Susah jugak jadi Pengawal, khususnya Polis Bantuan. Kes ancaman bom bukan boleh buat main2. Ancaman bom dan letupan bom boleh berlaku di mana-mana. Bagi saya, letupan kedua lebih bahaya. Orang Malaysia bila ada kejadian, sebuk nak tenguk. Dia tidak tahu, sasaran kedua iaitu apabila pasukan pemusnah bom sampai, dan orang lebih ramai sampai, masa itulah bom kedua akan meletup.
Pendapat saya, kita semua kena sensitif yg teramat sangat. Nak buat macam mana? Staf lain dan pelanggan khususnya di Malaysia mcm tak kisah dgn keselamatan.
Nampak je beg yg tidak berjaga, terus call orang CCTV, tguk siapa yg 'tertinggal' benda itu. Kedua, kena sentiasa perhati orang yg masuk bawak beg, keluar badan kosong. Ketiga, tanya pakar, di mana sasaran mereka. Maknanya kalau saya hendak letak bom, saya hendak letak di mana. Kalau kamu tanya saya, saya akan letak di kawasan tumpuan dan pada waktu puncak. Dan juga semasa ada majlis tertentu. Keempat, jika nampak beg tertinggal, terus je pergi periksa tanpa menyentuh. Kalau ianya sebuah kotak yg tertutup, risiko dan kebarangkaliannya tinggi.
Dalam kawasan spt KLCC, kumpulan keselamatan 'under cover' memang sangat penting. Paling penting ialah 'under cover' kedua untuk pantau under cover pertama. Jika tidak semua akan bikin tak kisah. Kalau tertangkap, bagi pakai uniform, letak dia kat pintu depan. Boleh dia salam dgn semua orang kampung dan mat bangla.
Saya nak ingatkan kes pengeboman di Boston, dua orang lelaki datang bawa beg galas, kemudian beg itu hilang. Pihak berkuasa US perhati betul2 CCTV mereka. Malangnya pemerhatian ini dibuat selepas bom meletup.
Pendapat saya, isu ancaman bom ini, bukan mudah dan bukan benda main-main. Takut kena marah, tanya bos paling besar dulu....nak panggil polis atau tidak.
Al maklum, mereka lebih berkuasa dan tahu apa yg sedang berlaku. Cuma di KLCC semua sudah bersedia kerana Datuk Bandar sudah terima surat ancaman.
Dalam bacaan saya sebelum ini, jika dapat ancaman, call bos kita yg tertinggi [pengarah keselamatan] dan beliau pula akan call bos paling tinggi. JANGAN beritahu sesiapa langsung, sebab ada kawan kita yg suka jadi hero dan cerita kpd semua orang. Peringkat pertama atau awal ini, ia adalah RAHSIA dan kita tidak mahu orang panik.
Penjenayah mahu kita fikir yg kita ini sambil lewa, tapi hakikatnya kita sedang bertindak agresif. Lihat Polis, diam2 jer buat operasi besar dan berjaya. Kita mahu cemerlang mcm polis kita.

Bomb Threat Checklist:
Ancaman bom KLCC. datuk bandar terima surat ancaman
Ada orang tanya, mengapa sasarkan KLCC. Apa matlamat 'mereka' untuk bom KLCC. [1] jatuhkan air muka, mcm kes twin towers di new York [2] acah-acah jer, bom kecil tapi mencederakan atau menyebabkan maut, tapi sikit jer [3] memang nak sabotaj, ini mmg besar kesannya, dan mereka betul2 rancang besar-besaran [4] balas dendam [5] sakit hati [6] nak cari nama [7] muslihat lain
KLCC adalah lambang pembangunan dan kebangsaan negara. Ia sudah jadi seperti sebuah tugu penting. Ia juga tercatit dalam rekod dunia menara berkembar tertinggi. Segalanya mencerminkan Malaysia. Oleh kerana itu juga, pengganas dan penjenayah mensasarkan KLCC. Sebarang serangan boleh menjejaskan imej. IS telah berjaya menyerang Jakarta walaupun mereka sudah mendapat maklumat dan berjaga-jaga.
Makanya, ancaman ini tidak akan putus sebab sesiapa saja boleh buat kerja ini. CADANGAN saya, setiap individu yg bekerja di KLCC diwajibkan hadir kursus ANCAMAN BOM, ancaman pengganas, lawan kebakaran DAN paling penting, MENGOSONGKAN BANGUNAN.
Bab foto. Orang keselamatan sendiri ramai yg terlalu 'bodoh'. Semua nak ambil foto dan nak share di facebook atau di whatsapp. Ini adalah perangai yg bahaya dan membodohkan diri sendiri. Jika kita share foto bom atau berita bom tanpa usul periksa....kita telah merugikan perniagaan mungkin cecah jutaan ringgit. Imej syarikat dan negara.
Baru2 ini saya lihat foto kakitangan kerajaan curi minyak kereta. Kemudian ada pulak video teksi langgar gate keselamatan.... juga pejabat kerajaan. Ini semua amat memalukan. Sebab seorang, imej semua orang terjejas. Kalau orang tanya pun, saya sendiri tidak tahu di mana, bila, apa dan bagaimana.
Foto dan video ini hanya boleh diedarkan oleh orang dalam. Jika dilihat dari perspektif keselamatan, orang begini patut diberhentikan kerana dia merupakan 'risiko' kepada keselamatan [security risk].

Bab foto dan video ini TOLONG lah elakkan.
Lagi satu bab share maklumat. Kita tidak boleh share maklumat tak tentu pasal. Sama kesannya dengan share foto. Boleh masuk keje bodoh ni dalam SOP. Kalau tertangkap, paling buruk boleh dibuang kerja. Paling tak buruk, turun pangkat atau gantung bonus.
Bab share maklumat imej keselamatan dan organisasi boleh dikaitkan sebagai 'security risk'. Orang begini kurang matang dan tidak terfikir perbuatan dia amat berisiko. Tangan dia memang gatal. Gatal nak share dgn gefren, boifren dan orang kg. Konon dialah manusia pertama yg jadi saksi atas sesuatu kejadian. Glamer gitu.
Lagi satu, dan yg paling penting ialah bab cara guna walkie talkie. Tak percaya cuba try test. Bateri rosak lah, depa tak caj lah, tak di ajar lah, lupa lah, kawasan itu memang susahlah....itu lah alasannya.
http://securityandsafety.blogspot.my/2008/09/using-walkie-talkie-with-proper-voice.html
Bila kecemasan, bagaimana kita hendak berkomunikasi. Ada se orang bekas warden marah saya atas bab walkie talkie ni. Yer la, saya pun setuju....kalau bawak banduan naik bas ekspres, nak buat apa walkie talkie. Silap2 kena ketuk kepala dgn banduan...aiseymen...bawak banduan naik bas tak ada risiko ke?
Akhir sekali kita juga harus bertanya, mengapa mereka hendak bom tempat begini? Kenapa tidak sasarkan tempat2 yg merosakan masyarakat seperti judi arak dan pelacuran. Semua orang tidak kira Islam atau bukan Islam tidak suka judi arak dan pelacuran.
Keduanya, di mana ajaran ugama yg paling kukuh yg menunjukkan membunuh orang yang tidak bersalah itu dibenarkan malah digalakan?