2.7.14

Kelemahan Polis Bantuan

Kekuatan atau kebaikan paling ketara ialah PB nampak lebih segak dan pandai kawad. Itu yg paling nyata. Yg kita tidak nampak...disiplin mereka bertambah baik..betul ke?

Namun begitu setiap organisasi dan profesyen mempunyai kelemahannya sendiri. Ada masa kita sendiri tidak sedar dan tahu kelemahan kita sebenarnya. PB tentu tahu kelemahan mereka, cuma ada suara yg berkata ....lantak la atau letih la...dah tak tau nak buat apa lagi dah dgn anak2 buah ni!

InsyaAllah kelemahan ini boleh diatasi.

Jika dihayati betul-betul dalam Arahan Keselamatan dan juga Panduan Keselamatan, kita akan faham focus mereka ialah untuk kawasan atau tempat terkawal, lebih senang faham kalau kita tahu sasaran penting, dan protected areas. Zaman dulu Telekom hak kjaan 100%. 

Telekom atau instalasi perhubungan begini amat penting bagi sesebuah kjaan/negara. Jika musnah besar kesannya. Sehingga ia ada Askar Wataniah dan Polis Bantuan. Hari ini sudah berubah. Kita ada macam2 syarikat komunikasi. Di sinilah PB jadi amat penting. 

Apa yg berlaku sekarang ini mungkin agak rumit sedikit. Baru2 ini ada kawan saya kata 'mereka yg tak layak' pun bawa senjata api ke hulu ke hilir. Ini amatlah merbahaya kpd keselamatan negara! Ini belum kira yg berbadan gah pakai uniform PB tapi tak pernah hadir kursus. Kad PB pun tak ada. Ini berpunca dari kewujudan PB yg terlalu banyak, baik organisasi serta orangnya, wallahualam.

Di dalam kampus, ada juga 'sasaran penting' dan 'protected areas'. Bangunan canseleri, bangunan ICT, dan tempat-tempat lain perlukan Pengawal Bersenjata [jika perlu] atau Polis Bantuan [jika mahu]. 

Jika kita lihat di Mid Valley, Sunway dan di Mines, Polis Bantuan dah jadi macam JAGA. Kesihan tenguk PB  tugas jaga escalator. Bagi orang awam yg tidak dpt bezakan polis dan PB tentu fikir ooh.. di KL polis jaga tangga!

Prof Harith dari UM yang ternama itu pernah berkata, the campus is not a military camp or a police station.  Kampus sepatutnya nampak bebas macam kompleks beli belah, TETAPI beberapa kawasan adalah kawasan larangan dan PERLU dikawal. [freedom of movement is one of security principles]

Jadinya, biarlah PB fokus di tempat yg sepatutnya, bukan di merata ceruk. Mewujudkan PB bukan satu pencapaian yg paling besar kpd organisasi anda. Nanti bila kewangan organisasi anda mula kering....baru anda tahu. Bajet 2016 dikaji semula; kesannya sampai juga kpd PB. Kursus, logistik, pengambilan sudah turut terjejas. 

Janganlah PB diberi tugas perimeter, manakala yg bukan PB kawal tempat2 yg sensitif. Sebenarnya tugas perimeter ini hanya untuk mereka yg tidak akan jadi PB. 'Ketua Polis' kena turun padang dan jangan biarkan individu tertentu agihkan tugas yg selesa kpd 'kawan-kawan' mereka.

Maknanya PB patut ditugaskan di ibu pejabat syarikat, pos pengawal di jalan utama, dan pusat teknologi maklumat. Jangan lupa stor utama dan barang lusuh. Begitu juga mereka yang menguatkuasakan trafik; PB mungkin akan lebih berkesan.

Semua PB tahu PB ialah  Pengawal Keselamatan yang diberi kuasa Polis di kawasan yg telah dinyatakan. Cuma harapan orang terhadap PB itu tinggi. Jangan orang kata macam gagak pulang ke benua. Pergi hitam, balik pun hitam. maksudnya...tiada beza dulu dan sekarang!  

Polis Bantuan amat bagus, tetapi kita perlu lihat kelemahan perancangan keseluruhannya dan perbetulkan apa yg patut.

pertama [1]  lihat semula apa ancaman keseluruhan termasuk setiap kawasan, instalasi, bangunan dan apa pula tugas dan tanggungjawab mereka yg sepatutnya. Apa kah maklumat, pengetahuan dan kemahiran tambahan yg perlu atau baik ada. 

[2] Kos menubuhkan PB  ini tinggi. Lebih tinggi bila mereka yg sudah ada 'lesen' lari ke tempat yg menawarkan gaji yg lebih tinggi atau kerja yg lebih selesa atau lebih releks. Kos selenggara PB juga amat tinggi. Ini tak perlu diperinci. 


Individu yg mencetus idea ini sepatutnya dengar pandangan semua. Sudah dinyatakan awal dulu...pilih di mana perlu PB, berapa orang perlu. Jika semua jadi PB berapa kosnya berbanding % yg bukan PB. Jika 100% jadi PB, apa nak buat dgn 'orang lama' yg lebih berkualiti tetapi dikekang oleh kriteria umur dan akademik. 

Salah satu prinsip keselamatan ialah: 


IMEJ KESELAMATAN. Keselamatan adalah satu imej. Ia bukan benda main-main. [3] Ada masanya imej anggota dan pejabat/jabatan keselamatan sebenarnya tidak baik, cuma orang ramai malas nak cakap apa-apa.

[4] Kursus Lanjutan. Semasa mereka hadir kursus asas, mereka tidak diajar keselamatan gudang, keselamatan bank, pelabuhan, lapangan terbang atau ladang. Ini bermakna, majikan mesti meneruskan kursus/latihan yang berkaitan rapat dengan keperluan masing-masing. Klik sini   http://securityandsafety.blogspot.com/2015/05/peniaga-tipu.html


Ada juga komen PB hanya seperti pak pacak. Dia tak tahu atau tak ambil tahu apa yg berlaku di sekeliling dia. Kalau ditegur dia akan jawab, "saya nak buat apa ni jan?" [Sarjan = 'jan'] atau "boleh ambil tindakan ke jan?" Dan kalau disuruh pergi lihat tempat kejadian atau dia memang berada di tempat kejadian, dia akan tanya, "mcm mana nak buat laporan jan?" Kadang2 si Sarjan itu sendiri pun kelabu asap jugak.

"Pos Kosong". Ada juga PB yg

duduk diam2 dalam pos cermin gelap. Kenderaan bebas untuk keluar dan masuk. Dia seperti dibayar gaji dan ditugas untuk menonton. Sekali sekali dia berdiri dan pemandu hanya perlu senyum dan angkat tangan. Masa terdekat akan ada signage di pos tersebut, "please wave" [sila lambai].

[5] Isu Melepak. Ini sudah jadi budaya bila ada 2 orang atau lebih di sesuatu kawasan. Seorang dua akan 'hilang' dan join geng melepak di tempat2 tersorok.  Melepak dan merokok dengan bepakaian lengkap  menjejaskan imej tuan dan PDRM sendiri. 

[6] Budaya Lama. Mujur yg sakit dan yg tua tidak diserap jadi PB. Jika tidak budaya ini jadi lebih parah. 

Bagaimanapun, lapis kedua akan mula besar kepala. Orang lama tidak tahu atau malas nak selia, maka lapis kedua akan jadi lebih malas dan lebih besar kepala. Antara budaya lama mereka ialah mencuri, mengendap, ugut, datang lewat balik awal, hilang semasa bertugas [ambil anak, ambil isteri, makan tengahari, rehat].


Masuk mana2 kawasan yg ada PB, hanya seorang yg ada di gate. Yg lain akan duduk dlm pos yg bercermin gelap. Bila yg bertugas itu seorang, maka banyaklah kereta dan motor dilepas masuk. Ada juga [tidak banyak], semua pengawal duduk dlm pos. Sebenarya, berapa orang yg patut bertugas di sini dlm satu masa?


[7] Salah satu kelemahan PB ialah mereka yang tiada rekod 


jenayah tetapi memang mempunyai kes
kes ugut pendatang, ugut kontraktor dan mencuri di dalam kampus tetapi terlepas juga jadi PB. Ada juga yang pernah ditahan di pusat tahanan Angkatan Tentera [bekas banduan] terus dibenar bertugas. Mereka ini amat merbahaya dalam segala sudut. 

Kelemahan di atas dilakukan oleh segelintir saja. Kesan negatifnya pula amat besar. Ia boleh jejaskan prestasi individu yg ingin kerja betul.


Orang paling utama untuk di 'tackle' ialah ketua2 kecil PB. Koperal dan Sarjan. Jika mereka bagus, baguslah keseluruhan PB tuan. Jika mereka kaki sembelit... lihatlah sendiri. Mereka ini perlu dilatih dan diajar kemudian diselia dengan rapat. Beri 'hadiah' dan hukum.


Orang kedua ialah pegawai-pegawai PB. Jika mereka juga sekongkol, sama-sama kaki mengular, sembur racun serangga kepada mereka ini dulu. He he he gurau je.


Satu fakta penting; bukan semua orang boleh jadi PB. Nak tegur takut, nak tanya takut, nak cakap takut, nak mengadap bos takut, nak tahan kereta pun takut. TAKUT. Yg kedua ialah amanah. Yg ini kena tanya diri sendiri.


PM Najib banyak kali utarakan 'kesederhanaan'. Begitu juga dengan ajaran Islam. Sepatutnya kita fokus semula, kaji semula. Di mana sangat perlu ada PB dan di mana kurang perlu dan di mana tidak perlu langsung. Di mana perlu tegas di mana boleh releks. Keseluruhannya kita akan jimat tenaga, wang dan sumber.


Produktiviti, performance dan disiplin boleh dipertingkat dengan menyusun atur semula keanggotaan dan penugasan. Asasnya mudah sahaja. Berapa jam kah Sarjan Kpl dan konstabel PB betul-betul bertugas dalam satu syif.



Universiti Malaya telah tamatkan khidmat pengawal swasta secara berperingkat dan telah jimat duit universiti 1 juta ringgit setiap tahun. Tak ada pun masalah pengawal tidak cukup. Masa yg sama OT mereka banyak dicantas. Semua atas perancangan pegawai2 yg bijak, kecuali sedikit nyamuk kesatuan yg masih tidak faham pengawal keselamatan tidak tertakluk di bawah Akta Kesatuan.

penyelesaian. setiap pegawai dan 'penyelia' PB mesti digerudi betul-betul supaya mereka ini ada pengetahuan, ilmu dan sikap yg betul sesuai dgn uniform yg mereka pakai.


Hari-hari kena tenyeh mereka ini supaya kerja. ada yg kata cara polis lain dgn cara askar. apa-apa pun matlamatnya ada dua, disiplin dan hasil. kalau jadi under cover memanglah perlu selekeh. tetapi kalau pakai uniform?


Kalau ada disiplin tapi kurang berhasil boleh tahan lagi.


Apabila pegawai dan penyelia ini 'panas pungkok' barulah mereka nak kerja.


Cara terbaik untuk gerudi mereka ini ialah dengan menggunakan telefon. setiap sejam suruh mereka call 'ketua polis'....melapor. Ini nombor tel ketua syif Universiti Malaya.. 017 690 623x3. Kalau bukan ketua syif yg angkat, maknanya nombor ini telah di curi oleh bekas pengawal!


Jangan suruh guna walkie talkie untuk melapor. ada 1001 alasan yg mereka akan bagi.  Satu lagi kelemahan am ialah keselamatan maklumat. Terdapat orang lama yang fikir dia patut tahu semua perkara. 'Keselamatan' tidak kerja macam itu. Tahu kah kita bahawa anggota polis biasa tidak kenal mana satu SB. Tidak tahu apa projek yg mereka sedang buat dan lain-lain. 


Sila klik di sini untuk pertanyaan terus

samb...klik kat bawah ni


http://securityandsafety.blogspot.com/2015/06/polis-bantuan-masalah.html


Selain dari isu-isu di atas, kita ada juga apa yang disebut sebagai martabat 'orang keselamatan'. Kita sebagai anggota, perlu jaga imej diri kita sendiri kerana dari situlah orang akan hormat kita. 

Ini adalah info tambahan saja. Bagi mereka yang bertugas di utara semenanjung, jika berpeluang bawalah famili berjalan-jalan ke Selatan Thai. Saya pernah ke sana dan berkongsi panduan bejalan-jalan ke Hatyai di sini.