28.1.13

Teknik Meronda Berkesan

Syarat [1] tahu apa tugas beliau secara am dan tugas khas/spesifik. Beliau kena tahu apa tugas dan tanggungjawab sebagai pengawal ronda. Seterusnya apa tugas khas untuk masa tersebut. Contohnya; kejadian curi motorsikal sedang kerap berlaku, dan oleh kerana itu beliau kena perhati semua gerak geri yg boleh disyaki.

[2] Kena tahu kedudukan semua jenis alat pemadam api supaya boleh bertindak lebih cepat jika berlaku kebakaran. [3] kena tahu selok belok kawasan dan bangunan yg beliau sedang ronda. Kena tahu mana kawasan panas dan mana yg kurang panas.

Kepada Penyelia, beliau kena tahu mana lokasi pengawal selalu ponteng dan lepak, jalan yg sepatutnya mereka guna dan pelbagai teknik memonteng.

Paling penting, setiap hari dan setiap syif, Penyelia kena beri taklimat dan kena ingatkan. Kita sudah langli dgn keadaan di mana tidak ada serah menyerah dan tidak ada taklimat. Orang ramai pula hanya ingin lihat ada pengawal...itu saja.

Meronda pada waktu siang dan malam amat berbeza dari pelbagai aspek. Ancamannya, matlamatnya, tekniknya, ancamannya serta peralatan ronda. Penyelia dan Pengawal kena tahu segalanya. Hasilnya mereka akan lebih berhati-hati dan berwaspada. Pada dasarnya, waktu malam adalah waktu yg lebih berisiko.

Ikut teori, laluan ronda hendaklah berubah-ubah. Tapi ini sukar dilaksanakan kerana ia tertakluk kepada banyak faktor. Begitu juga waktu meronda. Apa yang paling penting ialah, ronda mesti dilakukan sebanyak yg mungkin. 

Latihan. Ketua kena sentiasa menegur cara pengawal meronda. Teguran inilah yg dikatakan latihan yg berterusan. Teguran mesti ditutup dengan ajaran. Sudah tegur, beritahu apa yg sepatutnya pengawal itu buat.

Saya hanya kongsi sedikit saja dari ingatan cara secara spontan untuk membaiki kualiti rondaan semoga ia memberi menfaat kepada pembaca.