16.5.17

Pengganas di Lahad Datu

Kjaan terpaksa membuat pelbagai penerangan gara-gara Laporan Polis kes ini bocor...


15 Mei 2017 kita terima laporan 'sighting report' tentang 5 orang pengganas bersenjata yg ditemui oleh seorang pakcik di kawasan Lahad Datu.

Apa yang paling sedih di sini ialah, besuknya saya sendiri terima salinan Laporan Polis mengenai kejadian tersebut. 

Mengapa mahu sedih?

1. Bagaimana satu laporan rasmi berkaitan keselamatan boleh terlepas kepada orang awam?

2. Nama pakcik itu dan nombor telefon dia jelas tertulis. Maknanya....pakcik itu akan jadi popular dan juga akan jadi sasaran pengganas. Pakcik itu dan seluruh keluarga dia sekarang ini sudah dalam bahaya.

3. Ada maklumat lain dalam laporan itu memberi gambaran Modus Operandi pengganas, dan sekarang mereka akan tukar tektik. Ini akan menyusahkan pihak Polis.

4. Rakyat jelata akan panik dengan laporan ini, dan susah bagi pihak keselamatan untuk bekerja dengan berkesan, KERANA berita angin akan mula merebak.

Naaa..itu lah kesan jika anggota kita sendiri cuai dan rasa bangga untuk kongsi maklumat dengan orang yang tidak sepatutnya.

Betul, pihak Polis perlu kongsi maklumat. Tapi pihak atasan tidak akan kongsi nama pelapor sebab itu bahaya. Mereka tahu bila masa sesuai nak kongsi maklumat.

Kesimpulannya....kepada semua anggota keselamatan.. polis, tentera, RELA, pengawal keselamatan atau sesiapa saja, TOLONG jangan kongsi laporan, maklumat, foto atau apa saja.

Ia akan memberi risiko kpd kita sendiri, menyusahkan penyiasatan seterusnya, dan banyak lagi.   

Terkini sebuk pula berkongsi laporan rasmi polis pasal kes tahfiz terbakar. Sedihnya tenguk orang kita berkongsi maklumat termasuk  maklumat berdarjah/terperingkat [classified information]. 

Rasa macam nak maklum terus kepada VSP info orang yang suka viral maklumat begini. Apa itu VSP ?

Klik di sini untuk maklumat berkaitan

Keselamatan Pejabat & Maklumat