14.11.15

Keselamatan Mesin ATM

Kejadian akhir semalam BSN Kepong telah menjadi sasaran. Di dalam kejadian tersebut, 2 ATM dipercayai dibom dengan jayanya.

Kejadian yg sama masih lagi berlaku. Apa yang kita boleh lihat ialah, penjenayah tidak mahu ambil risiko hingga boleh menyebabkan cedera atau mati. Oleh itu lebih baik sasarkan mesin ATM. 

Apa yang menarik di sini, yg bukan terlatih pun cuba merompak mesin ATM menggunakan pelbagai cara termasuk guna mesin berat.

Beberapa tahun lepas, mesin ATM Bank Rakyat di Melaka juga dibom tetapi gagal.

Kejadian yang sama selalu juga berlaku di Indonesia. Bukan se nasib..mungkin orang yang sama.

Modus Operandi kali ini agak disesali. Ia amat mudah walaupun berisiko tinggi. Kebelakangan ini, permainan bunga api dan mercun seperti diizinkan oleh semua pihak. Seorang penduduk di Kepong memberitahu, penggunaan bunga api dan mercun yang kuat seperti bertambah banyak. 


Tidak hairan jika  letupan yang begini kuat pun tidak diendahkan oleh orang ramai. Mengikut maklumat, lokasi BSN dengan Balai Polis pun tidak berapa jauh. Maaf saya tidak mahu salahkan mereka yang sedang bertugas.

Tidak salah jika kita andaikan mereka sudah perhati pukul berapa Polis Bantuan BSN datang ronda dan sebagainya. Isunya di sini apakah kelemahan mesin ATM ini dari aspek lokasi. Dari situ, pihak tertentu sepatutnya buat kajian semua mesin ATM yg pernah jadi sasaran.

Penjenayah selalu tahu mesin mana yg ada banyak duit. Bagaiman mereka boleh tahu?

PENGAJARAN. Pegawai keselamatan perlu sentiasa berfikir tentang pelbagai kemungkinan dan ambil tindakan secara diam-diam. Segala macam rompakan dari bank hingga ke rumah kebanyakannya berlaku sebelum hari raya, khususnya raya melayu dan raya cina.

Jika hasil rompakan hendak dibawa keluar ke negara jiran mereka akan aktif sebulan sebelum raya. Hasil rompakan akan bergerak secara berasingan supaya tidak tertangkap. Di sini, kita perlu lebih aktif dan berhati-hati dalam waktu tersebut.


Dua hari lepas, di Kedah, perompak langsung guna jentolak untuk rompak mesin ATM.

Pernah berlaku syarikat insuran tidak mahu memberi perlindungan terhadap mesin ATM yang selalu menjadi mangsa penjenayah. Jika ini berlaku, maknanya langkah keselamatan kita sudah dianggap gagal. Siapa sebenarnya yang betul-betul bertanggungjawab ke atas mesin ATM? 



Banyak aspek yg perlu dipertimbang demi keselamatan mesin ATM: lokasi, penggera, CMS, CCTV, kawalan, rekabentuk, sosio ekonomi, CIT, SOP kecemasan, CPTED, tenaga letrik dan kadar penggunaan.

Mesin ATM mungkin tanggungjawab Jab IT atau jab yg berurusan dengan cash management. Rancangan pemasangan, perolehan, pentadbiran dan pengurusan melibatkan beberapa jabatan dan ramai individu. Ketirisan maklumat boleh berlaku di mana mana jabatan, tempat dan oleh individu tanpa mereka sedari.

Ini bermakna pengurusan bank perlu lihat bahawa semua aktiviti ATM adalah sulit. Period.

Lagi pun, bukan semua mesin ATM ada ciri keselamatan yg kita mahu. Jadinya, pihak keselamatan kena fikir dan rancang untuk baiki tahap keselamatan setiap mesin ATM dan cara mengesan penjenayah yang berkesan.

Pernah berlaku, pemilihan lokasi diputuskan oleh pengurus yg mengendali mesin dan bukan jab keselamatan. Akibatnya, pihak polis menasihat ia dipindahkan selepas cubaan memecah mesin ATM ini. 

Apa bila hendak memasang mesin ATM, 100% prosesnya dari perancangan hingga pemasangan mesti melibatkan jab keselamatan.

Tinjauan mesti dilakukan. Pihak polis dan JKKK mesti dirujuk termasuk penduduk tempatan.

Mengapa penduduk tempatan? Sebab penduduk tempatan lebih tahu sejarah tempat mereka berbanding polis. Polis pula tidak dibenarkan mendedahkan semua maklumat yg kita mahu. Sama juga dengan seseorang individu yg nakal tetapi tidak ada rekod polis.

Lokasi. Mengapa terdapat mesin ini di kedai minyak? Sebabnya jelas kerana di situ sentiasa ada orang memerhati. Ada juga yang pasang di kawasan masjid. Mungkin satu hari akan ada mesin ATM di kedai mamak!

Apabila ada sesuatu kejadian, selalu pihak keselamatan disalahkan. Oleh itu wajar mereka diberi tempat dalam bilek mesyuarat dari ia mula dirancang.

Cuma kita patut rasa heran mengapa kejadian rompak mesin ATM terus berlaku? Di mana kah silapnya?

MODUS OPERANDI. Tinjauan. Ini wajib mereka lakukan. Bukan sahaja lokasi mesin, tetapi boleh atau tidak kenderaan atau jentolak datang rapat [kena fikirkan halangan], adakah mesin ATM itu boleh dilihat oleh awam atau tersorok [pemilihan lokasi, sudut, tiang dll], adakah ia terletak di jalan sahala [pemilihan jalan datang dan pergi oleh penjenayah], jika selepas merompak terpaksa masuk bandar, mungkin ini akan dielakan. Laluan laluan untuk lari, cukup terang lampunya, muat untuk lori dan motorsikal [halang dgn apa apa cara]. Tempat Menunggu. Mereka mesti akan menunggu untuk melihat waktu yg sesuai untuk 'serang'. Pastinya ia tempat yang gelap, tidak ada nyamuk, tidak disyaki tetapi tersorok. Dan di mana lokasi paling baik untuk buat pemerhatian? dalam warung berdekatan, dlm kereta, bus stop? Macam-macam boleh kita fikirkan dengan satu syarat. jika anda akan merompak mesin ATM....apa yang kamu akan rancang. Untuk serang dan untuk lari.