28.7.21

PENGURUSAN PERSEPSI

Dulu time saya belajar bab propaganda, tak habis-habislah dok cerita pasal propaganda. Sekarang topik ini di luaskan jadi 'pengurusan persepsi' (perception management). Tak payah baca buku, tenguk tajuk dah tahu. Cuma pendekatannya lebih luas.

Ini termasuk fitnah, rombongan ziarah last minute, buat press statement, berlakon sedih, buat artikel kat media, sogok RTM suruh ambik foto dia, cakap yg baik-baik masa kat parlimen... macam-macam lah lakonan depa dan syarikat2 tertentu.

Umpamanya buat family day, team building, bagi bonus..... semuanya ada udang dlm mee.

PENTINGnya, kita kena sentiasa hati-hati. 22 bulan mereka perintah, hancus negara ini. Perpaduan jadi perpecahan. Rakyat semakin kecik mata tenguk kawan2 sekolah zaman dulu. Apa lagilah bila tenguk PTD [pegawai tadbir diplomati] yg rasuah cepat2 di tukar keluar nak elak kena cekup. Itu belum lagi depa dapat tanah kurnia, kat kg tersusun dapat corner lot, pangkat, kemudahan dll.

Saya bukan fitnah, tapi nak bgtau bahawa dlm perception management ni, segala perbuatan kita mencerminkan kita. Ia sangat rumit dan menyeluruh. Kena berlakon sungguh-sungguh. Tak boleh tidor dgn bini dengan nyenyak. Kena ada 3 biji henfon.

Kalau kita cakap A tetapi perangai C, hancus. Tenguk parti politik yg cuba bela penceroboh hutan simpan untuk musang king. Pertama langgar SOP, kedua di Pulau Pinang, tanam pokok di tanah kerajaan, hukuman dia sangat tinggi. Bukan kah ini antara A dan C. Maka rakyat akan menyampah dgn kita. Dia lah... bukan kita.

Pengalaman saya dlm isu ini, ada sorang pengurus kanan jaga bos mcm nak mampus.