27.7.19

KESELAMATAN - ANCAMAN ahli POLITIK DAN MEDIA tidak bertanggungjawab

Pemimpin Politik di setiap peringkat (level) di lantik dgn cara demokrasi. Bagi setengah orang, pemimpin ini adalah manusia yg terbaik. Terbaik tanpa pertimbangan yg jelas, atau yg berobjektif. Negatifnya, tak kira bagaimana pemimpin itu boleh menang; janji menang, maka pemimpin itu mestilah seorang manusia yg paling baik dia pernah jumpa. Jgn gatal nak  sentuh, nak hina, nak tegur.


KPN Terbaik Malaysia

Di samping itu, spt mana KPN pernah berkata, Ketua Pengarang media cetak hendaklah bertanggungjawab. Menjual berita panas (news value) mmg hebat. Menguntungkan! Tetapi oleh kerana itu lah  pembaca boleh jadi naik angin. Naik bersemangat!

Bila berlaku gabungan pemimpin yang 'amat disayangai' dgn sumbangan media cetak; maka kombinasi ini boleh akibatkan pelbagai kejadian yang kita boleh agak agak apa boleh berlaku. Maka media yg sama mula membuat andaian.

Bagi orang keselamatan, siapa yang memimpin atau siapa ketua pengarang tidak penting. Cuma sakit hati bila lihat 'mangkok' jadi pemimpin dan jd ketua pengarang. Dan ntah apa kena dgn penyokong mereka? Di mana kewarasan mereka?


Di tempat kerja, boleh berlaku pergaduhan, sabotaj, buang kerja dan perlantikan 'mangkok' tahap lain pula untuk jadi pengurus dan sebagainya. Keadaan jd bertambah sulit, kusut dan haru-biru. Tunggu masa saja untuk berlaku sesuatu. Kita pun diam-diam buat persiapan, kenalpasti batu-batu api yg merbahaya dan buka fail. Bila berlaku kita sudah sedia untuk bantu pihak Polis.

Semoga tuan tuan jadi seorang anggota keselamatan yg mantap!  


  
e