✅ TUJUAN MERONDA
Ok abang-abang dan kakak-kakak pengawal semua, dengar sini sekejap. KITA MULAKAN PERBINCANGAN dgn menyatakan hal-hal umum tentang meronda terlebih dahulu, sebelum kita masuk ke dalam 'silibus' NOSS, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), tahap 2, bidang sekuriti.
NOSS menumpukan kpd aspek praktikal penugasan tugas sekuriti, manakala apa yg saya utarakan pula ialah aspek teori nya. Dua2 pun penting utk menjadikan kita lebih trampil. Cth biasa, kita tahu cara solat secara praktikal, masa yg sama kita faham sejarah solat, serta faham isu solat dari aspek hukum2nya, pergerakan2nya yang digabung dengan bacaan2 tertentu, serta hubungkait dgn kehadhiran jiwa yg tunduk mengaku dan menyerah segalanya kepada tadbir-urus Allah SWT Yang Maha Berkuasa.
Ramai orang fikir tujuan rondaan keselamatan fizikal ialah untuk memastikan kawasan tanggungjawb selamat. Logiknya… mana boleh dua orang pengawal keselamatan mampu pastikan seluruh kawasan selamat 100%? Kalau boleh, memang kita semua layak masuk filem Mission Impossible.
Hakikat nya, tujuan sebenar rondaan hanya SATU sahaja: Mengesahkan kawasan berada dalam keadaan NORMAL. Normal maksudnya → tiada benda pelik, meragukan atau lain dari biasa.
Contoh keadaan tak normal yang patut buat bulu roma naik sikit:
- Sampah bertaburan di laluan → mungkin ada anjing liar atau babi hutan buat “open house.”
- Ada titisan darah di lantai → darah siapa? segar? kes kecemasan?
- Ada motosikal terbiar di luar pagar → penceroboh? pencuri? atau dia parking sebab malas bayar Touch N Go? Atau mengelak dari sekatan Polis.
- Lampu pejabat menyala lepas waktu kerja → ada orang terlupa? atau ada orang sengaja tak mahu keluar? Staf kerja seorang diri tengah malam → potensi risiko keselamatan diri.
Kalau jumpa keadaan begitu, prosedurnya mudah: Lapor - Siasat - Tindak (ikut SOP).
TAPI ada satu pantang yang wajib ingat: Jangan jadi hero seorang diri. Sebelum bertindak, lapor kepada Bilik Kawalan atau Ketua.
Selesai ronda: catat dlm buku rondaan, lampirkan foto (jika perlu), dan buat laporan ronda.
Dan satu lagi kebiasaan yang kita kena hentikan… jangan tulis laporan ronda begini:
“Semua baik” Baik apa? Baik siapa? Mulai hari ini, kita tukar kepada: Tiada Laporan / (All Normal).
Kita pengawal keselamatan, bukan patung hiasan. Jadi jangan buat-buat tak nampak kalau ada benda pelik ya. INGAT! Kita di perhati pada setiap masa dan hari. Meronda buka satu penugasan yg biasa-biasa, ia adalah kemuncak kepada tugas seorang Pengawal Keselamatan. Berjalan, melihat dan bertindak. Setiap satu berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran yang luas. setidaknya, faham konsep meronda, dan tahu bertindak dgn betul bagi setiap keadaan.
✅ TEKNIK MERONDA
Seterusnya kita lihat pula teknik meronda. Kaedah atau cara meronda bergantung kepada kawasan. Kita boleh: Jalan kaki, Berbasikal, bermotosikal atau menggunakan Kereta. ini baru medium meronda.
Kemudian Ronda siang lain caranya… ronda malam lain pula. Cuaca hujan? banjir? anjing kejar? Itu semua masuk kategori ujian ketahanan mental.
Paling penting: Rondaan mesti ada tujuan, bukan pusing-pusing ambil angin.
Kalau naik motosikal 15 minit dah siap 1 kawasan besar… itu bukan rondaan,
itu “Tour de Malaysia.” Lagi gila; naik motor tiga orang!
Kalau kawasan luas, buat macam ini: Ronda sektor A dulu, Lepas itu sektor B, Kemudian sektor C.
Buat ikut kemampuan dan risiko, bukan ikut gaya. Dan pesan untuk ketua: Jangan bagi arahan yang kita sendiri tak sanggup buat.
Kalau ketua suruh pengawal ronda 8 blok jalan kaki dalam sejam, kita boleh jawab: “Tuan, hamba ini pengawal… bukan pelari Sukma.”
Laluan ronda pun berperanan juga. beza antara siang dan malam. Ringkasnya, jika bercakap pasal teknik meronda, ada byk perkara yang boleh dibincang.
✅ LALUAN & MASA RONDA
Laluan rondaan jangan sama setiap masa. Kadang: Setiap 1 jam, Kadang 45 minit dan Kadang 30 minit. Tujuannya mudah: Supaya orang yang berniat jahat tak boleh baca pergerakan kita. Kalau perompak boleh teka jadual kita, dia siap boleh buat jadual Google Calendar:
“12:45 AM — pengawal pergi kencing tepi stor. Masa terbaik untuk curi.”
✅ PERSIAPAN SEBELUM RONDA
Sebelum keluar meronda, perkara paling AFDAL ialah:
☑ Beri Taklimat, ☑ Menjelaskan Jadual rondaan, ☑ Buat Agihan tugas, dan ☑ utarakan SOP & Emergency procedure tertentu.
elak jenis cakap: “Tak perlu taklimat lah, saya dah tahu kerja.” Biasanya yang cakap macam tu lah yang datang lambat, ambil walkie talkie, dan terus hilang dari radar.
Taklimat penting supaya kita tahu apa yang akan dihadapi. Contoh: “Kawasan belakang dah mula banjir. Pastikan sedia hadapi sebarang kemungkinan dan guna laluan selamat.” Kalau dah tahu dari awal, bolehlah bawa selipar, lampu suluh, tali, walkie talkie yang ada bateri.
Walkie talkie itu bukan hiasan. Kalau tak ON pun, baik bawa batu.
✅ PERALATAN MERONDA
Tak perlu jadi macam pasukan SWAT. bagi kawasan spt sebuah sekolah → wisel + lampu suluh pun cukup. Bagi Kawasan industri → tambah PPE + walkie talkie
Yang tidak perlu: Bom asap, Night vision google, peta, dan M16 (kecuali Tuan bekas komando, itu cerita lain). Apa yang penting adalah: Peralatan sesuai dengan tempat.
✅ MENYELIA (UNTUK PENYELIA)
Pengawal kalau tak diselia… licin macam belut, sembang macam lembu pun boleh terbang.
Cara menyelia berkesan: Penyelia ronda dengan seorang pengawal (bukan satu jabatan)
Kalau ramai, terus jadi: Kelab Gelak Ketawa Malaysia.
DOUBLE CHECK (Spot check): Datang ke lokasi buku rondaan, Boleh datang terang-terangan atau senyap-senyap macam ninja
Bukan untuk cari salah, Tapi untuk didik disiplin.
✅ TAKLIMAT BERTUGAS (CONTOH SEBENAR)
“Blok H ada kontraktor baiki penghawa dingin sampai tengah malam.
Pekerja 4 orang, lori 2 ton. Pastikan mereka tak merayau ke bangunan lain.
Aircond rosak tak boleh keluar tanpa dokumen pelupusan.”
Dalam bahasa mudah: Kita tahu siapa dalam kawasan, buat apa, guna apa, bawa apa keluar.
✅ AKHIR KATA
Meronda bukan sekadar berjalan pegang lampu suluh.
Ia melibatkan: pemerhatian, analisis ancaman, pencegahan, tindakan kecemasan, dan, rekod dan laporan.
Rondaan yang baik bukan tentang berapa jauh kita jalan,
tetapi apa yang kita nampak dan apa tindakan kita.
ULANGAN..
MENYELIA PENGAWAL
Tugas penyelia: mengawal pengawal.
Pengawal kalau tak diselia:
licin macam belut & sembang macam lembu boleh terbang
Tip menyelia: Penyelia sama-sama meronda dengan seorang pengawal... sambil memerhati, menegur dan mengajar. Tidak perlu ramai → sbb akan ada yg loyar buruk kelab gelak ketawa
DOUBLE CHECK:
Tampil di lokasi buku ronda
Boleh terang-terangan atau senyap-senyap
Tujuan: mendidik, bukan mencari salah
Lebih banyak double-check → lebih berkualiti disiplin pengawal.
TAKLIMAT TUGAS (Contoh)
Setiap kali masuk bertugas, Ketua wajib beri taklimat.
Walaupun tiap hari meronda, taklimat tetap penting, sebab setiap hari ada perubahan.
Contoh taklimat:
“Di Blok H ada kontraktor baiki tandas & penghawa dingin. Empat pekerja, satu lori 2-tan. Pastikan mereka tidak merayau ke bangunan lain. Mereka baiki tiga unit aircond — pastikan tiada unit rosak dibawa keluar tanpa dokumen pelupusan Jabatan Harta.”
Taklimat begini elak risiko kecurian, salah faham dan kecuaian.
LAPORAN RONDA
Semua di atas tu hanya teori dan praktikal jika pengawal cukup bilangan nya, kerja tiga syif, alat semua cukup, pengawal semua terlatih, kemudahan mantap, SOP terkini, penyelia keselamatan bukan kaki tuang atau kaki gebang, dan Pengurus Keselamatan tegas kpd semua peringkat. Dan jika Pengurus tegas tetapi pengurusan yang di atas tu pula beri masalah untuk buat kerja dgn baik, maka tak payahlah kita cerita pasal ronda atau pasal keselamatan. Sebenarnya ini sedang berlaku di mana-mana termasuk negara kita juga!
Berbalik kpd SKM Tahap Dua, bab MERONDA. SECURITY PATROLLING meliputi perkara berikut:
Prepare for patrol duties
Perform security patrol and clocking
Perform physical threat assessment
Conduct property movement inspection
Carry out security surveillance
Maintain log books and security incident report
Di atas ni ialah 'silibus' yg di gariskan di dalam NOSS. Bagaimanapun, apa yg saya telah tulis di awal tadi sudah di terangkan beberapa perkara tentang tajuk2 kecil di atas. Dalam BM...
- persediaan
- pelaksanaan
- membuat penilaian ancaman fizikal
- memeriksa aset sykt
- pengawasan keselamatan, dan
- kemaskini buku log dan laporan kejadian
Prepare for patrol duties
ini bermaksud persiapan untuk tugas ronda. di sini hal pertama ialah terima taklimat. kemudian di sini kita perlu tanya semua perkara yang ditaklimatkan. Sebagai panduan.. ronda di mana, jadual, sorang diri atau berpasangan, ada arahan khas jika ada, peralatan, tindakan jika berlaku apa2 saja, peralatan dll
1.1 tugas2 semasa ronda, laluan dan tuagsan
1.2 laluan sebenar diputuskan, dan kekerapan rondaan
1.3 ambil peralatan dan periksa
1.4 kenalpasti laluan kecemasan
1.5 periksa kenderaan (jika disediakan)
perform security patrol & clocking
2.1 melaksana ronda dan clocking (ini bergantung kpd apa yg disediakan)
2.2 utamakan keselamatan diri
2.3 keselamatan orang lain
2.4 membunyi penggera (alarm) atau tindak jika penggera berbunyi
2.5 menggunkana walkie talkie (jika ada)
ikut panduan syarikat
aspek utama ronda keselamatan.
Ramai tidak sedar bahawa meronda adalah puncak atas segala puncak tugas keselamatan bagi seorang pengawal keselamatan. di dalamnya ada berbagai kemahiran dan pengetahuan yang seorang pengawal perlu ada. Ini termasuk juga tindakan jika terlihat kebakaran, menyelamatkan mangsa, atau menghadapi penjenayah.
Berpandukan NOSS ronda keselamatan fizikal meliputi perkara-perkara berikut. TETAPI saya ingin ingatkan bahawa terdapat unsur tersembunyi seperti teori keselamatan, prinsip keselamatan, integriti, dasar syarikat, teori kriminologi, teori kempimpinan, pentadbiran dan pengurusan.
PELAKSANAAN MERONDA
MENILAI ANCAMAN KESELAMATAN ATAU ANCAMAN LAIN
PEMERIKSAAN ATAU PENYIASATAN
PEMERIKSAAN ASET SYARIKAT ATAU ASET INDIVIDU
PELAKSANAAN PENGAWASAN
MEMBUAT CATATAN / LAPORAN
Prepare for patrol duties
Perform security patrol and clocking
Perform physical threat assessment
Conduct property movement inspection
Carry out security surveillance
Maintain log books and security incident report
Yg warna kuning itu maksudnya ialah MELAKSANAKAN PENILAIAN ANCAMAN FIZIKAL
-bukan bermakna secara fizikal, tetapi dlm bentuk fizikal spt boleh berlaku kebakaran besar (sampah di bakar tepi bangunan) atau pd musim panas, rumput tepi jalan utama terbakar), kecurian (barang bernilai di luar pejabat), sabotaj (motorsikal bos terbiar) dan lain-lain. Atau sesuatu ancaman yg boleh dilihat, bukan perkara ghaib yg kita tak boleh lihat. spt ancaman jatuh cinta... kita tak boleh lihat.
-dgn melihat keadaan sekeliling tuan boleh agak apakah ancaman keselamatan yang boleh berlaku. ini semua bergantung kpd pengalaman, pembacaan, dengar cerita orang, dan sensitiviti atau komitmen serta sifat peribadi tuan.
carry out security surveillance
- melaksanakan pengawasan. lihat pekerja atau individu yang mencurigakan; terus tanya. "encik dah kahwin ke belum". haaa jgn buat lawak yer wahai tuan puan semua.
Maintain log books and security incident report
mudahnya pengawal wajib mengisi laporan ronda di dalam buku log yang disediakan, dan membuat laporan khusus atas kejadian tertentu..