1.1.16

Tugas dan Tanggungjawab Polis Bantuan

Sebenarnya tugas dan tanggung jawab PB sangatlah besar dan berat. Pasukan Polis Msia lengkap segalanya. Setengah PB, walkie talkie pun tak cukup. Apa lagi dengan tiada peruntukan bajet kursus dll.

PB adalah seorang polis dan juga pengawal keselamatan. Sekali bos besar suruh PB pergi buat siasatan, kita sudah rasa tidak selesa. Kena pulak iring kenderaan yg bawa duit ke bank, barulah kita terfikir risikonya. Ini belum lagi kalau kena berhadapan pembesar luar negara di airport, pelancung yg biadap, atau pemberi rasuah di pelabuhan. Asasnya ialah kurang latihan, staf dan peralatan.


Bab penyiasatan, kes kecil lah yg lebih gabra. Kalau tak boleh selesai macam mana? Staf kita pulak bukannya terlatih. Yg ada pun... banyak yang kaki klentong 


Segelintir PB faham bahawa tugas mereka hanya ronda, bit dan kawalan statik. Kita mohon baca seterusnya...dalam sejarah penubuhan PB di google dan definasi PB.

Tugas PB luas, lebih luas dari meronda dan mengawal. Masalah setengah kawan kita [segelintir], bila bab hak hak dia, dia tahu pulak. Bila bab hak majikan ke atas pekerja, dia buat buat tidak faham, kemudian cuba nak lawan.

Jika kita lihat objektif penubuhan PB, maka konsep tugas mereka lagi besar!  


"Membolehkan pengawal - pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan – Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan".


Maksudnya amat jelas. 'membolehkan pengawal-pengawal keselamatan'....ini bermakna PB adalah pengawal keselamatan dan masih seorang pengawal keselamatan, cuma mereka ada kuasa polis di tempat mereka bertugas...itu saja.


Ringkasnya, tugas hakiki dan bukan hakiki mereka tidak berubah. Selepas jadi PB, tugas dan tanggungjawab mereka mungkin bertambah banyak dan bertambah berat. Dalam Akta Polis jelas...mengambil tindakan yang sewajarnya...Ini bermakna jika ada kemalangan di jalan raya, anda tidak boleh teruskan perjalanan sambil buat-buat tidak nampak.


Adakah tambah kerja dan tanggungjawab, akan tambah gaji? Itu jangan tanya saya.


Kesimpulannya, dalam bab ini, tugas PB termasuk juga semua yang diarahkan oleh majikan. Semua! 24 jam sehari...


Apa baiknya PB ini? Banyak. PB adalah pakar di kawasan mereka bertugas. Di pelabuhan lain, di lapangan terbang lain, di kampus lain, di ladang pun lain. Jika anggota PB serius, mereka boleh jadi pakar rujuk dalam semua aspek keselamatan....mereka akan dihormati!


PB adalah orang depan. Orang pertama yg pelawat jumpa. Inilah sebenarnya konsep rakyat didahulukan. Kalau nak kena marah, PB lah yg akan didahulukan! he he he ..gurau jer.


Orang pertama ini baiknya ialah, berpeluang besar untuk berlakun depan si polan dan si polanis. [yg manis]. Hormat sikit, sopan sikit, sikap sikit....cairlah si polan itu dengan kamu. Lepas 2 bulan, jumpa si polan dan mohon untuk tukar ke kg...insyaAllah kalau betul caranya..

selamat bertugas!


Ronda Bit? dalam bahasa inggeris, beat patrol. Kalau ikut dlm kamus ronda mengikut jadual di kawasan yg telah ditetapkan. Ronda bit ini antara lain bertujuan supaya anggota keselamatan [polis] dpt mengenali komuniti dan individu. Jadinya, jika boleh hanya pegawai tertentu yg ronda kawasan tertentu.

Tahukah kita bahawa jururawat di hospital diberi tugasan merawat pesakit tertentu dan mereka [jika boleh] tidak berubah supaya pesakit selesa dgn mereka.

Begitulah juga dgn pegawai polis kita, iaitu PB kita. PB kena faham selok belok kawasan tanggungjawab [KTJ] dan jika boleh mengenali staf-staf di situ. Maknanya jika ada orang asing/pelawat, PB boleh kenal!

Tapi ada isu lain kat sini. Tak kan kita boleh ronda kawasan yg ada aircond sampai bila-bila. Bersedialah untuk digilirkan ke tempat lain pulak. Biar la sama-sama masak!




Jimat duit dan laksanakan kursus sendiri. Jika perlu e book ini, wassap terus kepada saya.




Klik sini untuk Pertanyaan atau Cadangan

Sila baca artikel ini: Mengapa Pengawal Perlu Dihormati  Bagaimana Bos & Penyelia Menilai Kita?


Panduan Pasang CCTV




Ada banyak info menarik yang kita perlu tahu. Klik sini.. Tahukah Anda