiki mereka tidak berubah. Selepas jadi PB, tugas dan tanggungjawab mereka mungkin bertambah banyak dan bertambah berat. Dalam Akta Polis jelas...mengambil tindakan yang sewajarnya...Ini bermakna jika ada kemalangan di jalan raya, anda tidak boleh teruskan perjalanan sambil buat-buat tidak nampak.
Adakah tambah kerja dan tanggungjawab, akan tambah gaji? Itu jangan tanya saya.
Kesimpulannya, dalam bab ini, tugas PB termasuk juga semua yang diarahkan oleh majikan. Semua! 24 jam sehari...
Apa baiknya PB ini? Banyak. PB adalah pakar di kawasan mereka bertugas. Di pelabuhan lain, di lapangan terbang lain, di kampus lain, di ladang pun lain. Jika anggota PB serius, mereka boleh jadi pakar rujuk dalam semua aspek keselamatan....mereka akan dihormati!
PB adalah orang depan. Orang pertama yg pelawat jumpa. Inilah sebenarnya konsep rakyat didahulukan. Kalau nak kena marah, PB lah yg akan didahulukan! he he he ..gurau jer.
Orang pertama ini baiknya ialah, berpeluang besar untuk berlakun depan si polan dan si polanis. [yg manis]. Hormat sikit, sopan sikit, sikap sikit....cairlah si polan itu dengan kamu. Lepas 2 bulan, jumpa si polan dan mohon untuk tukar ke kg...insyaAllah kalau betul caranya..
Tapi ada isu lain kat sini. Tak kan kita boleh ronda kawasan yg ada aircond sampai bila-bila. Bersedialah untuk digilirkan ke tempat lain pulak. Biar la sama-sama masak!
Jimat duit dan laksanakan kursus sendiri. Jika perlu e book ini, wassap terus kepada saya.
Klik sini untuk Pertanyaan atau Cadangan
Sila baca artikel ini: Mengapa Pengawal Perlu Dihormati Bagaimana Bos & Penyelia Menilai Kita?
Panduan Pasang CCTV
Ada banyak info menarik yang kita perlu tahu. Klik sini.. Tahukah Anda






.jpg)






