28.10.15

Kebajikan Pengawal Keselamatan


Pada kebiasaannya, kebajikan pekerja dipertimbang selepas terdapat pelbagai isu yg menjejaskan kelicinan pekerja membuat kerja. Isu menjejas mental dan fizikal. Hasilnya? Produktiviti berkurangan, dan isu disiplin bertambah. Di bawah ini diutarakan pelbagai isu itu.

Jenayah. Umum tahu terdapat penjenayah dan penagih dadah yg bekerja sebagai pengawal. Selain itu atau mungkin lebih parah lagi, terdapat pengurusan atau empunya syarikat terlibat dengan jenayah, dadah atau mengambil segala peluang dan ruang mengeksploitasi pengawal. Banyak risiko bekerja dgn keadaan begini.

Pendatang Asing. Perkara ini masih berlaku. Mereka ini lebih baik dari orang tempatan kerana amat jarang untuk lari selepas dapat gaji. Cumanya mereka ini hanya hadir jer la. Bila sudah lama baru pandai sikit. Tapi mereka ini ramai yang boleh berbahasa inggeris. Ramai juga yang langsung tak boleh nak cakap Melayu atau inggeris.

Dulu ramai juga pendatang Indonesia atau Filipina yang masuk melalui Sabah dan mengaku rakyat Malaysia. IC pun IC biru. Sekarang sudah amat berkurangan.

Dan...mereka ini tidak dilatih di PULAPOL seperti rakyat Msia.

Kebajikan mereka? Ramai juga yg kena kerja 24 jam sebab orang tak cukup khususnya bila pengawal ganti tidak datang. Ada setengahnya, tempat tidur, van, makanan pun ala ala gitu jer yang disediakan oleh majikan.




Tidak Terlatih. Masih boleh diterima jika pengawal belum lagi hadir kursus di PULAPOL atau mana-mana tempat. Tetapi jika seseorang yang belum hadir kursus tetapi memakai pakaian Polis Bantuan serta tidak mempunyai kad pengenalan diri seorang Polis Bantuan, ia memberi risiko yang tinggi kepada pelbagai aspek.



Tidak Disediakan PPE. Dalam Akta 514, jelas, majikan bertanggungjawab menyediakan kasut keselamatan [safety shoes], dll. Malangnya ada pekerja dipotong gaji untuk kasut keselamatan.




Pembelian Pakaian Seragam. Inilah satu2nya industri di mana pengawal membeli sendiri pakaian seragam untuk bekerja. Harga yang 'dijual' termasuk sedikit keuntungan. Gaji dipotong setiap bulan hingga selesai. Kesilapan potong gaji kerap berlaku.




Kemudahan Perubatan. Terlalu sedikit syarikat yg sediakan klinik penal.

Latihan. Terlalu sedikit syarikat sediakan latihan kecuali diarahkan oleh pelanggan.

Rancangan Kerjaya. Syarikat mencarum kpd HRDF, bagaimanapun amat sedikit pengawal di hantar hadir kursus2 lain bagi persediaan pembangunan kerjaya di sykt yg sama atau untuk masa depan mereka.

Tugas Lebih Masa. Bertugas 12 jam sehari adalah perkara biasa, dan terdapat juga pengawal yg diminta bertugas lebih dari waktu tersebut. Ini bertentangan dengan Akta Pekerjaan.




Kemudahan Asrama dan Kenderaan. Kebanyakan tidak terjaga walaupun pengawal dipotong gaji.

Insuran dan Khairat Kematian. Tidak tahu apa kedudukannya.

Pelbagai Kemudahan. Pada dasarnya jika pengawal dipotong gaji bagi setiap kemudahan, maknanya majikan tidak menyediakan apa2.

Peralatan Meronda dan Tugas. Alat yang disediakan ala kadar sahaja, dan banyak yg tidak berfungsi.

Jadual Kerja. Masih berlaku ketidak-seragaman dan pengawalan di mana terdapat pengawal yg bertugas waktu siang sahaja dan sebaliknya.

Mengatasi masalah di atas sama seperti menjaga kebajikan pengawal keselamatan. Mereka tiada kesatuan sekerja. Soalannya, siapakah yang betul2 bertanggungjawab atas kebajikan mereka?

Sebenarnya isu eksploitasi ke atas pengawal tersangat banyak jumlahnya dari segi nilai wang. Jika seorang pengawal tidak dibayar gaji berjumlah 5.00, berapakah jumlah bagi 30,000 orang pengawal. Perkara ini berlaku kerana OT yang tidak dibayar dengan efisyen dan gaji yang dibayar pada 7 haribulan setiap bulan. Selepas pengawal terima gaji, beliau terus saja berhenti. Maknanya 7 hari punya gaji akan lesap.

Jika kenderaan yag disediakan rosak, mereka terpaksa naik teksi. Adakah tambang teksi itu diganti semula. 

Bagi beberapa tugasan, syarikat menuntut bayaran yg lebih tinggi dari biasa kerana pengawal terpaksa bertugas dengan komputer dan sebagainya. Bagaimanapun, pengawal tersebut menerima gaji pada kadar biasa.

PPKKM tidak sebanyak manapun bersuara tentang aspek kebajikan ini kpd ahli2nya dgn lantang. Pengawal tidak tertakluk kepada Akta Kesatuan. Makanya, kebajikan mereka seperti terabai. Pada waktu ini, hanya minum salary sahaja yg menjadi hak mereka. Itu pun atas inisiatif kerajaan.


Masalah di atas banyak berlaku bagi pengawal swasta khasnya.


PPKKM patut melantik seorang pegawai di setiap negeri bagi menjaga kebajikan pengawal. Beliau bertugas secara bebas dan diberi kuasa mengodit semua aspek pengurusan sumber manusia dan menjadi pusat aduan bagi sesebuah negeri.

Ini merangkumi pengawal tempatan dan Nepal. Ini pun jika kita rasa ada tanggungjawab ke atas pekerja yg diamanahkan oleh Allah swt.


Sehingga hari ini saya tidak pasti sudah ada kah  Kesatuan Pengawal Keselamatan untuk jaga kebajikan ahli. Saya tahu pengawal Maybank ada kesatuan mereka sendiri.