31.5.20

KURSUS KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN

Dalam Malaysia, bagi setengah syarikat hantar pekerja pergi latihan atau buat sendiri apa-apa latihan adalah wajib. Ini tertakluk kepada AKTA HRDF. Mereka kena hulor tiap bulan kepada HRDF dan kemudian bila buat atau hadir latihan akan 'claim' balik dari HRDF.

Kalau kjaan tak wajibkan latihan, banyaklah sykt tidak akan hantar pekerja dia pergi kursus. Tetapi paling tidak pun dia akan adakan juga TEAM BUILDING. Yang ini saya boleh uruskan.

Kursus ni boleh di buat dalam beberapa cara:
Buat sendiri; jemput orang luar ngajar atau staf sendiri yg ngajar. Cara ini jimat banyak. Apa nak buat pun boleh plan sendiri. Tempat, makan, berapa hari, kandungan kursus boleh bincang. Ramai boleh hadir. 50 orang sekali jalan pun boleh.

Kedua; hantar pekerja pergi kursus kat mana-mana. Yg ini mahal kemudian telan lah apa saja yg orang ajar. Tak boleh nak hantar ramai.

Ketiga; urus sendiri tetapi semua di laksanakan oleh sykt yg kita lantik. Releks habis. Pergi kursus bawak badan sahaja. Tapi kita boleh bincang semua aspek seperti cara pertama tadi.

Kalau urus sendiri tidak kira macam mana pun, ada banyak fleksibilitinya. Biasanya malam akhir kita boleh buat BBQ dan karaoke. Boleh jemput bos-bos besar datang join. Tuan-tuan tahu tak, mereka pun nak juga kendurkan juga spring yg tegang tu sekali sekala. 

Bagi usahawan kecil macam saya, apa kursus pun boleh di uruskan. Tetapi saya fokus kepada hal ehwal keselamatan, pengurusan, softskills (pengurusan masa, khidmat pelanggan, kepimpinan, penyeliaan, dll) dan team building.

Ringkasnya kursus keselamatan ni ada banyak. Dari asas hingga lanjutan. Terpulang kpd Tuan nak macam mana.