13.6.17

Malaysian Security Professional Certificate



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri keselamatan di Malaysia telah berkembang pesat dari segi keperluan operasi, teknologi, dan tahap profesionalisme. Namun, masih terdapat beberapa kebimbangan praktikal di lapangan. Pertama, sebahagian anggota keselamatan yang berada di ‘frontline’ kelihatan kurang terlatih untuk tugas semasa. Bukan kerana mereka tidak mampu berfikir, tetapi kerana latihan asas yang diterima tidak lagi selaras dengan keperluan operasi hari ini. Kedua, kewujudan pelbagai bentuk persijilan keselamatan khususnya yang menggunakan istilah “certified” menimbulkan persoalan: sejauh mana sijil tersebut benar-benar memenuhi piawaian kompetensi dari sudut akademik, praktikal dan etika? Ketiga, terdapat persepsi bahawa sebahagian pihak mungkin mengeksploitasi nama individu berpengaruh atau institusi tertentu untuk tujuan komersial semata-mata.

Setakat ini, negara kita belum mempunyai satu rangka persijilan keselamatan yang komprehensif dan sewajarnya “diwajibkan” secara nasional, kecuali Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang jelas mempunyai elemen praktikal. Bagaimanapun, SKM sahaja belum mencukupi tanpa sokongan pengetahuan teori yang tersusun. Hal ini sangat penting kerana sektor-sektor seperti perbankan, hotel lima bintang, hospital, lapangan terbang, kampus pendidikan, dan sekolah amat memerlukan tenaga keselamatan yang benar-benar terlatih dan kompeten berdasarkan undang-undang, akta dan polisi dalaman.

Jika menelusuri kembali perbincangan-perbincangan sejak 2017, kita dapati banyak pihak sebenarnya sedar mengenai keperluan perubahan. Namun bergerak ke tahun 2025, isu yang sama masih berulang, seolah-olah tiada kemahuan politik atau institusi untuk memimpin usaha ini. Lebih menyedihkan, apabila terdapat pihak atau individu berautoriti tidak mengambil inisiatif — dan jika ada pihak lain ingin bergerak, mereka pula dihalang. Maka, industri ini kekal “tergantung”: pekerja keselamatan tidak diiktiraf, tidak mempunyai suara di tempat kerja, dan mudah ditegur tanpa perlindungan undang-undang yang jelas. Ironinya, seorang safety officer mempunyai autoriti yang jauh lebih besar berbanding pengawal keselamatan, walaupun kedua-duanya bekerja dalam rangka “keselamatan organisasi”.

Sekiranya wujud peraturan yang mewajibkan syarikat menggaji pengurus, pegawai atau penyelia keselamatan yang diiktiraf dan layak, sudah tentu akan terhasil satu standard latihan yang seragam serta modul tambahan mengikut sektor khusus seperti terminal laut, udara, darat, industri hospitaliti, pertanian, kilang perkilangan, atau oil & gas. Dengan struktur seperti ini, barulah wujud asas untuk menuntut gaji profesional berdasarkan kelayakan diploma, ijazah atau pengalaman industri.

Dalam perbincangan di beberapa IPT dan seminar kebangsaan, cadangan-cadangan ini pernah diketengahkan. Namun halangan terbesar datang daripada kumpulan kecil yang bimbang akan “kehilangan peluang keuntungan”. Akhirnya, yang rugi ialah industri, bukan individu tertentu. Malaysia menuju era negara maju, tetapi dari aspek profesionalisme keselamatan, kita masih jauh ketinggalan — malah dengan Indonesia sekalipun kita masih tidak setara. Di negara jiran, latihan asas keselamatan mengambil masa sebulan dan diwajibkan untuk memperoleh sijil SATPAM. Kita pula masih teragak-agak untuk meletakkan standard minimum bagi sektor-sektor sensitif seperti sekolah, hotel dan bank.

Malaysia sebenarnya mempunyai ramai pakar dalam bidang sumber manusia, latihan, dan pengurusan keselamatan yang bersedia membantu. Mereka hanya memerlukan jaminan bahawa proses ini telus, tidak dimonopoli, bebas kepentingan komersial, dan tidak dicampuri politik yang merencatkan pembangunan industri. Jika prinsip asas ini dihormati, sudah tentu ramai profesional sanggup menyumbang masa dan kepakaran.

Tambahan pula, negara sudah memiliki rangka kerja seperti TVET dan NOSS dalam bidang keselamatan. Namun sebelum ia terus diguna pakai, industri perlu meneliti kandungannya secara serius untuk memastikan ia benar-benar menyokong keperluan operasi semasa. Sesiapa yang pernah meneliti modul-modul tersebut pasti memahami keperluan untuk dikemaskini.

Melalui pengalaman praktikal juga dapat dilihat bahawa tidak semua individu sesuai menjadi tenaga pengajar atau fasilitator. Mengajar dalam bidang keselamatan bukan sekadar memiliki sijil atau pandai bercakap. Ia memerlukan kefahaman mendalam terhadap realiti kerja seorang pengawal yang bertugas 12 jam sehari, ditegur oleh pegawai atasan, dan berdepan risiko keselamatan sebenar. Tenaga pengajar yang tidak pernah bekerja di lapangan kadang-kala tidak memahami tekanan sebenar yang dihadapi pengawal, termasuk situasi di mana pihak atasan sendiri melanggar SOP atau mengambil kesempatan.

Oleh itu, tidak hairanlah sektor keselamatan tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan. Sehingga kini, belum ada badan yang benar-benar komited untuk mewujudkan sijil rasmi yang diiktiraf secara nasional. Mesyuarat berlangsung bertahun-tahun tetapi hasilnya tidak signifikan. Badan induk yang sepatutnya memimpin pula tidak mengambil langkah proaktif dan dalam masa yang sama tidak mengizinkan pihak lain mengemudi perubahan.

Jika diberi ruang, kerjasama dengan badan profesional keselamatan dari Australia atau United Kingdom boleh dijadikan satu alternatif untuk memacu pemerkasaan industri melalui IPT tempatan. Lagipun, banyak struktur dan sistem kita sendiri berpaksikan model negara-negara tersebut.



4.6.17

Ideology Warfare



The War of Ideas is a clash of opposing ideals, ideologies, or concepts through which nations or groups use strategic influence to promote their interests abroad. The “battle space” of this conflict is the target population’s "hearts and minds", while the “weapons” can include, inter alia, think tanks, TV programs, newspaper articles, the internet, blogs, official government policy papers, traditional as well as public diplomacy, or radio broadcasts.

Makna di atas ringkasnya ialah
  • perang idea [politik, fahaman ugama, ekonomi, polisi dll]
  • menggunakan cara masing-masing,
  • untuk mempengaruhi 'sasaran mereka' bahawa idea atau polisi atau apa saja lebih baik dari orang lain
  • sasaran utama ialah pemikiran, sikap dan pegangan
  • dan mereka menggunakan apa saja media yang ada

Dalam pendekatan lain, semua ini tergolong dalam apa yang disebut sebagai 'perception management'

Dalam keselamatan khususnya; ia boleh juga dikatakan sebagai subversion.

siapa yang akan menang? ia bergantung kepada 'kuasa mempengaruhi'. Peluru utama yang digunakan di sini ialah 'sentimen' yg berkaitan rapat juga dengan emosi.

Bagi pengurus, eksekutif, pegawai dan penyelia keselamatan:
  • pastikan kita sendiri tidak terpengaruh
  • pasti jangan anggota bawahan kita terlalu sentimen atau emosional


Masalah utama dalam IDEOLOGY WARFARE ini ialah

  • kita tidak tahu siapa musuh
  • apa senjata yang mereka gunakan
  • siapa sasaran mereka 
  • dll

Bila kita sedar, anggota kita semua sudah kuat pegangan politik mereka! Sudah berpuak-puak.

Semua keadaan ini bahaya kepada organisasi kita dan diri kita sendiri.

Staf keselamatan perlu selalu diingatkan supaya kita sentiasa kena kelihatan 'atas pagar' walaupun kita ada pandangan kita sendiri. 

Sebab apa? Sebab jika ada pergaduhan antara dua pihak...kita juga yang jadi orang tengah nanti.

Namun apa yang dibimbangkan ialah ada staf yang berpihak dengan pihak luar untuk berjuang dan masa yang sama menjadikan negara sendiri sebagai sasaran sabotaj. Ini amat bahaya.




Antulio J. Echevarria, Director of Research, Strategic Studies Institute, U.S. Army War College defined the "war of ideas" [1] as
. . . a clash of visions, concepts, and images, and— especially—the interpretation of them. They are, indeed, genuine wars, even though the physical violence might be minimal, because they serve a political, socio-cultural, or economic purpose, and they involve hostile intentions or hostile acts. Wars of ideas can assume many forms, but they tend to fall into four general categories (though these are not necessarily exhaustive): (a) intellectual debates, (b) ideological wars, (c) wars over religious dogma, and (d) advertising campaigns. All of them are essentially about power and influence, just as with wars over territory and material resources, and their stakes can run very high indeed (Echevarria 2008 Wars of Ideas and the War of Ideas)
— Strategic Studies Institute of the US Army War College (SSI)

1.6.17

Bagaimana Majikan Menilai Kita





Saya yakin tuan  adalah seorang pekerja. Pernahkah tuan terfikir bagaimana majikan [bos-bos] menilai kita setiap tahun sehingga ada yang  'dihadiahkan' pangkat, jawatan yang 'cantik', bonus atau kursus di luar negara. [performance evaluation] 



Jika kita lihat dan kemudian perhati betul-betul borang penilaian tahunan atau dwi tahunan itu, ia sebenarnya menilai 3 perkara saja: [1]  Kerja kita [2] sikap, dan [3] perangai/tabiat, fe'el, kelaku kita.

Kita dinilai 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 

Tak perlu nak bodek kecuali bos kita tu memang dilahirkan 'kaki bodek'. Biasanya, kaki bodek juga mahu dibodek. Itu semua kuasa Allah; kalau sudah ditetapkan rezeki tuan, tiada siapa yang boleh halang. [performance evaluation] 

Ada yang cerdik...bodek habis-habisan dan bila sudah sampai masa bos nak isi borang penilaian, dia  ni, bukan musim durian pun boleh hantar durian kat rumah bos. [performance evaluation] 




Bos buat lawak gaban pun dia akan gelak. Dia la...bukan kita


Penilaian

Kerja Kita. Hampir sempurna, on time, cantik, kemas, lengkap, bersih ....[ini saya tak perlu terangkan dgn lanjut]. Bos tanya bab kerja semua boleh jawab; maknanya si polan memang betul-batul tahu pasal kerja dia.


Kita tak lah sampai kena paksa untuk bekerja


Sikap Kita [Attitude]. Sikap  adalah hasil [outcome] dari sesuatu kejadian atau keadaan dan bagaimana kita bertindak. Ada orang sakit...kita tolong. Bos minta tolong....kita ke depan. Boleh datang tak besuk, bos tanya; kita jawab boleh. Engkau tahu tak di mana nak dapat durian belanda? Saya tak tahu bos.... nanti saya tanya kawan-kawan kalau depa tahu. [performance evaluation] 

Nah itu lah sikap. Ia itu ringkasnya boleh tolong, boleh beri kerjasama. Semua yang saya beri itu adalah sikap yang positif. Sikap yang negatif....tak perlu lah saya beritahu di sini. 




Perangai kita pulak macam mana. Pengotor [tak la kotor sangat], selekeh, datang kerja lambat, balik awal, selalu sakit, busuk, merokok, tak rajin solat....motor selalu pancit, jalan selalu jem. Terlupa dan tak ingat.




[performance evaluation] [performance evaluation] [performance evaluation] 


Jangan terkejut, ada orang perangai buruk tapi sikap amat positif. Bos pula suka dia. Dia ni apa saja bos suruh, semua dia boleh buat. Datang kerja hari Sabtu ke Ahad ke semua dia OK. Suruh datang rumah pun dia OK. Maknanya, sikap dia terlalu terpuji. Dia ni betul-betul setia. 

Dan jangan terkejut, orang ini akan naik pangkat dulu!

Ringkasnya, semua tiga perkara di atas itu berkait rapat. Lemah satu, lemah semuanya. Tapi paling kuasa ialah sikap. Kalau yang lain-lain tu kita mcm biasa saja, sikap yang positif tetap akan beri kita masa depan yang cerah.

Sebab apa? Sebab kita pun pernah terfikir...dia tu tak lah cerdik sangat. Atau dia tu macam standard aku jer.

Jadinya, fikir-fikirkan lah macam mana hendak maju dalam kerjaya tuan-tuan. Tidak kiralah tuan ini Pengurus kah, Pegawai kah, Kerani kah atau hanya seorang Pengawal Keselamatan.

Ingat Sikap, Kerja dan Perangai! [Attitude, competency & behaviour]

Wallahualam.

        [performance evaluation] [performance evaluation] [performance evaluation]