26.7.15

Emergency Response Team ERT

Jika anda ada sekitar 10 orang pengawal keselamatan dan lebih, amat baik kalau anda ada ERT [emergency response team].

ERT bertindak untuk ambil tindakan awal semasa kecemasan untuk kawal keadaan untuk kurangkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan dan kemusnahan.

Tidak kiralah apa saja jenis kecemasan.

Penubuhan ERT adalah PERCUMA! Bagaimana? Mohon kepada Sumber Manusia untuk keluarkan arahan, jadikannya sebahagian dari terma, "setiap pengawal kena jadi ahli JPAM".

Pada masa yg sama anda pergi ke pejabat JPAM dan minta nak tubuhkan ERT di tempat anda. Ia disebut sebagai CDERT [civil defence emergency response team]. Selanjutnya staf anda akan hadir pelbagai kursus JPAM dengan percuma.

Kebaikannya...percuma! anda telah berkhidmat kpd syarikat dan komuniti dlm masa yg serentak. pengawal juga boleh dpt elaun jika mereka bertugas di JPAM. Setiap anggota JPAM ditawar untuk bertugas sebagai anggota standby pada waktu2 tertentu.




Yg paling best ialah pengawal anda akan lebih smart, lebih berkemahiran dan lebih berpengetahuan. Banyak kelebihan berbanding pendekatan lain.

JPAM perlu lebih ramai orang menyertai JPAM demi untuk negara. Masuk sebelum terlambat!

Click di sini juga
http://securityandsafety.blogspot.my/2015/08/kursus-penyelia-keselamatan_12.html