Baru baru ini dalam perbincangan hal kerja dengan seorang ahli perniagaan beliau terlepas cakap tentang pandangannya....
satu hari nanti, semua pengawal terdiri dari rakyat asing. tidak kira di mana pun. orang msia tak mahu kerja ini....saya pun tak mahu anak saya kerja ini
apa guna buat macam2 latihan untuk pengawal [maksudnya untuk pengawal tempatan sedia ada]
dalam masa 15 tahun lagi, penduduk Bangla di msia akan berada di mana2. Sekarang mereka sudah mula ambil tempat2 yg dulunya dikawal oleh orang Indonesia. Orang Bangla pandai, mereka kawin dengan perempuan Melayu, kemudian dpt jadi rakyat Msia. saya tidak tahu berapa juta orang asing sudah ada di Msia. Thailand, Indonesia, Filipina dan Spore tak ada pun masalah ini? Apa sudah jadi dengan negara kita?
saya tahu sudah 3 orang Bangla dapat Dato' Sri. Salah sorang di Cameron Highlands
SEMUA DI ATAS ialah kata2 ahli perniagaan ini kpd saya
PANDANGAN SAYA .....
Kita tidak heran dengan pandangan pemerhatian ini kerana PATI berada di setiap cerok. BEBAS bergerak. Siapa kita untuk bertindak jika langsung tiada kuasa dan sebaliknya memberi risiko cedera atau mati. Saya hairan dengan ADUN dan penyokong tegar mereka dan pihak yang bertanggungjawab [JKKK, JKKN, polis, tentera, imigresen dan kakitangan kjaan lain]. [1] Mengapa keselamatan pejabat kjaan dan/atau premis dikawal oleh bukan rakyat Malaysia? Bukankah ini satu ancaman yg amat serius? ini tidak termasuk cleaner yg bebas keluar masuk semua pejabat kjaan yg amat 'terkawal'!
[2] Mengapa tidak dikenal pasti, industri tertentu mesti dikawal oleh pengawal rakyat Msia yg betul2 terlatih dan diberi gaji yang setimpal
[3] Adakah rancangan jangka panjang dlm segi peratusan, berapa peratus Nepalese [dan negarawan lain] berbanding rakyat msia?
Hanya menteri-menteri yg boleh jawab kerana mereka yang merancang segalanya untuk masa depan negara dan masa depan anak cucu kita....
ada kenyataan ahli perniagaan ini, saya sendiri tidak setuju. tapi itu pandangan beliau yg saya ingin kongsi.
saya hairan mengapa isu ini tidak diambil berat oleh menteri-menteri kita.
kot mana pun, JKKK, JKKN, setiausaha2, ketua2 pengarah, kena 'nasihat' bapak2 menteri kita dgn penuh 'lemah lembut' agar ia dapat diterima. periuk nasi diri sendiri dan anak bini nak kena jaga juga...