Kekuatan Mata Wang, Hutang Negara dan Risiko Kerapuhan Ekonomi
Kecuh berbincang kekuatan nilai mata wang sebagai petunjuk kejayaan ekonomi. Walau bagaimanapun, literatur ekonomi menunjukkan bahawa nilai mata wang yang kukuh tidak semestinya mencerminkan kesihatan fiskal sesebuah negara, khususnya apabila paras hutang negara berada pada tahap yang tinggi. Penekanan berlebihan terhadap prestasi mata wang tanpa mengambil kira asas kewangan negara berisiko mewujudkan gambaran kejayaan yang bersifat sementara atau hanya bermuka-muka.
Pada akhir 2025, hutang Persekutuan Malaysia sekitar RM1.32 trilion (65.3% KDNK) pada September 2025, manakala jumlah hutang & liabiliti kerajaan adalah RM1.69 trilion (84.1% KDNK) pada Jun 2025, dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan hutang baharu kepada sekitar RM75 bilion tahun itu dan menstabilkan nisbah hutang kepada KDNK dalam jangka sederhana.
Pengalaman beberapa negara menunjukkan bahawa krisis ekonomi besar sering berpunca daripada hutang yang tidak terkawal, bukan semata-mata kelemahan mata wang. Sebagai contoh, Greece sebelum krisis hutang Eropah menikmati kestabilan mata wang melalui zon euro, namun kegagalan mengurus hutang awam akhirnya membawa kepada penguncupan ekonomi, pemotongan perbelanjaan sosial dan tekanan besar ke atas rakyat berpendapatan rendah. Keadaan yang hampir sama dapat dilihat di Sri Lanka, di mana hutang luar yang tinggi dan kelemahan tadbir urus fiskal mencetuskan krisis ekonomi dan sosial walaupun negara tersebut pernah mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.
Lagi lawak kadar inflasi negara hanya 1.6% tetapi organisasi yang sama menyatakan kadar harga makanan naik 4.0%. Ini bermakna apa yg mereka rangkup untuk kira kadar inflasi hanya perkara yg tidak penting kepada rakyat. Dari segi pengankutan, caj GRAB naik mendadak. Pada waktu puncak, caj nya naik hingga 4 kali ganda.
Kajian ekonomi juga menunjukkan bahawa hutang yang menghampiri atau melebihi pendapatan negara kasar menghadkan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar perlindungan sosial dan pembangunan inklusif. Apabila sebahagian besar hasil negara digunakan untuk membayar faedah hutang, ruang fiskal untuk membantu rakyat, khususnya B40, menjadi semakin sempit. Dalam keadaan ini, kekuatan mata wang tidak diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat, sebaliknya menutup masalah struktur yang lebih mendalam.
Kesimpulannya, kekuatan mata wang tanpa disiplin fiskal dan pengurusan hutang yang berhemah merupakan satu bentuk kestabilan yang rapuh. Pengalaman negara lain membuktikan bahawa apabila hutang gagal dikawal, krisis boleh berlaku secara mendadak dan memberi kesan menyeluruh kepada ekonomi serta kehidupan rakyat. Oleh itu, keutamaan sebenar negara bukanlah meraikan prestasi mata wang semata-mata, tetapi memastikan asas kewangan yang mampan, tadbir urus yang berintegriti, dan perlindungan berkesan terhadap majoriti rakyat, khususnya golongan B40.
Pernah dengar cerita PERWAJA STEEL? Syarikat gergasi yang untung gila-gila, tetapi tiba-tiba jatuh bangkrap. Penyata kewangannya menunjukkan ia untung sangat besar, rupa-rupanya apa bila dilihat akaun Cash Flow, baru jelas ia juga menanggung hutang yang amat besar.