Kursus Penyelia Keselamatan

Ramai orang tidak terfikir bahawa kejayaan dan kegagalan sesuatu tugasan banyak bergantung kepada penyeliaan yg berkesan.

Jika aspek ini gagal dilaksanakan atau tidak dilaksanakan dengan betul, banyak perkara yang remeh temeh boleh berlaku.

Dan dalam hampir setiap masalah di tempat kerja, isu utama ialah membetulkan penyelia itu sendiri.


MODUL CADANGAN

  • Matlamat setiap tugas. Tahu objektif tugas maka tahulah apa nak buat. Contoh seorang pengawal yang buka dan kunci gate. Kalau dia jawab itu tugas dia, maka itu sudah tidak betul. Kalau dia jawab untuk menentukan keselamatan, dan untuk kurangkan pencerobohan, maka dia tentu akan pastikan gate di tutup dan dikunci dengan sempurna. Jika rosak dia akan lapur dengan segera. Dia tahu apa kesan jika gate tidak boleh dikunci.
  • Personaliti pegawai/ketua dan pengawal - Penyelia baik, penyelia tidak baik, penyelia yg berkesan dan yg tidak berkesan. Itu sebab, pemilihan penyelia ini perlu dibuat dengan berhati-hati. Silap haribulan, mereka akan jadi racun dan kudis. Tidak lama dulu ada kes seorang penyelia yg bekerja di Mydin di Ipoh telah didakwa kerana bertanggungjawab atas kerugian lebih 2 juta ringgit. Kejadian begini boleh berlaku kepada organisasi kita juga.
  • Komunikasi berkesan - Penyelia
    mesti boleh beri arahan yg jelas dan tidak berdolak daleh. Jika beliau tidak boleh berkomunikasi dengan baik, ia boleh menyebabkan hilang hormat.


  • Teknik dan tektik menipu dan memonteng di kalangan pengawal -
    Jika penyelia tahu aspek ini, maka seperti orang utara cakap, tak senang duduk. Kalau kena tangkap dengan dia, memang masak!


  • Teknik menghadapi pengawal bermasalah - Tidak perlu marah, tidak perlu cakap banyak. Satu tindakan tegas sudah cukup untuk yg lain tenguk dan belajar.



  • 1001 alasan - Awas ada alasan yg diberi itu tulen. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini.
  • Teknik dan tektik penyeliaan - Inilah rahsia dan kunci kejayaan seorang penyelia. Tegas dan garang, tetapi dihormati serta disayangi oleh anak buah.

Kursus 2 hari ini sesuai untuk semua penyelia, bakal penyelia dan pegawai keselamatan. 

Yuran kursus ini tertakluk kpd pelbagai faktor khusus untuk in house training. Kursus yg dibuka untuk orang ramai tidak dilaksanakan lagi.


Klik sini: TANYA / CADANG

atau hubungi  noormohamad0075@gmail.com ATAU 
019 275 0075