21.8.19

SKM : TINGKATKAN PROFESIONALISMA KESELAMATAN ANDA 1

Hari ini ada jalan pintas dan murah untuk tingkatkan ketrampilan (kompetensi) kerjaya keselamatan anda. Saya selalu tanya dengan orang keselamatan. Anda mahu jadi pengawal keselamatan sampai mati ker? Ramai yang diam tidak terjawab. Sebab apa? Sebab tidak pernah terfikir. Dan tidak pernah merancang.



Kalau yer terpaksa jadi Pengawal Keselamatan, anda mahu di tahap mana pada penghujung kerjaya ini? Sebagai Penyelia Keselamatan atau Pegawai Keselamatan? Dan bagaimana anda mahu terpilih untuk jawatan ini?


Dulu 'tak sekolah' pun boleh naik pangkat. Sekarang zaman sudah berubah. Ada ijazah pun bawak Grab!! 

Kjaan Msia melalui Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) adalah jalan untuk tujuan ini. Ia di sebut sebagai SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM). Dah wujud semenjak 80an lagi. Cuma kita yg tak tahu!!



Saya fokus kepada Keselamatan.



SKM 2 untuk tahap Pengawal Keselamatan. Jika anda ada sijil ini bermakna anda betul-betul seorang pengawal yang mantap. Sesuai utk gred KP 11, 14 dan 17. Di Putrajaya, pengawal semuanya KP 17.



SKM 3 untuk Penyelia Keselamatan. Jika anda ada sijil ini, boleh mohon untuk isi jawatan Penyelia Keselamatan di tempat anda sedang bekerja atau di tempat-tempat lain yang anda suka.



Kita tak boleh short cut terus nak buat SKM 3. mesti kena lalui SKM 2 dahulu.



Bagaimana?  Ada 2 cara, hadir kursus atau hadir penilaian. Penilaian ini di sebut sebagai PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu) atau RPEL - Recognition Previous Experiental Learning).



Saya terangkan dgn ringkas PPT/RPEL ini. Anda hanya perlu sediakan portfolio, kemudian Pegawai Pembimbing akan datang jumpa anda untuk lihat portfolio itu untuk pastikan ia lengkap dan OK. Jika OK beliau akan buat sokongan untuk anda di nilai oleh Pegawai Penilai. Macam raja kan! Orang yg dtg jumpa anda.



Jika ramai orang yg sekongkol nk buat PPT ni, seorang Pembimbing boleh kawal setakat 5 orang sahaja dlm satu masa. Saya cadang buat ramai2 supaya boleh bincang2. Buat ramai2, daftar siapa yg siap dulu.



Kalau organisasi anda boleh sponsor sebagai satu keperluan latihan pun OK jugak.



Semudah itu saja. Cumanya anda kena daftar dgn JPK menggunakan internet dan bayar 300 ringgit kpd JPK. Pegawai Pembimbing akan jumpa anda 2 kali sahaja. Dan dalam masa 2 bulan anda mesti siapkan portfolio ini.



Bagi memastikan anda dpt sediakan portfolio dlm masa tersebut, saya cadang anda cari 'guru' terlebih dulu untuk ajar buat portfolio. Ringkasnya, pergi tuisyen dulu. Ini pun boleh buat melalui internet atau wassap atau call saja. 



Tapi kalau anda nak hadir kursus, ia akan makan ribu-ribu ringgit dan kursus ini elok sepenuh masa. Tak lah... ribu ribu ni kalau kursus sepenuh masa di kolej tertentu. Kita sudah kerja mana boleh mcm tu.



Bagi anda yg sedang bekerja, LPKT/RPEL adalah cara yg paling baik dan sesuai. LPKT- Laporan pengalaman ketrampilan terdahulu.



SKM 4 tidak ada, ia di panggil DKM iaitu Diploma Kemahiran Malaysia. Ini untuk Pegawai Keselamatan ke atas. DLKM 5 pun ada dan ia di sebut Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.


SKKM. Sini anda boleh daftar utk mula sebagai 'pelajar'. tapi saya cadang jangan lagi. Dah bersedia baru daftar dgn klik sini SKKM



NOSS. Ini adalah nota yg anda perlu baca. Saya tolak dlm bentuk softcopy dgn harga 18 rgt. Kalau dari JPK 20.00 sahaja.



Faedah ada SKM. Kjaan dulu perkenalkan benda ini dan kjaan baru teruskan je. Ia bertujuan utk capai pekerja yg profesional. Jadi pengawal yg tahu serba serbi. Bukan meronda untuk sign buku atau sentuh itu Touch n Go saja. Meronda dgn ilmu, dgn ada matlamat dan tahu apa nak buat dlm pelbagai keadaan kecemasan dan perkara yg menjejas keselamatan.



Senang nak naik pangkat. Ada sebab yg kukuh berbanding orang yg tiada SKM.



Senang nak cari kerja di tempat lain. Rebut awal2 sebab lepas ni semua tempat akan guna SKM.



Paling utama....capai SKM dlm waktu kerja. Tak perlu hadir kursus tak perlu keluar modal yg banyak. Hanya 300 rgt bg setiap SKM.

Kepada bekas tentera, mereka di biayai sepenuhnya oleh PERHEBAT. Anda perlu lalui proses yg lebih kurang sama, dan anda akan di uji semua sekali gus. Tup tup terus dapat DKM 4.

Keterangan lanjut. Call saya 019 275 0075 atau emel noormohamad0075@gmail.com

Jika mahu saya datang ke tempat Tuan untuk beri taklimat hal ini, sila maklum tarikh dan masa. InsyaAllah saya akan cuba penuhi kehendak Tuan. Tapi asal ada lebih dari 5 orang.

Jika di tempat Tuan ada ramai, saya sarankan Tuan fokus kepada Penyelia dulu  

Apa itu portfolio? Sila klik P-FOLIO

Bacaan lanjut: Klik lebih mendalam

Cara buat kertas kerja: Klik


27.7.19

KESELAMATAN - ANCAMAN ahli POLITIK DAN MEDIA tidak bertanggungjawab

Dalam sistem demokrasi, pemimpin politik di setiap peringkat dipilih melalui proses yang sah dan terbuka. Dalam kalangan sebahagian masyarakat, pemimpin yang terpilih ini sering dianggap sebagai figura terbaik—bukan kerana penilaian yang objektif atau berdasarkan kompetensi yang terukur, tetapi kerana faktor kemenangan itu sendiri.

Fenomena ini menimbulkan satu persepsi: jika seseorang itu menang pilihan raya, maka secara automatik dia dianggap sebagai yang paling layak, paling bijaksana, dan paling suci daripada sebarang kekurangan. Dalam suasana sedemikian, ruang untuk menegur, menilai atau menyoal integriti kepimpinan menjadi semakin sempit. Kritikan mudah dianggap sebagai penghinaan, dan teguran dilihat sebagai ancaman.

Keadaan ini boleh membawa implikasi kepada budaya politik negara. Jika kemenangan sahaja dijadikan ukuran kebaikan, maka aspek-aspek penting seperti akauntabiliti, etika kepimpinan, dan keupayaan sebenar untuk mentadbir sering diketepikan. Padahal, dalam kerangka demokrasi matang, pemimpin bukan sahaja perlu menang—tetapi juga perlu terbuka kepada teguran, semakan dan penambahbaikan berterusan.

KPN Terbaik Malaysia

Tambahan pula, apabila sumber maklumat rasmi dilihat semakin cenderung memihak kepada satu kelompok kepimpinan atau satu arus politik tertentu, kepercayaan masyarakat terhadap media arus perdana turut merosot. Apabila kredibiliti institusi maklumat rasmi dipersoalkan, orang ramai secara semula jadi berpaling kepada saluran alternatif—media bebas, portal tidak rasmi, dan rangkaian sosial yang tidak terikat kepada struktur politik sedia ada.

Fenomena ini menghasilkan satu paradoks: rakyat mencari maklumat bagi mendapatkan perspektif yang lebih seimbang, namun pada masa yang sama mereka terdedah kepada risiko berita yang tidak disahkan, bias yang terselindung, serta manipulasi naratif oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ekologi maklumat yang tidak seimbang ini mewujudkan jurang persepsi yang besar, meningkatkan polarisasi, dan memberikan kesan langsung kepada keselamatan maklumat serta kestabilan masyarakat.

Dalam konteks keselamatan, keadaan ini amat mencabar. Bukan lagi soal siapa yang memimpin atau siapa ketua pengarang, tetapi sejauh mana integriti maklumat dapat dipertahankan. Apabila wacana awam dikuasai oleh pihak yang tidak berwibawa—baik dalam media rasmi atau tidak rasmi—maka risiko salah maklumat, sentimen melampau, dan tindakan tidak rasional akan meningkat.

Situasi sebegini menuntut kita mengkaji semula bukan sahaja peranan media, tetapi juga keupayaan negara untuk membina ekosistem maklumat yang sihat, telus dan bertanggungjawab.




Di tempat kerja, pelbagai bentuk ketegangan boleh wujud—daripada salah faham kecil, konflik interpersonal, sabotaj dalaman, hinggalah kepada isu disiplin yang membawa kepada tindakan buang kerja. Ada pula keadaan di mana individu yang tidak berkelayakan diberi peranan pengurusan, menyebabkan suasana organisasi menjadi semakin tegang, tidak stabil dan sukar dikawal. Jika dibiarkan, keadaan seperti ini ibarat bara yang menunggu masa sahaja untuk menyala.

Dalam situasi sedemikian, anggota keselamatan perlu bertindak secara bijaksana dan profesional. Kita tidak masuk campur secara emosi, tetapi membuat penilaian risiko secara senyap, mengenal pasti individu atau kumpulan yang berpotensi menjadi “pencetus masalah”, dan mendokumentasikan segala perkembangan dengan teratur. Apabila sesuatu insiden berlaku, segala maklumat ini akan membantu pasukan keselamatan organisasi dan pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih tepat dan cepat.

Peranan anggota keselamatan bukan sekadar menjaga pagar dan pintu masuk, tetapi menjadi benteng awal dalam memastikan organisasi kekal stabil, harmoni dan bebas daripada ancaman dalaman.

Semoga tuan-tuan menjadi anggota keselamatan yang benar-benar mantap — berilmu, berdisiplin, dan sentiasa satu langkah di hadapan dalam menjaga keselamatan organisasi.


  
e



14.5.19

SKM 2: BACAAN LANJUT

Apabila kita mula mahu baca buku, kita lihat dulu ISI KANDUNGAN buku itu, dan cari tajuk yg berkaitan, dan kita mula baca di situ.

Tidak perlu baca dari helaian pertama. Ada masanya, kita wajib baca siapa penulis, tujuan menulis dll.

Sekarang saya mahu cerita sikit tentang SKM [sijil kemahiran Msia] yg sekarang ni spt pisang goreng panas. Bagi saya, walaupun mudah utk dpt sijil ini melalui kaedah PPT, bg kita yg sudah ada SKM wajib ada ilmu dan kemahiran yang sepatutnya. Jangan ada SKM, tetapi sikap dan hasil kerja; ke laut.

Saya risau Msia sudah ada 15 juta orang pemegang SKM tetapi pengalaman kita haprak. Pasang letrik di rumah...trip. Baiki kereta, screw lupa pasang. Goreng koew teow jadi sup koew teow. Buat kopi cair. 

Dlm bab SKM 2, tugas utama ialah bertugas di pos depan, atau pintu utama sesebuah premis. Di bawah ialah keadaan biasa yg kerap berlaku... yang saya boleh fikirkan:

Semasa MENGAWAL POS UTAMA

  • gagal ambil butir pelawat
  • gagal periksa kenderaan dan menyebabkan barang di curi keluar
  • gagal tahan kenderaan
  • gagal catit dalam buku log
  • Dalam serah terima pos, gagal check walkie talkie boleh digunakan, lampu suloh OK, telefon OK, pen ada dakwat...

Semasa MERONDA

  • gagal jumpa berlaku bencana keselamatan (pagar pecah, pintu di ceroboh)
  • gagal menyiasat
  • gagal ambil tindakan keselamatan (menyiasat, melapor, tutup lubang di pagar)
  • gagal buat laporan bertulis
  • gagal memberi cadangan dalam laporan bertulis


Setiap ketua  mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza, oleh itu fokus mereka berbeza, perkara kritikal kpd mereka juga berbeza. contoh: jika ada kemalangan di jalan raya.. baik berhenti atau teruskan perjalanan?

Oleh itu, fikirkanlah sebaik mungkin, apakah yang kritikal semasa jaga pos dan semasa meronda.

PERALATAN MERONDA DAN MENGAWAL
Anda kena ada sarung tangan putih. Jika tidak dibekalkan, anda sudah ada. Kongsi beli di DIY, satu bungkus dapat 10 pasang, harga seringgit lebih se pasang. wisel, cota, lampu suloh. Semua itu perlu ada dalam kereta, dan kalau beli pun tak salah tak rugi.
Bawak pen dan buku nota 555, muat untuk isi dalam poket. Pakai baju camel atau kemeja tangan pendek supaya nampak kemas macam seorang Pengawal Keselamatan. Rambut kemas, pakaian (uniform) kemas, kasut hitam berberus!

Itu semua mungkin kritikal kpd ketua  anda. Kalau tidak pun, rupa fizikal anda pun sudah mempengaruh ketua untuk menilai anda.

INGATAN KASIH SAYANG! jangan tawar hati untuk baca nota di bawah ini. Semua kita pernah buat, TETAPI cara penulisan ini yg kasi kita gabra sikit.


Satu hari nanti anda akan hadapi juga perkara ini. Klik sini:

SOALAN PENILAIAN / UJIAN AMALI RPEL BIDANG KESELAMATAN
  
SILIBUS SKM 2 [LEVEL 2]



Silibus kita.... fokus 5 kotak kuning di atas sahaja. Pecahan bagi setiap kotak spt di bawah


1.    Premise Access/Exit Control [DS 010 2:2013 C01]
1.1.          Perform administrative functions.
1.2.          Handle customer requirements.
1.3.          Handle people entering premise/ restricted area.
1.4.          Handle organization’s key control.
1.5.          Conduct freight check.
1.6.          Conduct property movement inspection.
1.7.          Carry out pilferage handling.
1.8.          Conduct security post housekeeping.

Maksudnya, kawalan pintu utama atau kawalan akses. Ada 8 perkara... TAK PERLU kita hafal... hanya mau faham. Aspek pentadbiran, menghadapi pelawat, cara mengurus pelawat, kalau nak masuk kawasan larangan mcm mana [ingat! pejabat MD pun kawasan larangan jugak] kawalan kunci, pemeriksaan kenderaan, barang keluar masuk, kecurian dan kebersihan pos.

Nah....semua itu kita pernah buat!!!

2.    Security Patrolling [DS C02]
2.1.          Prepare for patrolling duties.
2.2.          Perform security patrolling and clocking.
2.3.          Perform physical threat assessment.
2.4.          Conduct property movement inspection.
2.5.          Carry out security Surveillance.
2.6.          Maintain log book; Security Incident Report (SIR).

Maksudnya, persiapan ronda, peleksanaan, menilai ancaman,
pemeriksaan pergerakan, pemerhatian, isi buku log dan membuat
laporan 

3.  Workplace Security and Safety Control
3.1.   Carry out workplace regulation enforcement
3.2.   Handle violation and crime incident
3.3.   Handle safety violation
3.4.   Participate in workplace emergency respond and  evacuation
3.5.   Conduct crowd control/ traffic control

penguatkuasaan peraturan, menghadapi keganasan dan kejadian, menghadapi keadaan bertentangan prosedur keselamatan, tindakan semasa kecemasan, kawalan orang awam dan trafik

4.    Security Risk Situation Control
4.1.          Perform First Aid & CPR.
4.2.          Handle basic fire fighting.
4.3.          Conduct contiguous symptom screening
4.4.          Perform safety hazard check.
4.5.          Handle risk/ threat situation.
4.6.          Perform safety/security equipment serviceability /functionality check.

5.    Unarmed Escort
5.1.          Identify unarmed escort duties.
5.2.          Prepare for unarmed escort duties.
5.3.          Execute unarmed escort duties.
5.4.          Returned to base.
5.5.          Update unarmed escort duty report.




PREMISE ACCESS/ EXIT CONTROL  
Kalau ikut buku akses control ni ialah kawalan di pintu utama atau kitadi Guard Room. Maklumat di bawah semua berkaitan dgn guard room.

1.    Perform administrative functions.
2.    Handle customer requirements.
3.    Handle people entering premise/ restricted area.
4.    Handle organization’s key control.
5.    Conduct freight check.
6.    Conduct property movement inspection.
7.    Carry out pilferage handling.
8.    Conduct security post housekeeping.


Perform administrative functions. [PENTADBIRAN]
·       Pengenalan kpd khidmat kawalan dan keselamatan
·       Akta berkaitan – Akta 27 dan PPKKM
·       Jenis perkhidmatan – khidmat dan keselamatan maklumat
Ini [yg atas ni] depa tidak akan tanya sebab ini khas utk pengawal awam

Prosedur pengawal lapor diri [ini isu pengawal yang kena lapor utk bertugas di guard room atau di tempat lain]. Samada kita ditanya sebagai ketua pengawal atau sebagai seorang pengawal.
·       baris - periksa kedatangan - taklimat - pastikan semua faham arahan - ada jadual tugas - tugas dan tanggungjawab - lokasi bertugas - disiplin - imej - alat 
·   
·       Alat – cota, lampu suluh, wisel,  walkie talkie, jam [tentera tidak pakai jam, kita guna buku yg kena tandatangan di setiap pos]. cota pun tak guna, kita guna senjata api.
Prosedur Serah terima tugas

·    Amanah
·    Kebertanggungjawaban
·    Tanggungjawab
·    Kes tertangguh
·    Bendera
·    Masalah – boleh selesai masalah, kaunseling, kepimpinan ; motivasi

Khidmat pelanggan [isu ini penting sebab kita selalu terima pelawat tentera atau awam]

komunikasi - bercakap, membaca, menulis
protokol komunikasi - cara guna set atau walkie talkie
bilangan stesen atau pos
tujuan sistem komunikasi
jenis kawasan
stadium
kompleks
kawasan terbuka
kawasan berpagar
kilang
pintu utama
Teknik bercakap telefon [kalau ada orang call] ceritalah bagaimana kita diajar jawab telefon
- salam, tawarkan bantuan, sambungkan, maklum pemanggil

Buat announcement [guna PA system] kalau dia tanya, jawab kem askar tak guna PA system mcm stesen keretapi atau KLIA

Menerima pelawat masuk ke kawasan/pejabat biasa/larangan
Jenis pelawat: pembekal, pelanggan, pelawat, kontraktor
Prosedur

·       Salam
·       Tanya tujuan
·       Beri bantuan
·       Buka gate
·       Teknik utk maklum pegawai berkenaan
·       Pelawat – yg dibenar, tidak dibenar, yg disyaki
·       Kenderaan – kompom no kereta dan rekod
·       Bagi pas masuk
·       Cara menapis pelawat
·       Nak eskot atau tidak; prosedurnya

Pengenalan kpd safety & Health. Ini amat penting demi keselamatan diri kita sendiri. Jika kita tidak pandai berenang, jgn gatal-gatal mahu selamtkan orang yg sedang lemas di air. 
 Prosedur keluar premis
·       Serah pas dan PPE
·       Serah slip lawatan
·       Tandatangan buku pelawat dan keluar

Kawalan kunci
Prosedur
·       Periksa hari2
·       Nombor
·       Label
Keluar masuk kunci
·       Simpan dlm peti
·       Yg dilantik /dibenar saja ambil kunci
·       Rekod
Masalah kunci
·       Hilang
·       Salah tempat
·       Orang tak dibenar datang ambil kunci
·       Tak rekod
·       Tak buat serah menyerah
·       Buat kunci pendua
·       Kunci rosak
·       Ganti kunci lain [tipu punya]
Masalah siasatan
·       Tak ikut prosedur
·       Tak lapor

Periksa lori keluar masuk
Dokumen terima dan keluar [bat L 5] paling minima
Prosedur periksa
·       Jumlah
·       Ada ‘seal’
·       Kotak/bungkusan tidak pecah
·       Dokumen tidak rosak
Prosedur melapor dan menahan lori keluar/masuk
·       Butir terperinci
·       Prosedur penerimaan
·       Rekod dlm buku

Periksa pergerakan barangan/asset/harta syarikat/kjaan
Sebab apa keluar masuk – baiki, sewa, lupus, pindah, dll
Siapa yg ada kuasa
Maklumat terperinci

Pilferage [curi oleh staf sendiri] ini perkataan yg diguna dan maksud sebenar. Kalau kecurian biasa, di sebut loss prevention apa yg saya catit di bawah adalah cerita pasal kecurian oleh staf sendiri
Barang berharga/bernilai- buruk/lupus, ransum, alat tulis, barang stor, puluru, dll [barang buruk ada juga nilainya; contoh enjin F5E yg dicuri oleh Sgt TUDM]
Prosedur – pemeriksaan; mcm mana nak kenal
Subahat dgn kontraktor [byk kes yg tolong bawak keluar adalah kontraktor dgn bantuan staf dalaman]

Kebersihan pos [guard room]
·       Prosedur & arahan kebersihan
·       Barang bernilai/berharga
·       Inventori
·       Serah menyerah tugas
·       Pemeriksaan

LEVEL 2 BAB MERONDA
Bab ronda ini jelas dan nyata, boleh fikir sendiri bagaimana mahu jawab.
         Persiapan
Tugas
Tugas khas
Jadual
Lokasi/kawasan
Arahan lanjut
Penerangan tugas
Laluan
Kekerapan
Pos buku ronda
Kekuatan
Peralatan
Jenis
Kebolehgunaan
Laluan kecemasan
Pemeriksaan anggota
Prosedur
Laluan selamat
Ronda berkenderaan
Pemilihan kenderaan
Kebolehgunaan
Radio set/walkie takie
         Meronda
Kawasan ronda
Lokasi/kawasan
Lokasi buku ronda
Laluan
Pemeriksaan keselamatan anggota [jika perlu]
Tindakan jika penggera keselamatan berbunyi
Prosedur keselamatan perlatan yg dibawa
         Buat penilaian ancaman
Pemerhatian
Keadaan yg berisiko
Penilaian
Ancaman yg dikenalpasti
Analisa ancaman
Tindakan
Melapor
Tulis buku
Buat laporan bertulis [isi boring]
         Pemeriksaan pergerakan harta
         Tinjauan CCTV
Prosedur
Kawasan berisiko
Kelemahan/kerosakan
Selamat
Kebolehgunaan
Sedang merakam
Prosedur merakam
Simpanan rakaman
Prosedur berlaku kerosakan CCTV
Pengesan pencerobohan
Ada kesan sabotaj
Alat semua boleh guna
Kamera diubah haluan?
Prosedur melapor
Kelemahan keseluruhan
Kerosakan teknikal
Format laporan
         Merekod di Buku Log & Laporan Kejadian
Kumpul semua laporan
Buat laporan
Menulis laporan
Laporan lepas
LEVEL 3
1.    Coordinate Security Administration
1.1.          Deploy security officers’ duties
1.2.          Carry out shift briefing.
1.3.          Monitor security officers’ discipline.
1.4.          Facilitate security officers’ development.
1.5.          Monitor security officers’ welfare.
1.6.          Enhance customer/ client relationship.
1.7.          Attend to customer/ client complaint.
1.8.          Monitor security post housekeeping.

2.    Security Command and Control
2.1.          Monitor security officers carryout their duties
2.2.          Handle Closed Circuit Television (CCTV) Surveillance
2.3.          Conduct internal incident investigation
2.4.          Carry out security assignment site survey.

3.    Emergency Support Coordination
3.1.          Facilitate safety and health situation.
3.2.          Facilitate security risk/ threat situation
3.3.          Coordinate Emergency Response activities.
3.4.          Prepare Security Incident Report (SIR).

4.    Coordinate Pilferage Handling
4.1.          Identify valuable scrap for disposal.
4.2.          Ensure scrap disposal handled.
4.3.          Monitor waste disposal checked.

5.    Close Protection Coordination
5.1.          Assess close protection (Bodyguard) duties.
5.2.          Prepare close protection (Bodyguard) team.
5.3.          Coordinate close protection (bodyguard) duty.


6.    Armed Protection Coordination
6.1.          Carry out weapon handling.
6.2.          Facilitate security officers to prepare for Fire Arm protection duties.
6.3.          Perform Armed Protection Duties.
6.4.          Handle Fire Arm safety requirements.
6.5.          Perform Fire Arms Returning.

7.    CVIT Facilitation
7.1.          Ensure CVIT vehicle checked.
7.2.          Monitor CVIT Collection.

-->
7.3.          Monitor CVIT delivery to client.
Sila klik di bawah utk maklumat lanjut