11.10.26

KECEKAPAN SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN

Sebelum bercerita aspek ini, baik saya info dulu apa itu keselamatan di tempat kerja. Jika di tanya apa itu keselamatan? Jawapan mudah. Nampak selamat, Rasa selamat. Tuan pernah lihat kedai emas dan bank di kawal oleh seorang atau dua orang pengawal keselamatan yang bersenjata? Bagi diri saya sendiri, saya tidak nampak ia satu keadaan yang selamat. Tapi tuan mungkin akan respons ... OK jer!

Maknanya apa? Maknanya persepsi atau pendapatan atau pandangan tentang keselamatan berbeza antara orang awam dan saya - individu yg berkecimpung dlm hal keselamatan.

Bagi setiap senjata api ada satu ruang yang disebut sebagai chamber. Iaitu satu ruang yang terdapat peluru yang sediakan untuk meletup. Jika peluru sudah berada di situ, risikonya ialah, meletup sendiri kerana senjata api terjatuh atau 'jari gatal' yang menyebabkan trigger tertekan, dan peluru meletup. Ringkasnya - kemalangan yang boleh sebabkan kematian atau kecederaan.

Oleh itu Pengawal berkenaan akan pastikan tiada peluru di dalam chamber, dan ini pula boleh sebabkan lambat untuk bertindakan jika berlaku kecemasan keselamatan.

Saya ulang balik - jika ada pengawal bersenjata sedang bertugas - Tuan kata satu keadaan yang selamat; saya tetap kata tidak atau kurang selamat atau berisiko.

DARI SINI... kita masuk tajuk Pengawal Keselamatan Yang Cekap. Cekap bermakna beliau ada pengethuan, ada kemahiran, ada sikap, dan, ada pengalaman yang sehaluan dgn profesionalisma seorang Pengawal Keselamatan di tempat beliau bekerja.

Di sebuah universiti yg saya pernah bekerja - Pengawal pun pernah bekerja. Pengawal ni pernah kerja di mana dalam universiti tersebut? Ke dua dalam keadaan bagaimana? Gate depan? Asrama pelajar? Kawal lalu lintas (trafik)? Dewan Peperiksaan? Pejabat Hal Ehwal Pelajar? Rumah keluarga? Fakulti? Meronda? 

Tuan2, di setiap tempat ini, tugasnya berbeza, ancamannya berbeza, kemahirang yang diperlukan berbeza, dan sikapnya juga berbeza. Perangai staf, pensyarah, pelawat, orang ramai, dan pihak berkuasa yang memasuki kawasan kampus juga berbeza.

Agak-agak saya, Tuan sudah faham bahawa kecekapan, pengetahuan, dan kemahiran pengawal berbeza. Elok jika kita mulai hormat terhadap mereka.

Itu baru satu bab. Ada lagi aspek lain yg Tuan kena beri pertimbangan. BILA mereka bertugas. Siang, malam, masa kecemasan, masa hujan, masa banjir kilat, semasa pelajar dan keluarga datang mendaftar, semasa konvokesyen, semasa ada majlis, semasa cuti, semasa solat Jumaat dll. Tuan2, segala kejadian keselamatan berlaku pada waktu tertentu. Kecurian tidak berlaku setiap hari dan sepanjang hari.

Pelik tapi benar! Kejadian kecurian projektor banyak berlaku semasa musim bola sepak dunia. Sebab - warung2 merupakan pelanggan utama yg mahu pasang projektor supaya pelanggan selesa dtg tnguk bola.

Besi longkang byk hilang semasa time orang pergi solat Jumaat.

Pergaduhan byk melibatkan pelajar dari luar negara,

Semasa bencana pokok tumbang, staf dari Jabatan berkenaan  yg bertanggungjawab tidak beri kerjasama utk tebang  pokok yang tumbang, dan akhirnya, pengawal terpaksa bertungkus-lumus. Bukan saja staf, bos mereka pun tidak tahu itu tugas mereka.

Akhir sekali.... jika saya di minta untuk menjalankan kursus keselamatan di tempat Tuan, apakah sebenarnya yang Tuan mahu saya latih?






KURSUS KESELAMATAN

Ada beberapa organisasi hubungi saya untuk buat kursus. Kemudian diam membisu. Apa sebenarnya yg Tuan mahu?

Saya andaikan Tuan tidak tahu apa yg Tuan mahu. Apabila berbincang telah timbul kecurigaan walhal Tuan tidak tahu nak tanya apa? Bagi pihak saya pulak; saya bukan jurujual yg cuba mempengaruhi Tuan supaya melantik saya. 

Mungkin satu hari saya perlu siapkan satu borang yang boleh membantu saya memberi maklumbalas yang Tuan perlukan untuk membuat keputusan.

Isu biasa semasa saya menjalankan kursus. Tuan dan peserta kursus tidak tahu apa yg sedang berlaku dari aspek keselamatan. Yg saya pernah dengar - ini atas arahan pihak Pengurusan. Makanya pihak HR dan Jabatan Keselamatan hanya menurut perintah.

Kedua bab peruntukan kursus. Sekarang zaman HRDC. Mahu berdaftar bagai. Ini saya sangat hairan. Jika buat dinner, ribu riban boleh dibelanjankan. Jika kita caj seribu ringgit satu hari untuk latih pengawal; berbagai masalah bakal timbul. Ribu riban belanja dinner tidak boleh di tuntut semula dari mana-mana, tapi seribu ringgit untuk latihan pengawal.... susah bha!

Sebenarnya zaman telah berubah..... kalau kursus XYZ dapat peruntukan 5,000 rgt, naikkan lah jadi 7,000 ringgit, dan dua ribu ringgit itu di belanja untuk kursus pengawal keselamatan. Autrcaranya salah, tetapi dari sudut tadbir-urus dan moral boleh jer kalau nak. Bukankah salah satu Prinsip Pentadbiran ialah Fleksibel? Tetapi bila hal-hal yang tidak elok, boleh pulak mereka berbelanja.

Teringat seorang Ustaz berbicara tentang satu surah - di zaman ini manusia gila atau taksub dengan harta, dengan populariti, dengan follower yang banyak, sohor, hingga lupa kepada agama. Lupa yg kita akan mati dan bertemu Malaikat sebelum di Padang Mahsyar  nanti, kita akan ditontonkan Neraka Jahannam. Maka neraka lah jawabnya kerana tidak mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan.

Justeru satu kursus yang murah dianggap sangat tidak bekualiti. Kualiti sebenarnya wajib datang dgn harga yg tinggi. Namun ada  pula yang anggap apa barang mau kasi 1 ribu sehari utk latih Pengawal. Kalau boleh, nasi bungkus Kak Mah pun sudah mewah sangat!

Maka buatlah apa yg Tuan suka, dan saya tetap redho dgn apa yg Allah kurniakan. Bagi yg mahu ilmu keselamatan fizikal percuma, sila hubungi saya agar saya boleh buat kursus menggunakan Google Meet. InsyaAllah. 019 275 0075.