6.3.17

Serah Menyerah Pos Keselamatan

Antara PRINSIP KESELAMATAN yang kita telah belajar ialah IMEJ KESELAMATAN. Imej ini termasuk cara kita berpakaian, cara berkomunikasi, dan tidak lupa kebersihan.

Malangnya, ini adalah KELEMAHAN UTAMA yang kerap berlaku. Selepas sebulan, jika ia tidak dilakukan, pos pengawal akan kelihatan lebih teruk dari tempat buangan sampah.



Salah siapa? [sedapnya dengar ayat ni] Puncanya ialah semua orang termasuk ketua atau Penyelia Keselamatan yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu tanggungjawabnya. Pengawal jangan ketawa....kamu pun sama.

Alasan...tiada penyapu! Adakah hendak serah tugas perlukan penyapu? Kenapa tak cakap kapas korek telinga tak ada!


Pos mesti diserah dengan lengkap. Hendak serah apa?
  • Pelawat dan/atau kontraktor atau pekerja/staf yang belum keluar.
  • Tetamu khas akan sampai pukul berapa, berapa orang, apa nombor kereta dll.
  • Apa kejadian yang telah berlaku tadi...
  • Pemadam api, kad pelawat, walkie talkie, lampu suloh, baju hujan, cota.......semua cukup dan boleh digunakan


DAN last sekali....bersih dan kemas. Tak ada penyapu...pergilah pinjam. Tidak pun ambil lah ranting-ranting kayu atau pelepah kelapa sawit. TANDAS juga mesti bersih.

Penyelia Keselamatan perlu periksa selalu. Pengawal yang cuai mesti diambil tindakan disiplin....suruh dia jalan itik keliling pos!

JANGAN LUPA periksa semua buku yang ada di situ.

TUGAS serah menyerah adalah paling asas yg perlu tuan tahu dan buat setiap kali masuk tugas. Jika tuan baca NOSS dlm bab keselamatan pun akan jumpa bab ini.