Kami menawarkan kursus keselamatan korporat untuk mana-mana organisasi.
Di antara topik atau modul kursus adalah:
Asas Keselamatan untuk pengawal baru dan lama [re-training]. Modul kursus 2 atau 3 hari ini termasuk, teori keselamatan, tugas-tugas khas dan am pengawal, asas undang-undang pertahanan diri, khidmat pelanggan, motivasi, tugas-tugas semasa bencana [kecemasan], dan safety & health.
Penyiasatan Asas dan Lanjutan
- Pegawai Keselamatan, Penyelia dan Pengawal yang berpotensi.
- 2 atau 3 hari
- Bermula dari asas perisikan, pengumpulan data/maklumat. Memahami matlamat atau tujuan siasatan [kehendak korporat] dan mendapatkan fakta [jalan cerita] paling hampir dengan kesempurnaan. Mencari kelemahan dan memberi cadangan yang komprehensif untuk membaiki kelemahan dan menghalang ia berulang.
Penyeliaan Berkesan [Effective Supervision]
- Pegawai Keselamatan dan Penyelia Keselamatan.
- 2 hari
- Memberi fokus kepada menghadapi pengawal dan staf bermasalah, tip-tip menggunakan sepenuhnya setiap keunikan staf [setiap staf walaupun 'nakal' ada kebaikannya], teori kepimpinan, teori personaliti dan teori motivasi serta teori gelagat organisasi. Yang paling penting ialah bagaimana untuk menentukan Pengawal menjalankan tugas seperti yang sepatutnya.
Komunikasi.
- Sasaran: kumpulan pegawai, kumpulan penyelia, dan kumpulan pengawal
- 2 hari
- Memberi fokus kepada konsep komunikasi yang menyuluruh lebih dari batas komunikasi lisan dan 'body language'. Bagi seorang Pengawal Keselamatan, cara mereka 'membawa diri', berpakaian, cergas dan sihat sudah memberi mesej yang amat jelas kepada siapa yang berdepan dengan mereka.
Kepimpinan.
- Sasaran- pegawai muda, penyelia dan bakal ketua
- 1 hari
- Memimpin satu kumpulan pekerja [pengawal keselamatan] yang perlu tegas dengan orang ramai, perlu sihat, perlu bersedia bekerja di waktu malam dan pelbagai isu memerlukan pemimpin yang berbeza dengan memimpin pekerja di pejabat. Faham Teori X sahaja tidak memadai untuk berdepan dengan 'komando' korporat ini.
Mentadbir dan Mengurus Majlis.
- Sasaran. Pegawai dan Ketua
- 1 hari.
- Hampir semua majlis rasmi korporat melibatkan pihak keselamatan. Mereka terlibat dari peringkat perancangan dengan hadir mesyuarat sehingga pelaksanaannya. Setelah hadir kursus ini, mereka akan beri sumbangan yang lebih bernas pada setiap kali sesi perbincangan untuk menjayakan majlis rasmi korporat. Mereka juga akan diajar asas protokol dan budaya majlis rasmi.
Fees kami sederhana. Namun bukan bermakna khidmat kami tidak berkualiti. Kos tambahan termasuk pengangkutan dan penginapan jika di luar Lembah Kelang.
Kami menyediakan nota yang komprehensif. Nota yg boleh diguna sebagai bahan rujukan sepanjang masa, dan bukan nota salinan slaid [slide] powerpoint.
Kami juga boleh mengadakan kursus-kursus lain yang tidak tersenarai [tertakluk kepada kemampuan] atas permohonan syarikat/organisasi.
Hubungi Noor Mohamad Ismail 019 275 0075 atau noormohamad0075@gmail.com
TOPIK LAIN
- Persiapan Bersara
- Motivasi [Untuk Pekerja Bermasalah]
- Keselamatan Lanjutan
- Asas Keusahawanan
- Pengenalan Kepada Pengurusan Sumber Manusia