22.10.15

Pengawal Keselamatan Bank

Ada beberapa jenis pengawal di bank
pengawal sendiri [in house]
polis bantuan [juga in house]
pengawal luar [dari syarikat keselamatan dan ada juga Polis Bantuan]

Apa tugas mereka?
Bergantung di mana mereka bertugas. [1] Di Ibu Pejabat [2] Cawangan [3] Recovery Centre [4] Pusat Latihan [5] CIT [6] Mengiring keselamatan [7] lain-lain

Di mana sahaja mereka berada; peranan mereka hampir sama; keselamatan harta dan nyawa. Tetapi pada hakikatnya mereka bukan bertugas untuk menentukan keselamatan kerana  mereka tidak benar-benar terlatih atau tidak diberi kuasa bertulis oleh pengurusan. Pelik? Tetapi itulah sebenarnya.

Bergayut semasa bertugas!
Jika pengawal membuat pemeriksaan pas ada bos yang akan  marah. Menahan pelawat yg agresif, kena marah juga, dan apa saja pun banyak yg semua tak betul. 

Maka lebih baik beri arahan hitam putih apa yg boleh dan yang tidak boleh. Yg boleh buat dan yg tak boleh buat [do's and dont's] mesti jelas. Jika tiada arahan bertulis... minta arahan bertulis.

Jika tidak, pengurus keselamatan terpaksa dgn rendah diri membuat surat dan mohon kebenaran untuk kerja. he he he lawak bunyinya kan. Itu fakta dan hakikat. sebab ada pengurus pernah buat. Mohon untuk periksa pas, mohon buat road block, mohon periksa pendatang asing dlm kampus...

Di  sebuah bank, Pengurus Keselamatan keluarkan notis melalui emel, minggu depan kami akan buat pemeriksaan pas. Sehari sebelum, notis lagi. Pagi2 sudah letak papan tanda PEMERIKSAAN PAS. Yg bestnya, Pengurus Besar pun akur. 

Senarai nama yg tidak pakai pas di majukan kpd HR. HR pun tanya nak buat apa ni? Mereka jawab...bukankah dlm Garis Panduan HR ada tertulis 'menjadi kesalahan jika tidak pakai pas'. NAH! Ambil balik 'garis panduan' kamu. 

Kesimpulannya tugas pengawal di bank bergantung penuh kpd Pengurus Keselamatan. Jika beliau jadi Mr Yes Man, pengawal kena buat apa saja yg disuruh. Jika beliau tahu apa tugas sebenar, beliau akan terangkan dgn jelas kpd pengurusan dan semua pengurus, DAN kpd pengawal.

Saya faham isu sebenar di sini ialah anda fikir tugas anda hanya mengawal saja. Minta maaf, anda silap. Pengawal di bank kena buat macam2. Sejauh mana macam2 itu bergantung!

Di Bank pengawal kena bantu pelanggan. Walaupun ini bukan utama, pengawal akan dapat 'latihan' bagaimana hendak melayan pelanggan. 

Perbezaan utama ialah pengawal luar dan pengawal sendiri. Pengawal sendiri hanya mengawal tempat-tempat yang sensitif atau di mana orang luar tak perlu masuk. Ini macam lawak sikit kerana tempat begini sudah guna macam2 teknologi dan tidak perlu dikawal oleh pengawal.

Masalah PALING BESAR bila ada pengawal sendiri dan pengawal swasta ialah, pengawal sendiri mula berlagak dan masa yg sama lepas tangan. Ketua kena rancangan betul2, bagi kawasan masing2, jangan gabung atau bertindan. 

Antara tugas Pengawal Bank
Tugas Khas. Memerlukan latihan khas/tambahan. Tugas mengiring VIP, wang atau dokumen. Mengawal Pej Pengerusi. Perlu latihan menembak, pertahanan diri, risik dll.
Tugas Tambahan. Tugas luar kawasan, mesyuarat lembaga di pulau2, lawatan khas di luar, mengawal VIP. Tugas semasa kecemasan - perlu pelbagai kemahiran.
Tugas Keraian. Menaikkan bendera, membuka pintu kenderaan tetamu khas, kawalan trafik, kawalan parkir, kawalan majlis, mengawal keamanan. 
Tugas-Tugas Lain. Sambut tetamu, leraikan pergaduhan, tangkapan, bantu polis dll, kawal rumah bos, pemandu, layan pelanggan bank, membersihkan pejabat [gotong royong], kerani jabatan keselamatan, membuat kadual tugas, kerja2 am, hadir kursus.

Ringkasnya, apa saja kita kena buat. Saya pernah buat semuanya. Rasulullah kata, jika kita kerja dgn orang, kita kerja 24 jam dgn dia. Rasul kata, bukan saya kata.

Kalau bos minta kita kerja pada hari kita OFF pun kita kena kerja. Jangan jadi orang Melayu...ada hal bos, ada kenduri, ada itu ada ini. Kerja dulu, kemudian diam2 minta off sebab nak bawak anak isteri berkelah dll.

Ingat satu benda, kita dinilai sepanjang masa, dan mereka menilai kerja, sikap dan perangai.

Wallahualam. Semoga kita semua berjaya

Bagaimana kita dinilai
http://togetherlearning.blogspot.my/2015/10/menilai-pekerja.html