24.6.14

Keselamatan Individu

Keselamatan individu boleh juga dikaitkan dengan kategori maklumat RAHSIA dan SULIT. Ramai orang telah salah guna perkataan SULIT. Sulit sebenarnya banyak merujuk kepada SULIT DARIHAL PERUBATAN atau SULIT DARIHAL ANGGOTA. Semua maklumat yang mesti dikawal darihal individu. Itu lah SULIT. Maklumat sokongan naik pangkat pertukaran tatatertib dan perancangan khas. Jika maklumat ini sampai kepada staf yg suka gossip, ia boleh memberi kesan negatif.

RAHSIA adalah maklumat tentang keseluruhannya. Bajet rancangan pembangunan rancangan pembelian dan sebagainya. Selepas sesuatu fasa atau tempuh ia bukan lagi dalam kategori RAHSIA. tetapi bagi SULIT DARIHAL PERUBATAN, ia boleh dan mesti tersimpan sampai bila-bila.


Pihak hospital Malaysia boleh di tabek spring sebab maklumat penyakit yang dialami Allahyarham Sudirman Hj Arshad terus tersimpan. Tak ada sesiapa yg tahu apa sebenarnya.

Saya bagi contoh SULIT DARIHAL ANGGOTA; jika salah seorang pemimpin kita mempunyai sesuatu isu keluarga dan isu ini diketahui oleh orang ramai. Apa akan jadi? Semua orang akan sebuk dan termasuklah PERISEK dari luar negara. Apa kesannya? Macam-macam.

INGATAN. Ada satu tapi; mengikut penggunaan am, sila cari dan selidik dalam google, kategori SULIT ini mungkin lebih tinggi darjahnya. Cuma secara am saya telah utarakan SULIT itu boleh dipecahkan lagi untuk anggota atau untuk perubatan. Apa lagi jika kita lihat P and C.