Selepas hadir kursus ini, insyaAllah pengawal kita akan lebih bersemangat untuk kerja sebab mereka sudah tahu apa tugas-tugas mereka, kesan jika cuai dan paling utama, mereka tahu mengapa setiap tugas itu perlu dilaksanakan, dan bagaimana?
Mereka akan lebih faham sifat-sifat penjenayah [petty crimes behaviour], modus operandi dan peluang yang kita telah 'sajikan' untuk penjenayah ini suka sangat mencuri di tempat kita.
Mereka akan faham semasa meronda; mengapa hendak diperiksa setiap pintu pejabat betul-betul berkunci? Mengapa hendak berjalan kaki jika kita ada basikal dan motosikal?
Peserta kursus juga akan didedahkan dgn tugas mereka dalam hampir setiap keadaan kecemasan dan rasionalnya. Mereka akan lihat beberapa contoh positif dan negatif supaya lebih faham.

Mereka harus lihat semua keadaan di syarikat berada dalam 'keadaan normal', dan tahu apa tindakan yang wajar semasa kecemasan.
Ramai Pengawal telah bantu syarikat dari kerugian berjuta ringgit, ada yang cedera dan juga yang terkorban. Disebalik itu, ada juga yang berjaya menumpaskan penjenayah.
Kursus yang kami laksanakan adalah kursus yang pragmatik. Kursus yang menyediakan pengawal menghadapi perkara sebenar. Bukan teori semata-mata.
Kursus yang kami laksanakan adalah kursus yang pragmatik. Kursus yang menyediakan pengawal menghadapi perkara sebenar. Bukan teori semata-mata.
MODUL CADANGAN
Modul ini dipecahkan kepada tiga aspek utama. Pengetahuan am, tugas asas dan tugas tambahan.
PENGETAHUAN AM PENGAWAL
- Teori keselamatan asas
- Peranan, tugas dan tanggungjawab asas
- Tugas sekunder [secondary tasks]
- Peranan dalam pencapaian wawasan, strategik dan objektif syarikat
- Undang-Undang berkaitan
- Keselamatan kesihatan [Safety and Health]
- Teknologi keselamatan: CCTV, alarm, access control, guard tour system
TUGAS ASAS PENGAWAL
- Mengawal, meronda dan memerhati
- Pemeriksaan dan pengeledahan
- Mengiring VVIP
- Kawalan trafik
- Kecemasan - Kebakaran - Jenayah Ancaman bom
- Perhubungan, membuat laporan dan kemaskini rekod
TUGAS TAMBAHAN dan PENGETAHUAN AM
- Menyiasat [Pengenalan Asas]
- Imej pengawal cemerlang
- Khidmat Pelanggan dan Komunikasi
- Ancaman bukan tradisional
- Perisikan
Atau hubungi 019 275 0075 ATAU emel noormohamad0075@gmail.com