6.1.13

kursus pengawal keselamatan

Kursus asas penting supaya pengawal tahu apa tugas beliau dan apa peranan beliau untuk organisasi beliau bertugas. 

Selepas hadir kursus asas, Ketua dan Penyelia boleh fokus kepada perkara-perkara yg lebih remeh namun penting untuk capai objektif harian.   

Untuk menjadi pengawal yg berkesan, sekurang2nya, beliau harus tahu dan kenal organisasi tempat dia bekerja. Tujuan dan matlamat organisasi tersebut, struktur organisasi, dan apakah peranan keselamatan untuk mencapai wawasan dan objektif organisasi tersebut.

Pengawal yg bijak sedar mereka ada peranan dalam membantu mencapai wawasan syarikat. Matlamat setiap syarikat ialah keuntungan. Bagi orang keselamatan, mengurangkan kecurian akan mengurangkan kerugian. Bukankah mengurangkan kerugian akan meningkatkan keuntungan?   

Seterusnya, pengawal harus tahu keadaan keselamatan, ancaman dan risiko. Selepas itu, barulah beliau diajar tugas dan tanggungjawab Pengawal Keselamatan.

Sekurang-kurang dengan semua ini beliau boleh kaitkan tugas beliau dengan organisasi dan dengan keadaan keselamatan. Barulah jika ditanya encik buat apa, beliau akan jawab, "saya menjaga keselamatan", dan bukan saya sedang meronda.

Jawapan ini memberi gambaran dan sikap yg berbeza. Bagi seorang tukang kayu, beliau akan menjawab saya sedang buat rumah. Bukannya, saya sedang buat pintu!


Setiap pengawal mencermin imej pejabat atau jabatan keselamatan dan seterusnya organisasi beliau. Jika beliau nampak kemas, sopan tapi tegas...kita sudah boleh bayangkan keadaan organisasi tersebut.

Kursus Pengawal Keselamatan yg kami laksanakan berasaskan senario di atas untuk selama 2 hari atau 14 jam.

Terkini kami laksanakan kursus 2 jam sehari, iaitu sebelum masuk bertugas. Cara ini lebih berkesan kerana pelbagai sebab. Antaranya, mereka tidak perlu 'hilang' selama 2 hari kerana mereka juga perlu bertugas. Terpulang berapa hari yg tuan kami laksanakan kursus tersebut. 2 kali seminggu sudah amat sesuai.

Yuran yg kami kenakan bagi kursus in house antara 1500 hingga 1,800 sehari, bergantung kpd bilangan peserta dan kerumitan kandungan kursus. Namun semuanya boleh dibincang.

Sila klik di sini untuk pertanyaan terus

Klik di sini untuk lihat sedikit maklumat tentang kursus keselamatan    http://securityandsafety.blogspot.com/p/blog-page.html


e book ini baru saya siapkan. Jika perlu, kredit ke maybank 5140 9342 3079 dan majukan bukti bayaran. Saya akan emel kpd Tuan seberapa segera.

jika ada pertanyaan sila email noormohamad0075@gmail.com ATAU whatsapp 019 275 0075