21.8.19

SKM : TINGKATKAN PROFESIONALISMA KESELAMATAN ANDA 1

Hari ini ada jalan pintas dan murah untuk tingkatkan ketrampilan (kompetensi) kerjaya keselamatan anda. Saya selalu tanya dengan orang keselamatan. Anda mahu jadi pengawal keselamatan sampai mati ker? Ramai yang diam tidak terjawab. Sebab apa? Sebab tidak pernah terfikir. Dan tidak pernah merancang.



Kalau yer terpaksa jadi Pengawal Keselamatan, anda mahu di tahap mana pada penghujung kerjaya ini? Sebagai Penyelia Keselamatan atau Pegawai Keselamatan? Dan bagaimana anda mahu terpilih untuk jawatan ini?


Dulu 'tak sekolah' pun boleh naik pangkat. Sekarang zaman sudah berubah. Ada ijazah pun bawak Grab!! 

Kjaan Msia melalui Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) adalah jalan untuk tujuan ini. Ia di sebut sebagai SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM). Dah wujud semenjak 80an lagi. Cuma kita yg tak tahu!!



Saya fokus kepada Keselamatan.



SKM 2 untuk tahap Pengawal Keselamatan. Jika anda ada sijil ini bermakna anda betul-betul seorang pengawal yang mantap. Sesuai utk gred KP 11, 14 dan 17. Di Putrajaya, pengawal semuanya KP 17.



SKM 3 untuk Penyelia Keselamatan. Jika anda ada sijil ini, boleh mohon untuk isi jawatan Penyelia Keselamatan di tempat anda sedang bekerja atau di tempat-tempat lain yang anda suka.



Kita tak boleh short cut terus nak buat SKM 3. mesti kena lalui SKM 2 dahulu.



Bagaimana?  Ada 2 cara, hadir kursus atau hadir penilaian. Penilaian ini di sebut sebagai PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu) atau RPEL - Recognition Previous Experiental Learning).



Saya terangkan dgn ringkas PPT/RPEL ini. Anda hanya perlu sediakan portfolio, kemudian Pegawai Pembimbing akan datang jumpa anda untuk lihat portfolio itu untuk pastikan ia lengkap dan OK. Jika OK beliau akan buat sokongan untuk anda di nilai oleh Pegawai Penilai. Macam raja kan! Orang yg dtg jumpa anda.



Jika ramai orang yg sekongkol nk buat PPT ni, seorang Pembimbing boleh kawal setakat 5 orang sahaja dlm satu masa. Saya cadang buat ramai2 supaya boleh bincang2. Buat ramai2, daftar siapa yg siap dulu.



Kalau organisasi anda boleh sponsor sebagai satu keperluan latihan pun OK jugak.



Semudah itu saja. Cumanya anda kena daftar dgn JPK menggunakan internet dan bayar 300 ringgit kpd JPK. Pegawai Pembimbing akan jumpa anda 2 kali sahaja. Dan dalam masa 2 bulan anda mesti siapkan portfolio ini.



Bagi memastikan anda dpt sediakan portfolio dlm masa tersebut, saya cadang anda cari 'guru' terlebih dulu untuk ajar buat portfolio. Ringkasnya, pergi tuisyen dulu. Ini pun boleh buat melalui internet atau wassap atau call saja. 



Tapi kalau anda nak hadir kursus, ia akan makan ribu-ribu ringgit dan kursus ini elok sepenuh masa. Tak lah... ribu ribu ni kalau kursus sepenuh masa di kolej tertentu. Kita sudah kerja mana boleh mcm tu.



Bagi anda yg sedang bekerja, LPKT/RPEL adalah cara yg paling baik dan sesuai. LPKT- Laporan pengalaman ketrampilan terdahulu.



SKM 4 tidak ada, ia di panggil DKM iaitu Diploma Kemahiran Malaysia. Ini untuk Pegawai Keselamatan ke atas. DLKM 5 pun ada dan ia di sebut Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.


SKKM. Sini anda boleh daftar utk mula sebagai 'pelajar'. tapi saya cadang jangan lagi. Dah bersedia baru daftar dgn klik sini SKKM



NOSS. Ini adalah nota yg anda perlu baca. Saya tolak dlm bentuk softcopy dgn harga 18 rgt. Kalau dari JPK 20.00 sahaja.



Faedah ada SKM. Kjaan dulu perkenalkan benda ini dan kjaan baru teruskan je. Ia bertujuan utk capai pekerja yg profesional. Jadi pengawal yg tahu serba serbi. Bukan meronda untuk sign buku atau sentuh itu Touch n Go saja. Meronda dgn ilmu, dgn ada matlamat dan tahu apa nak buat dlm pelbagai keadaan kecemasan dan perkara yg menjejas keselamatan.



Senang nak naik pangkat. Ada sebab yg kukuh berbanding orang yg tiada SKM.



Senang nak cari kerja di tempat lain. Rebut awal2 sebab lepas ni semua tempat akan guna SKM.



Paling utama....capai SKM dlm waktu kerja. Tak perlu hadir kursus tak perlu keluar modal yg banyak. Hanya 300 rgt bg setiap SKM.

Kepada bekas tentera, mereka di biayai sepenuhnya oleh PERHEBAT. Anda perlu lalui proses yg lebih kurang sama, dan anda akan di uji semua sekali gus. Tup tup terus dapat DKM 4.

Keterangan lanjut. Call saya 019 275 0075 atau emel noormohamad0075@gmail.com

Jika mahu saya datang ke tempat Tuan untuk beri taklimat hal ini, sila maklum tarikh dan masa. InsyaAllah saya akan cuba penuhi kehendak Tuan. Tapi asal ada lebih dari 5 orang.

Jika di tempat Tuan ada ramai, saya sarankan Tuan fokus kepada Penyelia dulu  

Apa itu portfolio? Sila klik P-FOLIO

Bacaan lanjut: Klik lebih mendalam

Cara buat kertas kerja: Klik